Post Terkini

Saturday, May 21, 2011

Udang stim tomyam


Udang stim tomyam.. korang penah buat tak?? hehehe ni 1st time buat ni.. memula tak tau la rasa apa.. tp alhamdulillah.. boleh tahan gak rasa dia. hehe masuk bakul angkat sendiri la plak.

so nak share resepi ngan kengkawan.. huhu senang je... jgn risau..

Bahan2:

12 ekor udang (medium size)
1 biji bawang besar (dimayang)
5 helai daun limau purut
Kacang peas
Tofu telur (dipotong bulat)
Pes tomyam thai

Cara memasak :

1. letakkan tofu telur di lapisan paling bawah
2. Dalam bekas yang lain, gaulkan dulu udang, bawang, kacang peas, limau purut dengan pes tomyam.. Kemudian transfer bahan gaul ini ke dalam bekas yang diletak tofu tadi..
3. masukkan dalam steamer .. Biarkan dalam 5-10 minit atau sampai udang tadi dah masak.. then bolehla dihidangkan terus.. oh ya, dalam resepi ni saya tak tambah garam sebab pes tomyam saya tu dah elok dah masin nye..

ok..itu saje.. bolehla korang try.. tak rugi pun nak cuba.. tata
Post a Comment