Post Terkini

Wednesday, December 11, 2013

KWSP - Pengeluaran Tabung Haji

Mungkin kebanyakan orang dah tau, mungkin juga aku yang dah lama ketinggalam. Sebelum ni memang ada dengar ura-ura pengeluaran kwsp boleh dilakukan untuk mengerjakan ibadah haji. Rukun islam yang kelima bagi mereka yang mampu.  Dan Alhamdulillah ternyata betul.. huhuhu baru je tau ni .

Untuk pengetahuan pengeluaran kwsp untuk haji ni dibentangkan pada 28 September 2012 dan telah dikuatkankuasakan mulai 1 Januari 2013. So baru nak setahun je la kan.. Patut aku tak tau. Untuk makluman, pengeluaran simpanan hanyalah dari akaun 2 sahaja ye.


Berdasarkan dari laman rasmi KWSP, syarat-syarat pengeluaran adalah :-

Ahli KWSP yang layak mestilah  :

  • berumur kurang 55 tahun dan telah menerima surat tawaran berstatus 'TERPILIH' untuk mengerjakan haji dari Lembaga Tabung Haji (LTH)
  • Ahli belum cukup simpanan untuk mengerjakan haji
  • Perbezaan jumlah kos Haji dengan baki simpanan akaun LTH ahli tertaklum kepada amaun maksimum RM3000 atau baki akaun 2.
  • Pengeluaran akan dibayar terus ke akaun ahli Tabung Haji
  • Kelayakan pengeluaran sekali sahaja
  • Jika ahli membatalkan/menangguhkan pemergian, ahli kena memulangkan semula amaun yang telah dikeluarkan
  • Jika berlaku kematian, waris tidak perlu memulangkan semula.
Dokumen diperlukan:
  1. Kad pengenalan diri
  2. Surat tawaran berstatus "TERPILIH" dari LTH
  3. Buku akaun simpanan ahli yang telah dikemaskini
Untuk maklumat lanjut korang bolehlah serbu ke website KWSP ye..
 Pada aku ini mungkin lebih tertumpu pada swasta je kot sebab kalau sektor awam kebanyakan ambil pencen.

Tengok ini --> Pengeluaran kwsp untuk kakitangan awam
Post a Comment