Post Terkini

Monday, May 9, 2011

Menu seimbang

Macam-macam ada.. dari ulam sampaila ke ikan bakar.. sodap2..

Sambal belacan...
Resepi Sambal Belacan :
1 biji bawang besar ( dibakar atas api tanpa kupas kulit)
1-2 biji bawang putih (dibakar atas api tanpa kupas kulit)
4-5 biji cili api
2 inci belacan (terpulang la nk banyak ke tdk)
garam secukpnya
2-3 biji limau nipis

Cara2 :

Tumbuk semua bahan kecuali limau nipis.. Bila dah hancur masukkan perahan limau nipis..Dah siap.. boleh makan dengan ulam (terbaik dari ladang mak saye)

ulam diimport dari kg kesayangan

Ikan bakar
Bahan2:
1 ekor ikan talapia
Kunyit
Garam

Cara2:
Salutkan ikan dengan kunyit dan garam. dan letakkan atas gril.. dibalik2an sampai masak.. dh siap leh la cicah ngan sambal kicap.

Sotong masak asam pedas
Bahan2 :
5 ekor sotong besar
3 biji bawang merah (ditumbuk)
1 biji bawang putih (ditumbuk)
1 kuntum bunga kantan
1 ikat bunga kantan ( i suka letak banyak2)
1 biji tomato
2 senduk kecil cili kisar
Asam jawa
Garam secukupnya
1 sudu teh serbuk kunyit

Cara2 :
1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan cili kisar bersama bawang putih dan merah. Agak2 cili dah masak masukkan pula air secukupnya.
2. Masukkan bunga kantan dan daun kesum. Besarkan api dan biarkan 10 minit.
3. Kecilkan api. Masukkan garam, kunyit , air asam jawa dan sotong..
4. Akhir sekali bolehla dimasukkan tomato.. biarkan sekejap.
5. Tutup api dan bolehla dihidang.

Post a Comment