membelek laman AKPK untuk mengetahui tahap kewangan keluarga.. nak jugaak tengok tahap kesihatan kewangan kite supaya x terjerumus.. sebabnya sekarang ni otak asyik nak shopping ngan becuti je.. so merajinkan diri jengah AKPK supaya tak terus terjerumus.. jom kita semak.. Cukupkah simpanan saya ???
1) adakah saya selalu menabung dan menabung secara tetap?? Ya, Alhamdulillah sejak awal perkahwinan dah mula menabung.. dari syiling 10, 20, 50, rm 1 (setiap satu ada tabung).. tabung haji, asb, dan bsn (bsn ni kononnya untuk bekalan anak2, tapi rezeki tak sampai lagi).. walau tak banyak, tp alhamdulillah setiap tahun meningkat juga angkanya
2)Adakah saya menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan saya?? Setakat ini ya, akan datang tidak pasti sebab dah ada komitmen untuk rumah plak
3)Sudahkah saya menyimpan 3 hingga 6 bulan perbelanjaan hidup di dalam sebuah dana kecemasan yang senang digunakan sekiranya perlu? Tiada.. ye saya tiada dana kecemasan.. harus difikirkan akan datang..
4)Adakah saya menabung secukupnya untuk matlamat jangka panjang saya seperti sebuah rumah atau pendidikan anak-anak? Ya, duit tabungan telah berjaya digunakan ketika proses pembelian rumah kedua kami. Alhamdulillah.. untuk anak2 sedang giat dilaksanakan sehinggalah rezeki kami ini hadir.
5)Bila membeli barangan mahal menggunakan kredit, cukupkah simpanan saya untuk membuat bayaran pendahuluan sebanyak yang mampu? selalunya kami akan membayar lebih banyak daripada bayaran minima. dan pembelian barang menggunakan kad kredit selalu hampir2 dengan bonus en suami.. cuma, ya seperti soalan 3 dana kecemasan kami ialah kredit kad iaitu apabila melibatkan kerosakan kereta secara tak disangka
6)Cukupkah simpanan saya untuk waktu persaraan? umur baru 29 tahun.. jadi simpanan untuk persaran masih dalam progress,, tapi kalau ada insuran sekali saving agak2 cukup tak?? hmmm
Sekiranya anda menjawab ya kepada semua soalan di atas, tahniah, anda berada di jalan yang betul dalam mencapai kebebasan kewangan
** keputusan?? sedang tercari-cari jalan yang betul.. InsyaAllah berjaya
3 comments:
aku kalo fikir pasal bajet ni, kdg2 nak menangis. tp fikir positif. masa anak kecik mmg byk pakai duit.lagi2 thn depan nk masuk tadika. rumah pun ntah bila baru dpt beli.
same lah kita ni...huhu sedih bila pikirkan gaji cukup-cukup makan pakai tiap-tiap bulan.
Yes, komitmen tuk anak sgt tinggi, sorang ok lagi. nak masuk dua anak terasa sakitnya..
Harapkan duit husband jelah kalau nak buat saving, holiday, or emergency..
rezeki masing2 anne.. insyaAllah dipermudahkan kan tuk ko.. rezeki ko dekat anak2.. aku ni, rezeki kat sini jela.. xde sapa nak tanggung, kami berdua je.. kdg2 frust jugak, tp bak kata ko positf..
Post a Comment