Post Terkini

Monday, December 23, 2013

Sup Ikan Kerisi

Dah lama tak berkongsi menu. Almaklumlah dah lama juga dapur tak berasap.  Ni pun semenjak en suami balik kerja kepenatan baru semangat tu berkobar-kobar semula. Kesian kat dia kalau nak kena makan luar. Iyela balik kerje kul 7.30pm dah nk kena kuar g makan. So kuatkan semangat untuk memasak. 

Dan bila mula masak ni, automatik perut pun dah xleh tahan lapar. Cukup masa minta diisi. So memandangkan en suami pun nak makan sup je, so haruslah di bawa sampai ke malam kan. Malam nanti tambah lagi menu lain. Untuk siang hari cukuplah sekadar ini saje.
Su, sup ikan, sup ikan kerisi

Ni je menu saya. Makan dengan nasi putih


Walaupun mudah tetap nak share resepi versi tuan punya blog.

Bahan-bahan : 

# 3 ekor ikan kerisi
# 1 inci halia (dihiris/diketuk)
# 2 biji bawang besar/8 biji bawang merah (dihiris)
# 2 biji bawang putih (di dadu)
# 3 ulas cili padi (dibelah)
# Serbuk lada sulah secukupnya
# 1/2 biji lobak dibelah empat ( nak sebiji pun xde masalah)
# Daun sup
# Kiub ayam (stok ikan xde, pakai kiub ayam je.. tapi selalu dua2 pun saya x guna, sebab rasa ikan tu sendiri dah sedap)
#Air secukupnya
# Garam secukupnya
# Minyak untuk menumis

Cara memasak : 

1. Panaskan minyak. Tumis halia, bawang besar, bawang putih, cili padi dan serbuk lada sulah . Masukkan sekali lobak supaya cepat empuk. Kacau hingga bahan tumisan kekuningan atau naik bau.

2. Masukkan air. Biar hingga mendidih. Kemudian masukkan ikan dan garam secukup rasa.  Bila ikan dah masak bolehlah ditutup api. Sedia untuk dihidang. Jangan lupa letak daun sup ye sebagai penaik aroma :)

** Senang kan.. Masakan paling senang bagi aku ialah sup dan masak lemak cili api n9**


Post a Comment