sgt2 paham kerajaan itu perlu..
sgt2 tahu kemenangan dalam pilihanraya penting..
tp perlukah dikorbankan kepentingan kakitangan nye
iye, kakitangan awam adalah yang mendengar arahan..
tp kalau sehingga menjejaskan kepentingan rasanya x betul..
(betulkan saya jika salah)
tempat saya bekerja, ada beberapa org yang cuti bersalin..
ada juga guru2 yang mengalami masalah kesihatan.
yang terpaksa mengambil cuti, kadang2 berminggu2..
rasanye, semua tahu.. bila ada yg cuti bersalin maka adalah guru penggantinya..
alhamdulillah.. dapat la membantu kami.. iyela, skrg ni nak tak nak, mengajar adalah core bisnes..
walau di lihat secara mata kasar.. guru2 lebih terbeban kepada management task.. sehingga kadang2 terabai tanggungjawab utk mengajar. nak buat set induksi seperti yang diterapkan di universiti pun x terkejar..
ok berbalik kepada isu tadi..
sekolah kami telah diberikan 2 org guru ganti.. tp x sampai dua minggu.. diorg ni diberhentikan serta merta.. alasan, tiada duit nak bayar gaji.. hello, kata peruntukan banyak diberikan kepada pendidikan.. tp hal2 remeh macam ni pun diorg x pandang.. kenapa masa election macam2 yg dijanjikan.. walau bukan sy yang mengalami, tp kesian dengan rakan2 guru ganti.. harap2 adala pihak2 yang bertanggungjawab baca.. bukan nak kondem, cuma harap2nye diorg lebih peka terhadap isu2 sebegini.. kot2 la terlepas pandang.. akhirnye pelajar yg jadi mangsa.
No comments:
Post a Comment