Post Terkini

Thursday, May 16, 2013

selamat hari guru

SELAMAT HARI GURU
Semoga Allah merberkati guru-guru saya yang telah mendidik saya menjadi seperti hari ini.. guru-guru di taska. SK Bukit Changgang, SK Bukit Rokan Utara, SK Palong 4, SK Palong Timur , SMK Tinggi Segamat, Uitm Dungun, Uitm Shah Alam, USM terima kasih di atas jasa kalian semua..  Tanpa ilmu dan tunjuk ajar siapalah saya..

Dan sekarang saya telah mengikut jejak langkah kalian semua.. terima kasih cikgu..
Buat rakan2 seperjuangan selamat hari guru.. semoga tabah dan sentiasa ikhlas dalam mendidik anak murid.. ingatlah,kita adalah guru-guru zaman millenium.. walau tugas kita dipermudahkan masyarakat luar, kita tahu di mana kita berada.. walau tugas kita diperlekeh tapi tetap ada yang masih memandang tinggi ..

buat anak2 murid,fadilah, emran, izzani, syabil, aareena, diana amiera, ainin sofiya, batrisya, intan, farah, rabiah, danish, irfan, mastura, monish, aiman, syamil, dzarif, haikal, amierul, nadia, zana dan lain2.. terima kasih di atas hadiah yang diberikan.. juga ucapan 'selamat hari guru' di bibir kalian..terima kasih, terima kasih , terima kasihhhh

dengan jiran sebelah meja, k.hanim

hadiah cabutan bertuah untuk sesi petang..tp malangnya saya tidak bertuah hari ini :)

aktiviti tukar-tukar hadiah kami di sesi petang
sebahagian hadiah yang diterima..  yang lain tinggal kat sekolah atau sudah di ngap.. ramai yang bagi cupcake buat cikgu tergugat.. sebabnya mereka sendiri yang buat.. terima kasih semua.. yang hadiah dengan doa pun terima kasih.. itu yang paling penting.. bila ada student tanya " cikgu nak hadiah apa?" yang mampu dijawab cumalah doakan saya dapat baby" ye, itu hadiah yang terbaik.. terima kasih semua.. owhh tahun ni dua org pelajar hadiah whiteboard marker.. sentimental value tu ..thanks ye, tiada dalam gambar sebab cikgu dah letak siap2 kat pensil case.. :)  
Akhir kata, selamat hari guru dan terima kasih pada kaum keluarga, sahabat handai, dan pelajar-pelajar tersayang atas ucapan yang diberikan..

No comments: