Post Terkini

Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

Wednesday, November 2, 2016

Terapi Mata

Alhamdulillah..berkesempatan juga akhirnya nak update blog.. Kali ni nak cite pasal terapi mata.. Yeayyy walaupun rumah ni tanahnya sekangkang kera dapat gak la aku berbudi pada tanah.. Dari kecik sampai ke besar tak penah nak bercucuk tanam.. Umur 31 tahun baru la nak berjinak2 main tanah..  Mehh nak riak sikit  kebun mini belakang rumah..Bangga wehh hasil tangan sendiri menjadi..Hehehe. 


Serai
Serai ni la yang pertama sekali aku tanam..Opss bukan aku tapi en somi..Dah tanam tu tunggu seminggu tak tunas2..Dua minggu, sebulan masih tak tunas2.. Last2 aku fed up aku cabut serai tu biar je atas tanah.. Alih2 tak lama lepas tu tengok dia bertunas.. So hati berbunga2, tanam balik semula....Sekarang..inilah hasilnya..dah pun memberi khidmat bakti kepada tuannya..
daun pudina
Antara herba terawal yang aku tanam.. Ambil lebihan beli kat econsave.. Mudah tumbuh tapi memula macam hidup segan mati tak mau.. Halus je daunnya..Tapi sekarang daun dia lagi gemuk dari kedai.. Senang agak2 nak minum teh pudina, amik je kat sini.. Buat ulam pun sedapp..Berangin ke bila kau makan nasi..Tp itulah, skrg ni belakang kecik suka nau makan daun pudina ni.Stress makk..
Lemon balm
Yang ni aku beli pokoknya masa jalan2 kat IDCC.. Memula merimbun je daun.. Pastu letak kat depan ruah habis melecur daun2 nya. So skrg letak kat belakang plak...Lemon balm ni pun sedap gak kalau letak kat air teh..
Daun parsley.. Sesaje je beli sekali ngan lemon balm..Kengkonon rajin nak berwestern. Tp kengkadang aku buat ulam gak..
daun kesum
Daun yang paling susah nak tanam..Haha pada aku la. Banyak kali tanam atas tanah.. Bertunas kejap pastu mati terus.. Sekali jumpa tips kat tenet suh tanam dalam bekas bertakung.. So sebagai percubaan aku tanam kat bekas minyak.. Memula naik cantik tapi lama2 daun nye kuning2 pastu halus je .Masukkan dalam asam pedas pun tak berasa Aku geram..tawakal pindahkan dalam pasu kat atas tu.Sekarang. Alhamdulilah gemuk2 dah.. Gambar tak amik  sbb tak tersangka boleh update bloh hari ni..hehe..
daun selom
Daun selom ni asalnya tanam atas tanag.. Tapinya kuning je daun nya sentiasa.. Last2 terjumpa post daun selom ni nak kan air bertakung.. So percubaan aku tanam kat bekas minyak..Dan hasilnya....Segar bugar wehh..Daunnya pun hijau.. Syok wehh makan buat ulam.. Senang keje x yah masak sayur.. Petik2  pastu cakap..Abg kita makan ulam je ye malam ni..Hehehe.. Masak lauk je sudah..
pegaga
masa adik aku si wani pantang berulamkan daun pegaga ni..Aku amik la dalam 2-3 helai daun n rendam kat bekas.. Balik Shah Alam dah berakar pun.. So tanam la kat tanah.. 

Pokok cili.. Asalnya aku beli pokok cili..Tapi entah apa penyakit ,hidup x lama pun..Buah dia kemain banyak lagi..last2 aku buang pokoknya. buah2 yang masak tu aku biar je atas tanah. Alih2 kemain banyak anak pokok cili tumbuh.. Yang ni pun aku pindahkan ke bahagian yg luas sikit.. Tapi banyak lagi anak pokok cili keliling pokok kunyit aku.. Alhadulillah pagitadi nampak 3 biji cili sedang menunjukkan muka..Happy giler kau.tak sabar nak tunggu hasil..


Daun bawang.x yah citerla..Senang sangat nak tanam.hehe..
Depan umah aku ada tanam daun pandan ,pokok cili ngan daun kari. Tapi itulah pokok cili kat belakang dah naik tinggi dah..Tapi kat depan tu size nya sama je  berubah2 besarnya. Pokok kari pun bkn main susah nak bertunas.. Daun pandan apatah lagi.. Tak sabar nak tunggu daunnya naik panjang.. Senang kalau tetiba nak buat pengat ke, bubur ke..huhu.



Ada juga sayur cam salad lettuce aku tanam.. Tapi kemain halus daunnya.. Nak makan sendiri memang tak cukupla..so aku letak dalam bubur mira masa dia xde gigi lagi.. Benihnya ada lagi tapi nak tanam balik tu malas lah plak..Tanah pun dah x cukup..Hihi.. Daun sup pun penah beli..Tapi last2 mati2.. So skrg ni ada2 tanaman baru.. daun cekur amik dari kampung..dan pokok limau kasturi beli kat kampung.. Harap2 nya dapatlah hidup subur dan memberi manfaat pada aku anak beranak...

Wednesday, March 14, 2012

Menu semalam

sambal ayam kfc

sayur campur dengan kentang kfc

apa kehal ada kfc kat belakang tu.. alkisah, encik suami beli kfc yang combo.. ada 6 ketul ayam ngan 3 bekas wedges.. almaklumlah kitorg ni berdua je.. makan pun cuit2 je.. nak dijadikan cerita semua ayam tu bahagiad dada..non ada wing or drumstick.. so dari membazir buatla sambal ayam..huhu sib baik ok je rasa dia.. xde pun rasa kfc.. tang sayur plak, wedges tu ada lagi satu setengah bekas.. alang2 masak sayur, campurkan la sekali.. sedap apa..

sayangnye, memandangkan semalam berpuasa ganti xdela mentekedarah banyak sangat.. so sayur tu simpan dalam peti.. ayam plak, x sempat nk simpan dah dingap oleh askar2 dermawan a.k.a semut.. so bye bye jela.. lagi2 hari ni puasa, rasa terliur je tengok sambal ayam tu..huhu..tapi xpela..

so dalam rancangan hari ni berbuka nak makan western.. coleslaw dah siap.. mashed potato pun dah siap.. tinggal nak masak menu utama je petang ni.. emm agak2 kalau makan ngan pasta sekali boleh ke tak?? ke perut meletup..sebab empunya badan hantu pasta.. lagi2 dengan sos prego traditional..memang mengancam abisla.. xpela, keputusannya..tunggu.... berdasarkan kerajinan dan semangat memasak..

Saturday, May 21, 2011

Terung kukus sos tiram

inilah rupaya terung kukus saya tu.. alkisah beli steamer dari 'TUPPERWARE" and dia bagi free recipe book.. so apalagi mencubala saya dengan jayanya.. alhamdulillah sedap.. tp resepi ni bukanlah hundred percent ikut cm kat buku resepi tu.. saya adjust sket2 jerk..

so jom kite share resepi

Bahan :
  • 3 biji terung
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 5 biji cili api (dipotong2)
  • 2 sudu sos tiram
  • minyak utk menumis
  • sedikit air
Langkah2 :
  1. Basuh terung dan kukus sehingga isinya lembut.. tidak perlu dibuang kulit.
  2. Bila dah masak isinya bolehlah diangkat dan belah panjang2 seperti dalam gambar di atas.
  3. untuk kuah nya, tumis bawang putih dan cili potong sekali.. kemudian masukkan sos tiram dan sedikit air. biarkan hingga mendidih. tutup api.
  4. akhir sekali bolehlah di tuang kuah ke atas terung kukus tadi.. dan sedia utk di makan. :)
kasi close up sket my terung.. nyum nyum..

Sunday, April 10, 2011

Menu kami malam tadi

Malam tadi makan sedap.. ada menu ketam.. hehe kira sedap la kan.. sebab jarang masak. pastu meriah jugak la lauk sebab ada 3 menu.. ok2 mesti korang kata setakat tiga menu je bukan banyak mana pun.. tp sebab saya selalu masak 2 lauk je, so 3 menu tu kira banyak la kan.. huhu tp seperti dijangka en hubby just amik satu menu je.. ketam ngan sayur.. ikan dia x sentuh pun.. sob sob :(( ala tp memang macam tu pun dia. dua lauk pun dah cukup. so meh sini nak share resepi.
my sayur campur
udang+asparagus+baby carrot+kacang peas

ikan goreng tumis cili api+lada hitam

menu terbaik mlm tadi.. sambal ketam bertelur
sisi tepi plak
share recipe to u all..

