Post Terkini

Saturday, February 19, 2011

Resepi Ayam Kukus Halia

Resepi ni sesuai untuk dihidangkan kepada 2-3 orang makan bagi kapasiti perut yang kecilla.. kalo luas kapasiti nye kenalah agak2 bahan nye ye..Dah la nak makan lauk kukus2 ni tp memandangkan kukusan pun xde so dipendamkan aje.. Tp skrg dah ada dah beli tupperware brand punye (haruslah kan bg peminat Tupperware) so bertungkus lumus la membuatnye.. Oppss lupa plak kredit juga utk en suami kerana membantu di dapur..

So inilah resepinya...

Ayam kukus halia

Bahan-bahan:
1 inci halia
4 biji bawang putih
3 ketul ayam
Garam secukup rasa
2 batang serai -dititik

Cara memasak:
1. Halia, bawang putih dan garam ditumbuk sehingga lumat.. Kemudian lumurkan bahan tumbuk tadi pada ayam yang hendak dikukus..Perapkan dalam 20-30 minit. (Tp i x perap pun sebab idea pun datang time nak masak dah)

2. panaskan air untuk mengukus.. kemudian bolehla masukkan ayam bersama-sama dengan serai yang telah dititik.. serai ni tujuan dia untuk mengharumkan dan mewangikan ayam kukus korang nanti..

3.. biarkan sehingga empuk (dalam 20-30 minit) dan siap dihidang..

Hidangan ni sedap dihidang bersama2 dengan nasi panas dan sup kosong.. memang sedap.. kalau korang nak hidangkan dengan nasi ayam pun no hal.. still sedap gak.. sama macam yg korang order kat gerai nasi ayam tu..
Sup kosong yang memang sedap dijadikan menu sampingan

Bahan2:
Air kukusan ayam tadi
Garam secukup rasa
Daun sup (dipotong halus)
Bawang goreng
perahan limau kasturi/nipis

Cara memasak:
1. sangat simple dan mudah.. korang gunakan je stok air kukusan ayam tadi.. masukkan garam, perahan air limau.. Pastu bolehla dihidang.. Jangan dilupa dengan daun sup dan bawang goreng korang ye..

Inilah makan malam kami... nasi putih +sawi goreng (air tangan en suami)+ayam kukus halia+sup kosong+sambal tomato

Blogger Templates

No comments: