Post Terkini

Sunday, April 10, 2011

Menu kami malam tadi

Malam tadi makan sedap.. ada menu ketam.. hehe kira sedap la kan.. sebab jarang masak. pastu meriah jugak la lauk sebab ada 3 menu.. ok2 mesti korang kata setakat tiga menu je bukan banyak mana pun.. tp sebab saya selalu masak 2 lauk je, so 3 menu tu kira banyak la kan.. huhu tp seperti dijangka en hubby just amik satu menu je.. ketam ngan sayur.. ikan dia x sentuh pun.. sob sob :(( ala tp memang macam tu pun dia. dua lauk pun dah cukup. so meh sini nak share resepi.
my sayur campur
udang+asparagus+baby carrot+kacang peas

ikan goreng tumis cili api+lada hitam

menu terbaik mlm tadi.. sambal ketam bertelur
sisi tepi plak
share recipe to u all..

Sayur campur
Bahan2:
Asparagus
Baby carrot - belah empat
kacang pea
5 ekor udang
bawang putih- dihiris
garam
sos tiram

Cara masak:
ok, sebelum diberitahu cara nak masak, suka utk beritahu korang sume, yang berapa banyak sayur terpulang lah pada korang sebab korang lebih tau selera masing2 kan.. ok jom sambung.
  • panaskan minya utk menumis.. tumis bawang putih.. bila naik bau masukkan baby carrot.. kacau sekejap pastu masukkan udang..
  • masukkan plak sos tiram (kalo x nak letak pun x pe, sebab dah ada udang kan).
  • seterusnya masukkan asparagus dan kacang pea. masukkan garam secukup rasa. bila dah masak sume bolehla diangkat..
Sambal ketam bertelur
Bahan2 :
2 ekor ketam
1 sudip cili giling
5 biji bawang merah (di tumbuk halus)
3 biji bawang putih (di tumbuk halus)
1 biji telur ayam
2 sudu sos tomato
garam secukup rasa
sedikit air

Cara2 :
1. Panaskan minyak. Tumiskan cili giling, bawang merah dan bawang putih. bila cili dah agak2 masak masukkan sedikit air. masukkan juga sos tomato dan garam. bila sos tomato tadi dah sebati ngan kuah pecahkan sebiji telur dan dikacau.
2. Akhir sekali masukkan ketam.. kacau sekejap. tutup kuali dengan penutup supaya ketam masak sepenuhnya. Biarkan dalam 10 minit. kecilkan api .
2. akhir sekali kalo dah masak bolehla dihidang.

Ikan goreng tumis cili api dan lada hitam
Bahan2:
1 ekor ikan selar (dipotong empat)
1 biji bawang besar- dipotong bulat
3 biji bawang putih- dihiris
5 biji cili api - dipotong serong
1 sudu lada hitam
garam

Cara masak:
1.Ikan tadi digoreng..
2.tumiskan bawang besar, bawang putih, cili api dan lada hitam.. masukkan garam secukuo rasa..biarkab sehingga layu..
3.akhir sekali masukkan ikan goreng td.. kacau smpi bahan sebati ngan ikan..
4. Akhir sekali boleh diangkat..

No comments: