Post Terkini

Wednesday, July 9, 2014

#Ramadan 7 : Nasi ayam dan popia goreng

nasi ayam, popia goreng


Menu ramadan ke 7 hari tu. Alhamdulillah home made nasi ayam ngan popia goreng. Sedap sehingga menjilat jari. Pada aku nasi ayam di kunci dia sup je.. Lepas tu boleh diapply kepada ayam, sos tomato ngan nasi.. Sebabnya dari sup juga lah aku buat nasi ayam ngan sos tomato. Walau dah pernah share, tetap juga nak share lagi sekali sebabnya bahan-bahan aku x berapa konsisten tapi insyaAllah menjadi. Kalau yang aku xpuas hati xdelah aku nak share kat sini. Kang kena sumpah plak ngan korang..Hehe..

NASI AYAM

Bahan-bahan sup : 
1 inci halia -didadu
2 ulas bawang putih -didadu
1/2 ekor ayam
Garam secukpnya
2 biji kentang (optional)
Kiub ayam (optional)
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan nasi :
Beras
Sup ayam
Garam

Bahan-bahan sos tomato :
Sesenduk sup
1 biji tomato
2 batang lada merah
Sos cili
Gula

Bahan-bahan sos kicap :
Sos tiram
Madu
Kicap
Sos cili

Cara-cara memasak :

  • Untuk sup, mula-mula tumis bawang putih dan halia. Bila dah naik bau, masukkan setengah ekor ayam yang dipotong dua. Kacau-kacau sekejap, selepas itu masukkan air bersama kentang, kiub ayam dan garam secukupnya. Didihkan sehingga ayam empuk/masak.
  • Sementara itu basuh beras. Kemudian masukkan sup ayam yang dimasak tadi ke dalam beras ikut sukatan yang selalu digunakan untuk memasak nasi. Means sup ni menggantikan air biasa yang selalu kita gunakan. Letak garam sedikit. Dan bolehlah tunggu sehingga nasi betul2 masak.
  • Untuk sos tomato, blend tomato, lada merah, sos cili  ngan gula. Kemudian dimasak diatas kuali sehingga sos agak2 pekat sedikit. Gula dan sos cili mengikut kesukaan korang. Dah siap boleh diangkat.
  • Untuk sos kicap, campurkan saja semua bahan-bahan yang dinyatakan dan kacau. Siap.
  • Yang paling penting, ayam.. Angkat ayam yang telah direbus. Gaulkan dengan sos kicap tadi dan bolehlah digoreng. Bila dah garing boleh lah diangkat dan dipotong2 kecil.
  • Dah siap semuanya bolehlah dihidangkan. Daun sup dan bawang goreng bolehla ditabur ke dalam sup untuk memberi aroma yang harum.

POPIA GORENG

Bahan-bahan inti :
Lobak
Sengkuang
Tauge
Sedikit tepung (untuk gamkan kulit popia)

Bahan-bahan sambal : 
2 sudu besar Cili kisar
Segengam kacang tanah
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci Belacan
sedikti air Asam jawa
Sos cili
Gula
Garam
Air secukupnya

Cara-cara membuat :

Kite bermula dengan buat sambal ye..
  • Goreng kacang tanah dan kemudian di kisar. Kemudia kisar pula cili kering, bawang merah dan bawang putih.
  • Panaskan minyak. Tumis cili kisar dan belacan. Kemudian masukkan pula air, kacang tanah, air asam jawa, garam, gula dan cili. Kacau sehingga kuah menjadi pekat atau telah terbit minyak. (Proses ni lama sket untuk dapat tekstur kuah yang halus n pekat). Agak-agak kalau air dah kering boleh tambah air.
  • Sementara itu, celurkan bahan sengkuang, lobak dan tauge ke dalam air panas. Selepas itu gaulkan sengkuang dan lobak dengan sedikit kunyit dan garam.
Ok kenapa kena buat sambal dulu.. Meh baca lagi..

Ok untuk buat popia.. Sediakan kulit popia. Sapukan sedikit sambal di atas kulit popia yang akan diletakkan inti. Kemudia letakkan inti dan gulung. Selepas itu bolehlah digoreng dengan minyak panas.
Akhir sekali bolehlah dihidang dan lebihan sambal tadi sebagai sos popia. Macam yang kite beli dekat SS Ali tu.

Tips : Untuk dapatkan popia yang rangup dan tahan lama, jgn letak terlalu banyak inti sebab apabila digoreng dia akan serap minyak yang sangat banyak. Letak je setakat sedang elok tapi jangan sedikit sangat. 

Hehe macam mana aku boleh tau?? Sebabnye aku suka inti banyak, bila makan tu rasa penuh je mulut, cuma problem bila dah sejuk dia jadi lembik. Laki aku plak , dia suka popia yang rangup. So haritu dia yang menggulung, so dia letak 'just nice' je.. mula2 bising gak tp sebab dah buat kan.. So memang popia jadi rangup je.. Sampai ke sahur pun sedap lagi makan..Hehehe kami perut dua je, tu yang samapi ke sahur. Tapi Alhamdulillah kawan suami pun ada datang, dapatlah jamu popia goreng. Rezeki diorg kan. :)