Post Terkini

Thursday, May 30, 2013

Sambal petai dengan sup sayur

menu lunch merangkap dinner isnin hari tu..  lama tak makan petai.. sekali dapat memang terangkat.. perghhh... mmg sedap..

punya x sabar nk mencekik, terus snap gambar dalam kuali.. sedappnye.. alahai teringat2 plak.. 
yang ni plak sup sayur.. produk dari cameron highland
setelah dipindahkan ke mangkuk untuk dihirup.. slurppp  

Nak resepi tak?? x nak sudah.. tapi tetap nak share, mengisi kelapangan cuti sekolah walau keje sekolah melambak2 yang dibuat x nampak

SAMBAL PETAI IKAN BILIS
Bahan-bahan :
3 biji bawang besar , dihiris
1 ulas bawang putih, didadu
2 senduk cili kisar
2 - 3 genggan ikan bilis
Air asam jawa secukupnya
Garam secukup rasa
Gula (optional)
2 cawan air

Cara membuat  :

  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih.. Agak-agak kekuningan masukkan pula cili kisar.. kacau hingga pecah minyak
  2. Masukkan pula  air secukupnya dan asam jawa.. kacau sekejap dan masukkan ikan bilis
  3. Masak dengan api sederhana sehingga ikan bilis betul-betul lembut, jika air kering bolehla ditambah lagi. masukkan sekali garam. boleh juga ditambah gula untuk mengimbangi rasa pedas dan masin
  4. Akhir  sekali bolehla dimakan bersama sup sayur dan nasi putih :)
SUP SAYUR
Bahan-bahan :
1 ulas bawang putih -didadu
1/2 ikat daun lobak
3 biji baby carrot
2 peket kecil cendawan
1/4 kiub ayam knorr
air secukupnya
garam secukup rasa

Cara membuat:
  1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan air dan  kiub ayam setelah bawang putih kekuningan.
  2. Setelah agak-agak mendidih, masukkan baby carrot hingga hampir empuk.
  3. Akhir sekali masukkan  cendawan dan daun lobak.. jangan lupa letak garam. bolehlah diangkat jika cendawan benar-benar lembut.

3 comments:

AnneRaini said...

aku smpi skrg xleh terima rasa petai tu...xsedap..huhu

muzai said...

rugila anne.. cer try.. lagi kalau dapat gulai tempoyak dengan petai.. bertambah2 nasi

Fizah said...

wahh feveret ni..petai..buat sambal udang pun terangkattt!!! hihi...sayur tu kemain meriah..bagus2! =)