Post Terkini

Friday, February 18, 2011

yeaa... bertuahnye menjadi seorang guru

tengah2 berblogwalking tadi, berjumpa dengan satu blog yang sgt kreatif penulisan nya n terus jatuh cinta.. owhh Cikgu Zara ni sgt superb la.. even org duk hebah2 kan tentang Hanis Zalikha n wah ever tp bg ku Cikgu Zara ni lebih best.. hmm jgn marah ye..lain org lain persepsi.. Emm saya tulis Hanis Zalikha sbb cuma dia je yg saya tau top blogger.. yg lain x tersimpan dalam memori lagi..

So disebabkan entry dia yang sgt best tu.. terfikirla untuk bagitau reader2 kat luar tu betapa bertuahnye jadi seorang 'GURU'. korang tak perlu jadi lawyer, peguam, doktor or etc tp dengan jadi cikgu korang boleh jadi semuanya..bukan semua tp mostly all the job in the world..nape?? x caya?? haa baca ni

##Accountant/Banker##

bila mana setiap awal tahun dan para guru menjadi guru tingkatan.. nah, masa nila korang akan memastikan korang menjadi seorang akauntan yang berkaliber.. mesti tau duit yang korang dapat tu balance atau tidak.. mesti tau jumlah pelajar yang harus membayarnye.. semuanya korang yang kena buat.. kalo masih ada lg student x bayar, so apa tugas korang?? haruslah menyerahkan kepada pemungut hutang..

##Pemungut hutang##

sape dia eh?? sah2 la korang jugak..kna kejar kemana diorg pegi.. x dapat diorg, haruslah call parent nye..

##Doktor##
Bila mana seorang pelajar sakit, haruslah ada seorang pelajar yang akan berkata " cikgu, ada pelajar sakit" or "cikgu, hidung A berdarah" atau "cikgu, B muntah kat tangga".. so apa lagi korang nak kata?? paham2la sendiri..

##Setiausaha##
Teringat kata2 seorang lecturer, kebanyakan yg jadi setiausaha kerajaan adalah seorang yang bermula dari cikgu.. dan lecturer ini juga telah dioffer menjadi setiausaha.. dan sebelum menjadi lecturer dia juga adalah cikgu.. sbb apa?? kerana cikgu juga adalah orang yang harus tahu sistem failing.. harus tahu surat keluar masuk, harus tahu bila waktu sesuai untuk menjilidkan fail.

##Polis##
"Cikgu, cikgu, ada pelajar ponteng.. saya nampak dia keluar pagar pegi arah sana".. apalagi, berlari2 la cikgu tersebut seperti seorang polis mengajar penjahat".

##Baby Sitter##
apa?? x percaya?? silalah percaya ye... kalau baby sitter yg kat luar tu menjaga kanak2 di bawah umur 8 thn baby sitter dekat sekolah menjaga baby sehingga umur 17 thn. apa?? x percaya lagi?? tipu?? no lah ini pengalaman sendiri.. menjaga pelajar tingkatan 5.. sambil mengajar saya perlu menjaga diorg..pastikan diorg duduk tempat masing.. diorg cabut keluar, terpaksa keja mereka seperti mengejar kanak2 yang baru mula belajar berjalan..

##Driver##
hahaha..x percaya lagi??? hmmm kalo pelajar sakit n memerlukan rawatan segera..siapakah yang perlu membawanya ke hospital??

##Dermawan##
percaya atau tidak, guru adalah dermawan yang terhebat di dunia.. bukan nk memuji tetapi itulah hakikatnye.. fotostat bahan mengajar utk semua pelajar..bukan semua minta pada pelajar, sometimes guru akan guna duit poket sendiri..keceriaan kelas?? guru akan menghulur sedikit..jamuan?? pun ada juga saham guru..pelajar terlupa bawa duit ke sekolah.. "nah amiklah ni g makan kat kantin"..percaya tak??

##Penterjemah##
especially bagi mereka yg mengajar pelajar2 kurang fasih berbahasa melayu or english..
situasi 1 :
Cikgu : kita haruslah sayang kepada bayi..
pelajar: cikgu, apa itu bayi??
Cikgu: baby, tau baby??(smbil buat gaya orang mengendong bayi)
pelajar: owhh itu baby ya?? saya tau saya tau

situasi 2:
Cikgu : kita mesti sayang pada Malaysia supaya sentiasa aman
Pelajar : cikgu, aman itu apa??
Cikgu : tiada peperangan..
pelajar : ????
cikgu : ini macam, awak pernah tengok tak orang gaduh2.. ada tumbuk2.. bawa pisau n etc..
pelajar : owhh..ada2.. itu orang sampai mati pun ada
cikgu: haa.. kalo macam itu, tanda tidak aman.. kalau xde gaduh, xde pukul2 baru aman..
pelajar: owhh saya tau, sayau tau..

so macam mana dah paham??

##pakar akademik/pelajar##
tanyala mana2 cikgu kat Malaysia ni..diorang mesti penah ajar subjek yang yang bukan opsyen or under mastery diorg.. tp as a teacher tanggungjawab haruslah mendidik n mengajar.. even korg tak tau pun, tp bila masuk kelas haruslah tahu..so guru2 juga adalah pelajar.. diorg kena belajar dulu sebelum ajar pelajar.

##ahli sukan##
korang tengok jela time sukan, sape yang handle semuanye?? korang penah jadi pelajar kan??

##sukarelawan##
bila mana khidmat seorang guru diperlukan, dan ia adalah diluar waktu kerja.. guru tersebut adalah sukarelawan..

##kaunselor##
bukan hanya kaunselor sekolah, tetapi guru biasa juga tetap menjadi tukang rujuk..apa2 masalah, pelajar akan refer pada kita dan haruslah kita menyelesaikan n memberi cadangan.

##cikgu tetap cikgu##
mana2 korang pergi akan ada dua gelaran yang melekat.. gelaran pada doktor dan gelaran pada guru.. panggilan cikgu tak pernah padam dari nama seorang anak murid.itu memang x dapat di nafikan..

hmm panjanglah plak entry kali ni.. banyak lagi jawatan nk tulis, dari public affair sampai pemimpin tau..sume ada.. tp x larat plak nak naip..so korg bolehla renung2kan ye.. walaupun tugasnye xla sehebat mana tp kalo dikalikan 40 orang pelajar(1 kelas) dan times lg dengan bilangan kelas.. cubala bayangkan.. tp itulah orang kata gaji cikgu ni x boleh kaya.. tp masih cukup utk hidup.. maybe sebab doa anak2 murid kot..aminnn