Post Terkini

Tuesday, July 1, 2014

Salam ramadan

huhhhh.. legaa.. baru settle membayar bil segala bagai.. dari empat angka dalam akaun dah jadi dua angka.. Mujur ada bank bergerak en suami. Alhamdulillah.. Dialah yang tolong topupkan duit belanja bini.. Bini dia perabih duit untuk bayar bil.. 

Alhamdulillah dah masuk 3 ramadhan setakat jam 11.40 pm ni. Sempat la bersahur 2 hari ni rumah mak n berbuka sehari ngan  mak abah. Rezeki sambut ramadan di kampung tahun ni. Dah dua hari gak berbuka dekat Shah Alam ni.. Menu kami orang bujang simple je. Takde la pelbagai jenis lauk pauk. Almaklumlah, tuan badannye dua2 kecik, kang kalau ikut nafsu membazir plak nanti.

Ramadan ke dua menu mee bandung ngan cek mek molek, hari ni plak mee hailam ngan cucur udang. Settle tuk dua hari. Sekarang tengah memikir nak masak menu apa esok. Nak masak mihun goreng ke makaroni goreng..Hmmm... untuk kudap2an pun x tau nak buat apa.. Minggu ni ingat berbuka puasa nak menu ringan je.. Haha menu ringan pun perut senak sampai ke malam.. 

Oklah selamat menyambut ramadan sahabat.. Moga ramadan tahun ni amal kita semakin bertambah. Entry2 tertangguh kalau rajin saya update ye.Nite.. Jangan lupa bangun sahur esok :)
Post a Comment