Post Terkini

Sunday, March 17, 2013

Bukit Tinggi, Pahang

entry kali ni ialah entry penuh gambar ye.. percutian yang pertama untuk sesi 2013 tahun ni.. walau bukan dengan en suami tapi tetap teruja sebab keinginan untuk ke sini dari 2011 lagi.. pernah ajak en suami pergi, tp dibawanya kita ke bukit tinggi klang.. aptb.. kali ni mengikut rombongan sekolah di bawah persatuan jepun ke bukit tinggi.. malam sebelum bertolak, sekali lagi en suami salah tafsir.. diingatkan lawatan ke bukit tinggi klang..  hmmm suami suami.. apakejadah lawatan ke situ bang oiii... mmg tak munasabah langsung.. so sebab baru tahu lokasi sebenar mulutnya tak henti mengomel je..hihihi lawak lawak..
Destinasi pertama kami.. taman tea jepun.. kami naik shuttle bus ke sini.. nak dijadikan cerita sepatutnya first destinasi ialah taman arnab dan dijadualkan akan bekfes di situ.. tp driver suggest kami ke sini dulu.. so dia berhentikan la kami ke colmar.. agih2kan bekfes pada pelajar, sekali sorang wakil management dtg kata kami tak boleh makan kat situ.. mmg tak blh negotiate langsung.. katanya kawasan private, tempat berbayar so ada peraturan2 yang perlu diikut.. huhu.. tak boleh blah.. tp kitorang makan gak..lantak pi la..sian kat bebudak.. cikgu tak perla kan kalau tak makan..
my frens.. happy je walaupun hati panas dengan kejadian tadi

depan pintu masuk ke taman tea
sebahagian pelajarku yang dah bertukar menjadi gadis jepun yang comel.. ahli rombongan lelaki cuma 6 kumbang sahaja :)
Dan lagi
Me.. tidak menukar uniform.. mahal kot kimono nye.. rm20..  berbaloi..dahla design cantik.. dulu berangan nak pakai kimono kat sini even ada terbaca pasal kualiti dia.. tp bila dah sampai tak rasa rugi pun tak sewa kimono ni
Pandangan dari bawah..
so lepas dah bagi bebudak ni feeling jadi orang jepun, kitorang turun semula ke bawah.. pergi plak ke taman bunga diorang.. bersebelahan ngan taman tea.. ada kiosk kecil jual makanan jepun sebelah taman ni.. try beli takoyaki rm4.50 3 ketul.. tp tak sedap.. masin n rasa macam makanan melayu je..heheh ada hak group fotografer yang amik gambar burung..

Destinasi kedua kami.. colmar tropicale.. untuk bergambar cantikla..
Pandangan dari menara
di bawah clock tower.. tak perasan plak jam tu hidup ke tidak.. tp waktu sampai  cam lebih kurang je


RM 19.50 hokehhh.. sib sedap.. paling murah ni


Menara.. kami naik lift tak guna pun tangga.. penat kot.. kat sini semuanya memerlukan kaki.. kitorg naik lift student kitorg lumba naik tangga.. and u know what?? diorg sampai dulu..huhu..stamina diorg sgt baguss


Taman arnab.. takdela best sgt pun.. arnab pun tak nak makan makanan yg bebudak ni bagi..dah terlampau kenyang agaknye pungunjung lain bagi..tapi bebudak bandar kan..jarang jumpa ngan binatang.. abis diorg main kejar2 ngan rusa bagai.. padahal umur masing2 dah 13 14 tahun dahh.. layankan aje

lama dah  tak main buai
kegemaran ku.. membeli tshirt untuk kami suami isteri :)
dan juga FM.. RM 6.. mahal gak pada aku..



Sekiann.. Conclusion nya pas ni kalau tak de apa2 mmg tak kan lah nak dtg sini.. cukuplah sekali.. tak berapa mengujakan berbanding keinginanku.. tambahan serba serbi mahal kat sini.. cuma kalau ada kengkawan tanya dah pernah pergi ke, bolehla jawab dahhh... hehehe

3 comments:

Nudabuffy said...

sejuk tak bukit tinggi ni?

muzai said...

X sejuk pun.. Cuma angin dia nyaman la dr kl tu je.. Yg penting mmg x sejuk..hehe

Cho Zila said...

kalau tak penah pergi kenalah pergikan...