Post Terkini

Friday, May 13, 2011

Talapia stim sweet sour

Nyum nyum... hari tu tengok JJCM diorang buat stim sweet sour.. teringin gak nak try.. hmm rupa2nya sedap eh.. tanya en suami dia kata prefer stim dari goreng.. sebab isi lebih lembut.. tp goreng pun sodap gak katanye..

So
Bahan2 nya:

1 ekor ikan talapia
1/4 lobak (potong dadu)
1/2 biji mangga separuh masak (potong dadu)
1 biji bawang pesar (potong dadu)
1 biji bawang putih (potong dadu)
sos tomato
sos cili
2 sudu besar gula
1 asam keping
garam

cara2:
1. didihkan air dalam kuali. masukkan asam keping dan garam.. kemudian masukkan ikan talapia.. biarkan sekejap. agak2 dah masak, angkat dan tos kan.
2. untuk bahan kuah tumiskan bawang dan lobak sekali..
3. masukkan pula sos tomato dan sos cili.. pastikan rasa kedua2 sos seimbang.
4. masukkan mangga muda..kacau sehingga mangga masak atau lembut.. jangan lupa bubuh garam dan gula..
5. sekiranya kuah pekat bolehla masukkan sedikit air.. kacau sekejap..
6. hidang ikan tadi ke dalam pinggan.. dan salutkan badan ikan dengan kuah sweet sour...

dah siappppp.. itu je.. sekian
Post a Comment