Post Terkini

Wednesday, February 2, 2011

Nasi Lemak


my nasi lemak..

Bahan2 sambal:

3 ulas Bawang putih
5 biji Bawang merah
1 biji Bawang besar
2 senduk cili kisar (brand puteri)
ikan bilis (dikisar hallus)
3 sudu gula
1/2 inci Belacan
minyak untuk menumis

Bahan2 nasi lemak

1/4 pati santan (dalam kotak)
1 biji bawang merah
1 sudu teh lada hitam
1/2 inci halia
garam secukup rasa

Bahan2 sampingan

Kacang tanah (digoreng)
Ikan bilis (digoreng)
telur rebus
timun

Cara memasak sambal :
a) blender bawang merah, bawang putih, belacan dan ikan bilis. kemudian panaskan minyak. masukkan belacan, dan bahan2 yang telah diblender tadi. tumiskan.

b) bila bahan tumisan tadi dh agak2 garing, masukkan plak cili kisar. masukkan sekali bawang besar yang telah dihiris.

c) biarkan sehingga cili tadi masak. Jgn lupa letak gula dan garam.. tp untuk cili kisar brand puteri x perlu lg letak garam n asam jawa sbb dh memang sedia ada dalam cili kisar tu.

d) dh siap dan sedia utk dihidang.

Cara masak nasi lemak..
a) Basuh beras.. tambahkan santan, masukkan sekali bawang, lada hitam, halia dan sedikit garam

b) biarkan sehingga masak

c) sedia untuk dihidang bersama sambal dan bahan2 sampingan

Blogger Templates

Post a Comment