Post Terkini

Monday, February 28, 2011

Nasi Harum wangi + ikan masam manis

owhh cuti kali ni berjaya lagi mengeksperimen rasa nasi.. nasi harum wangi.. oppss tp nama ni bukan saya yang bagi.. tuan punya resepi yang bagi.. alkisah bila dh bosan haruslah menyelak mingguan wanita yang menimbun kat rumah.. cari resepi nasi jumpa yang ini.. mula2 ingat nak buat nasi tomato, tp nampaknye nasi yang ni lg menambat hati..

Nasi Harum Wangi
Bahan-bahan :

2 ulas bawang putih -di hiris
1 inci halia -di hiris
1 batang serai - dihiris
susu sejat f&n
2 cawan beras

Cara-cara memasak :

Panaskan minyak untuk menumis.. Tumiskan bahan2 yang dihiris. Bila dah naik bau masukkan beras. kacau hingga sebati. kemudian masukkan susu sejat secukupnya untuk menambahkan rasa lemak.. seterusnya bolehla dipindahkan ke rice cooker dan ditambah dengan air mengikut sukatan yang betul..

bila dah masak bolehla dihidangkan dengan lauk pauk kat bawah ni..

ikan talapia sweet sour

Bahan2:
ikan talapia- siap digoreng
seulas bawang putih
4 biji bawang merah
1 inci halia
1 lada merah
1/4 biji mangga muda
sos tomato
sos cili
gula
garam

Cara memasak :
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia, lada merah yang telah dihiris halus. kemudian masukkan sos tomato dan sos cili.. kacau hingga sekata.. masukkan pula mangga yg dihiris halus, gula dan garam secukupnya.. kacau sekejap dan dihidangkan diatas ikan talapia yang telah siap digoreng.

dan jugaa... korang bolehla hidangkan dengan sawi goreng belacan n sup su'un .. sedap mmg sedap..sebab nasi nye lain dari yang lain.. en suami kata nasi ni sesuai untuk buang angin..hehe sebab ada halia n serai..
sawi goreng belacan

sup su'un
Post a Comment