Post Terkini

Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Monday, December 23, 2013

Sup Ikan Kerisi

Dah lama tak berkongsi menu. Almaklumlah dah lama juga dapur tak berasap.  Ni pun semenjak en suami balik kerja kepenatan baru semangat tu berkobar-kobar semula. Kesian kat dia kalau nak kena makan luar. Iyela balik kerje kul 7.30pm dah nk kena kuar g makan. So kuatkan semangat untuk memasak. 

Dan bila mula masak ni, automatik perut pun dah xleh tahan lapar. Cukup masa minta diisi. So memandangkan en suami pun nak makan sup je, so haruslah di bawa sampai ke malam kan. Malam nanti tambah lagi menu lain. Untuk siang hari cukuplah sekadar ini saje.
Su, sup ikan, sup ikan kerisi

Ni je menu saya. Makan dengan nasi putih


Walaupun mudah tetap nak share resepi versi tuan punya blog.

Bahan-bahan : 

# 3 ekor ikan kerisi
# 1 inci halia (dihiris/diketuk)
# 2 biji bawang besar/8 biji bawang merah (dihiris)
# 2 biji bawang putih (di dadu)
# 3 ulas cili padi (dibelah)
# Serbuk lada sulah secukupnya
# 1/2 biji lobak dibelah empat ( nak sebiji pun xde masalah)
# Daun sup
# Kiub ayam (stok ikan xde, pakai kiub ayam je.. tapi selalu dua2 pun saya x guna, sebab rasa ikan tu sendiri dah sedap)
#Air secukupnya
# Garam secukupnya
# Minyak untuk menumis

Cara memasak : 

1. Panaskan minyak. Tumis halia, bawang besar, bawang putih, cili padi dan serbuk lada sulah . Masukkan sekali lobak supaya cepat empuk. Kacau hingga bahan tumisan kekuningan atau naik bau.

2. Masukkan air. Biar hingga mendidih. Kemudian masukkan ikan dan garam secukup rasa.  Bila ikan dah masak bolehlah ditutup api. Sedia untuk dihidang. Jangan lupa letak daun sup ye sebagai penaik aroma :)

** Senang kan.. Masakan paling senang bagi aku ialah sup dan masak lemak cili api n9**


Monday, October 24, 2011

Nasi lemak sambal ikan tongkol

Dah lama x post kat resepi dapur usang aku ni.. hmm nak buat macam mana, malas nak snap gambar..xde gambar xdela entry.. owhh hari ni tetiba teringat hari tu ada buat nasi lemak.. tp nasi lemak kali ni ikut stail org ganu.. guna sambal ikan tongkol..perghh sedapnye... dulu masa diploma pernahla makan nasi lemak ikan tongkol ni.. masa mula2 tu rasa cm pelik je nasi lemak makan dengan ikan tongkol..tp lama2 sedap plak rasa.. so nila gambar nasi lemak ku.. sedap tak?? hehe.. resepi?? macam biasa je..cuma sebab ni adalah nasi lemak, cuma aku bagi resepi untuk sambal nye je ye..

Resepi sambal ikan tongkol.

Bahan-bahan :
1 ekor ikan tongkol
1 keping asam keping
3 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
cili kering
1 inci belacan
air asam
Garam secukup rasa
Gula secukupnya..

Cara penyediaan :

1. Mula2 ikan tongkol dipotong kecil. kemudian rebus ikan bersama dengan asam keping.. letakkan sedikit garam. Biarkan sehingga masak.. (jgn rebus terlalu lama, takut ikan hancur)
2.Bila ikan dan masak, tos kan sekejap. kemudian panaskan minyak dikuali.. goreng ikan yang direbus tadi.. x perlu lama.tujuannya supaya ikan x hancur bila kacau bersama dengan sambal nanti..
3. Blender cili kering, bawang besar, bawang putih, bawang merah dan belacan sekali...tinggalkan 1 biji bawang besar untuk dipotong bulat. panaskan minyak.. tumiskan bahan kisar.. tumis sehingga masak atau terbit minyak..
3.masukkan air asam, garam dan gula ke dalam bahan tumisan.. kacau sekata..akhir sekali masukkan ikan dan kacau..kemudian bolehla dihidang bersama nasi lemak korang..

Wednesday, June 8, 2011

Ikan bilis cili api

resepi ni memang sgt2 la senang.. orang kata menu orang bujang.. sebab dia mudah sgt2 la nak sediakan.. walaupun menu orang bujang, tapi ni la pembuka selera.. xde lauk lain pun xpe..bila ada yang ini nasi bertambah2 sampai x sedar berapa pinggan.. hehehe.. cara nak buat pun senang.

