Post Terkini

Sunday, July 6, 2014

Resepi puteri mandi

Rabu lepas teringat2 puteri mandi air tangan mak.. Gigih mencari resepi tapi sayang bahan2 cam tepung pulut, santan, gula melaka sume xde.. Tapi agaknye, dah nama nye rezeki ada plak cikgu sekolah yg menjual..Opps salah.. dia amik order je.. yang jual maknye.. Tapi yang tu versi salut ngan kelapa parut.. Alhamdulillah merasa gak.. So balik sekolah tu, tepon encik somi suh beli bahan2..

Esoknye baru leh buat..  So hari ni baru sempat nak share resepi.

Bahan-bahan :
Tepung pulut
Air
pewarna

Bahan-bahan kuah :
Santan (aku guna santan kotak 200ml)
Gula
Gula melaka/gula merah
Daun pandan
Sedikit garam

Cara-cara: 

  1. Bahagikan siap-siap kepada 3 bahagian. Titiskan setiap bekas dengan pewarna yang dikehendaki. (depend pada korang nak buat bape kaler. cam aku 3 warna).
  2. Gaulkan tepung dengan air. Gaul sampai tepung tak melekat dengan bekas n tangan. Kalau melekat2 tu maknanya terlebih air n kena tambah tepung lagila..cara buat puteri mandi
  3. Lepastu bolehla dibulatkan dan ditekan ditengah2 seperti gambar di bawah. (Aku tabur tepung kat pinggan tu supaya tak melekat puteri aku kat pinggan)puteri mandi sebelum masak
  4. Didihkan air dalam periuk. Masukkan puteri2 untuk dimandikan. Nak tau dah masak ke belum senang je.. Mula2 dia akan jatuh terus ke bawah.. Bila dah masak puteri2 ni timbul. So masa tu bolehla angkat n masukkan dalam air sejuk untuk elakkan dia melekat antara satu sama lain.
puteri mandi

Cara buat kuah: 
  1. Didihkan air. Masukkan gula,gula melaka dan daun pandan. Bila gula dah cair masukkan santan dan garam. 
  2. Lepas tu bolehla dimasukkan puteri mandi ke dalam santan macam gambar kat bawah ni.
  3. Apalagi boleh ngap la.. tapi kena tunggu sejuk dulu la kang melecur plak lidah makan panas-panas.
puteri mandi
Puteri mandi
Hmmm masa buat tu, kalau tengok kat pinggan hijau tu cam banyak je nak makan 2 orang.. Tapi Alhamdulillah rezeki family aku kot diorg datang berbuka kat rumah lepas tgk anak buah warded, dapatla merasa.. Untuk first timer cam aku yang baru berjinak-jinak nak buat puteri mandi ni haruslah risau kan.. tapi Alhamdulillah.. Licin kot.. Sedap katanya.. Aku pun cam kempunan sebab masa nak makan tengok dah habis..Tapi dapatla makan dua mangkuk cuma rasa nak lagi , nak lagi..Hehe.. Tapi x kisahlah. Yang penting apa yang kita masak orang suka. Itu yang lebih menggembirakan. :)

Owhh ye.. resepi aku ni xde sukatan.. Main agak2 je. Kalau korang rasa puteri mandi yang korang buat tu sikit leh la tambah adunan nye. 

Post a Comment