Sayur campur
Bahan2:
Asparagus
Baby carrot - belah empat
kacang pea
5 ekor udang
bawang putih- dihiris
garam
sos tiram

Cara masak:
ok, sebelum diberitahu cara nak masak, suka utk beritahu korang sume, yang berapa banyak sayur terpulang lah pada korang sebab korang lebih tau selera masing2 kan.. ok jom sambung.
  • panaskan minya utk menumis.. tumis bawang putih.. bila naik bau masukkan baby carrot.. kacau sekejap pastu masukkan udang..
  • masukkan plak sos tiram (kalo x nak letak pun x pe, sebab dah ada udang kan).
  • seterusnya masukkan asparagus dan kacang pea. masukkan garam secukup rasa. bila dah masak sume bolehla diangkat..
Sambal ketam bertelur
Bahan2 :
2 ekor ketam
1 sudip cili giling
5 biji bawang merah (di tumbuk halus)
3 biji bawang putih (di tumbuk halus)
1 biji telur ayam
2 sudu sos tomato
garam secukup rasa
sedikit air

Cara2 :
1. Panaskan minyak. Tumiskan cili giling, bawang merah dan bawang putih. bila cili dah agak2 masak masukkan sedikit air. masukkan juga sos tomato dan garam. bila sos tomato tadi dah sebati ngan kuah pecahkan sebiji telur dan dikacau.
2. Akhir sekali masukkan ketam.. kacau sekejap. tutup kuali dengan penutup supaya ketam masak sepenuhnya. Biarkan dalam 10 minit. kecilkan api .
2. akhir sekali kalo dah masak bolehla dihidang.

Ikan goreng tumis cili api dan lada hitam
Bahan2:
1 ekor ikan selar (dipotong empat)
1 biji bawang besar- dipotong bulat
3 biji bawang putih- dihiris
5 biji cili api - dipotong serong
1 sudu lada hitam
garam

Cara masak:
1.Ikan tadi digoreng..
2.tumiskan bawang besar, bawang putih, cili api dan lada hitam.. masukkan garam secukuo rasa..biarkab sehingga layu..
3.akhir sekali masukkan ikan goreng td.. kacau smpi bahan sebati ngan ikan..
4. Akhir sekali boleh diangkat..

Kubis masak lemak

Bahan2 :
1/4 biji kubis
1/2 kotak santan pekat
1/2 genggam ikan bilis
3 ulas cili pada (utk bagi pedas sket)
1 biji bawang merah- dihiris
tempe
garam secukupnya
air

Cara-cara:
  1. masukkan santan pekat ke dalam periuk. tambahkan juga sedikit air. dan panaskan di atas api
  2. agak2 hampir mendidih masukkan bawang,cili, ikan bilis dan tempe..
  3. akhir sekali masukkan kubis.. jgn lupa letak garam ye..
dh siap... hmm sesekali makan sayur2 masak lemak ni memang terangkat.. lg2 kalo ada ikan bilis goreng atau dengan ikan goreng.. x payah menu lain..yang ni je dah cukup

Sayur sawi dgn tempe

tak tahu nak bagi nama apa.. tp layan jela eh..

Bahan2..
  • Tempe- dipotong halus
  • Sawi -1/2 ikat
  • 2 ulas bawang putih -dicincang halus
  • sos tiram
  • garam
  • minyak utk menumis
Cara2..
  1. panaskan lebih kurang 3 sudu minyak masak. kemudian goreng tempe tanpa kunyit dan garam.. agak2 dah kekuningan angkat.
  2. tumis bawang putih.. bila dah naik bau masukkan sos tiram. kacau sekejap dan masukkan pula sawi.. seterusnya masukkan pula tempe yang digoreng tadi.. kacau sekejap dan bolehla dihidang utk dimakan..