Post Terkini

Monday, February 28, 2011

Nasi goreng sotong

Orang lain makan malam bersama nasi putih n lauk pauk.. tp me makan nasi goreng je.. hmm tiba2 terpikir kalo makan kat luar malam2 pun minta nasi goreng gak.. cuma kali ni x nak la makan nasi goreng malas atau nasi goreng kampung.. biar lain sket.. hehe biar en suami rasa cam order kat kedai..hehe so buatla nasi goreng sotong.. balik sekolah kul 7.15 terus sinsing lengan bersilat kat dapur.

Bahan2 :
serbuk lada sulah
3 ulas bawang putih - dihiris
5 biji bawang merah -dihiris
3 biji cili padi - dibelah dua
3 ekor sotong - dipotong bulat
2 sudu sos tiram
sayur campur
nasi putih
daun sup
bawang goreng
minyak untuk menumis

Cara memasak :

1.Panaskan minyak.. tumiskan bawang putih, bawang merah, cili padi sehingga kekuningan.. 2.Masukkan sotong.. Biarkan sekejap. Masukkan pula sayur campur dan sos tiram.. Kacau hingga sekata. jangan lupa letak garam..
3. Bila bahan2 dah masak, bolehlah letakkan nasi putih dan kacau hingga semua bahan serasi..
4. dah masak bolehla ditaburkan daun sup ngan bawang goreng..
korang pun bolehla hidangkan udang goreng kunyit ngan telur mata kerbau..barula terasa mcm order kat kedai..

Selamat mencuba

kasi close up sket nasi goreng saya
Post a Comment