  • yang penting mesti ada ikan bilis sebagai bahan utama..
  • pastu bawang merah / besar... terpulang nak berapa biji.. lagi banyak lagi sedap.. sebab boleh makan sekali ngan bawangnye..
  • pastu cili api.. nak hiris2 or tumbuk pun x kisah.. kalo pedas2 lagi sedappp.. biar masa menumis tu bersin banyak2 kali.. tu tandanya memang superb la kepedasan dia..
kalo nak masak pun senang sesangat le...
  • panaskan minyak dalam kuali.. pastikan minyak tu kuantiti dia cukup dengan ikan bilis yang korang nak goreng..
  • bila dah garing ketepikan ikan bilis, tumisla bawang ngan cili tadi.. nak letak garam atau tak terpulang.. sebab ikan bilis kan dah masin..
  • agak2 bila bawang tu dah layu bolehla gaulkan sekali dengan ikan bilis..
  • akhir sekali korang boleh letak kicap manis.. tp optional.. letak boleh, tak letak pun boleh.. dua2 pun sodappp..
see, senang sangat kan..hehehe

Friday, May 13, 2011

Talapia stim sweet sour

Nyum nyum... hari tu tengok JJCM diorang buat stim sweet sour.. teringin gak nak try.. hmm rupa2nya sedap eh.. tanya en suami dia kata prefer stim dari goreng.. sebab isi lebih lembut.. tp goreng pun sodap gak katanye..

So
Bahan2 nya:

1 ekor ikan talapia
1/4 lobak (potong dadu)
1/2 biji mangga separuh masak (potong dadu)
1 biji bawang pesar (potong dadu)
1 biji bawang putih (potong dadu)
sos tomato
sos cili
2 sudu besar gula
1 asam keping
garam

cara2:
1. didihkan air dalam kuali. masukkan asam keping dan garam.. kemudian masukkan ikan talapia.. biarkan sekejap. agak2 dah masak, angkat dan tos kan.
2. untuk bahan kuah tumiskan bawang dan lobak sekali..
3. masukkan pula sos tomato dan sos cili.. pastikan rasa kedua2 sos seimbang.
4. masukkan mangga muda..kacau sehingga mangga masak atau lembut.. jangan lupa bubuh garam dan gula..
5. sekiranya kuah pekat bolehla masukkan sedikit air.. kacau sekejap..
6. hidang ikan tadi ke dalam pinggan.. dan salutkan badan ikan dengan kuah sweet sour...

dah siappppp.. itu je.. sekian

Monday, May 9, 2011

Menu seimbang

Macam-macam ada.. dari ulam sampaila ke ikan bakar.. sodap2..

Sambal belacan...
Resepi Sambal Belacan :
1 biji bawang besar ( dibakar atas api tanpa kupas kulit)
1-2 biji bawang putih (dibakar atas api tanpa kupas kulit)
4-5 biji cili api
2 inci belacan (terpulang la nk banyak ke tdk)
garam secukpnya
2-3 biji limau nipis

Cara2 :

Tumbuk semua bahan kecuali limau nipis.. Bila dah hancur masukkan perahan limau nipis..Dah siap.. boleh makan dengan ulam (terbaik dari ladang mak saye)

ulam diimport dari kg kesayangan

Ikan bakar
Bahan2:
1 ekor ikan talapia
Kunyit
Garam

Cara2:
Salutkan ikan dengan kunyit dan garam. dan letakkan atas gril.. dibalik2an sampai masak.. dh siap leh la cicah ngan sambal kicap.

Sotong masak asam pedas
Bahan2 :
5 ekor sotong besar
3 biji bawang merah (ditumbuk)
1 biji bawang putih (ditumbuk)
1 kuntum bunga kantan
1 ikat bunga kantan ( i suka letak banyak2)
1 biji tomato
2 senduk kecil cili kisar
Asam jawa
Garam secukupnya
1 sudu teh serbuk kunyit

Cara2 :
1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan cili kisar bersama bawang putih dan merah. Agak2 cili dah masak masukkan pula air secukupnya.
2. Masukkan bunga kantan dan daun kesum. Besarkan api dan biarkan 10 minit.
3. Kecilkan api. Masukkan garam, kunyit , air asam jawa dan sotong..
4. Akhir sekali bolehla dimasukkan tomato.. biarkan sekejap.
5. Tutup api dan bolehla dihidang.

Sunday, April 10, 2011

Menu kami malam tadi

Malam tadi makan sedap.. ada menu ketam.. hehe kira sedap la kan.. sebab jarang masak. pastu meriah jugak la lauk sebab ada 3 menu.. ok2 mesti korang kata setakat tiga menu je bukan banyak mana pun.. tp sebab saya selalu masak 2 lauk je, so 3 menu tu kira banyak la kan.. huhu tp seperti dijangka en hubby just amik satu menu je.. ketam ngan sayur.. ikan dia x sentuh pun.. sob sob :(( ala tp memang macam tu pun dia. dua lauk pun dah cukup. so meh sini nak share resepi.
my sayur campur
udang+asparagus+baby carrot+kacang peas

ikan goreng tumis cili api+lada hitam

menu terbaik mlm tadi.. sambal ketam bertelur
sisi tepi plak
share recipe to u all..

Sayur campur
Bahan2:
Asparagus
Baby carrot - belah empat
kacang pea
5 ekor udang
bawang putih- dihiris
garam
sos tiram

Cara masak:
ok, sebelum diberitahu cara nak masak, suka utk beritahu korang sume, yang berapa banyak sayur terpulang lah pada korang sebab korang lebih tau selera masing2 kan.. ok jom sambung.
  • panaskan minya utk menumis.. tumis bawang putih.. bila naik bau masukkan baby carrot.. kacau sekejap pastu masukkan udang..
  • masukkan plak sos tiram (kalo x nak letak pun x pe, sebab dah ada udang kan).
  • seterusnya masukkan asparagus dan kacang pea. masukkan garam secukup rasa. bila dah masak sume bolehla diangkat..
Sambal ketam bertelur
Bahan2 :
2 ekor ketam
1 sudip cili giling
5 biji bawang merah (di tumbuk halus)
3 biji bawang putih (di tumbuk halus)
1 biji telur ayam
2 sudu sos tomato
garam secukup rasa
sedikit air

Cara2 :
1. Panaskan minyak. Tumiskan cili giling, bawang merah dan bawang putih. bila cili dah agak2 masak masukkan sedikit air. masukkan juga sos tomato dan garam. bila sos tomato tadi dah sebati ngan kuah pecahkan sebiji telur dan dikacau.
2. Akhir sekali masukkan ketam.. kacau sekejap. tutup kuali dengan penutup supaya ketam masak sepenuhnya. Biarkan dalam 10 minit. kecilkan api .
2. akhir sekali kalo dah masak bolehla dihidang.

Ikan goreng tumis cili api dan lada hitam
Bahan2:
1 ekor ikan selar (dipotong empat)
1 biji bawang besar- dipotong bulat
3 biji bawang putih- dihiris
5 biji cili api - dipotong serong
1 sudu lada hitam
garam

Cara masak:
1.Ikan tadi digoreng..
2.tumiskan bawang besar, bawang putih, cili api dan lada hitam.. masukkan garam secukuo rasa..biarkab sehingga layu..
3.akhir sekali masukkan ikan goreng td.. kacau smpi bahan sebati ngan ikan..
4. Akhir sekali boleh diangkat..

Monday, February 28, 2011

Nasi Harum wangi + ikan masam manis

owhh cuti kali ni berjaya lagi mengeksperimen rasa nasi.. nasi harum wangi.. oppss tp nama ni bukan saya yang bagi.. tuan punya resepi yang bagi.. alkisah bila dh bosan haruslah menyelak mingguan wanita yang menimbun kat rumah.. cari resepi nasi jumpa yang ini.. mula2 ingat nak buat nasi tomato, tp nampaknye nasi yang ni lg menambat hati..

Nasi Harum Wangi
Bahan-bahan :

2 ulas bawang putih -di hiris
1 inci halia -di hiris
1 batang serai - dihiris
susu sejat f&n
2 cawan beras

Cara-cara memasak :

Panaskan minyak untuk menumis.. Tumiskan bahan2 yang dihiris. Bila dah naik bau masukkan beras. kacau hingga sebati. kemudian masukkan susu sejat secukupnya untuk menambahkan rasa lemak.. seterusnya bolehla dipindahkan ke rice cooker dan ditambah dengan air mengikut sukatan yang betul..

bila dah masak bolehla dihidangkan dengan lauk pauk kat bawah ni..

ikan talapia sweet sour

Bahan2:
ikan talapia- siap digoreng
seulas bawang putih
4 biji bawang merah
1 inci halia
1 lada merah
1/4 biji mangga muda
sos tomato
sos cili
gula
garam

Cara memasak :
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia, lada merah yang telah dihiris halus. kemudian masukkan sos tomato dan sos cili.. kacau hingga sekata.. masukkan pula mangga yg dihiris halus, gula dan garam secukupnya.. kacau sekejap dan dihidangkan diatas ikan talapia yang telah siap digoreng.

dan jugaa... korang bolehla hidangkan dengan sawi goreng belacan n sup su'un .. sedap mmg sedap..sebab nasi nye lain dari yang lain.. en suami kata nasi ni sesuai untuk buang angin..hehe sebab ada halia n serai..
sawi goreng belacan

sup su'un