Post Terkini

Thursday, November 27, 2014

Penting ke result UPSR??

Wahhh... Semalam dah keluar result UPSR.  Mesti ramai mak bapak yang happy kalau anak dapat 5A kan.. Tahniah pada semua yang mendapat keputusan. Apa yang anda dapat itu memang selayaknya.
Ada yang menangis? Ada yang malu?? Mehh sini cikgu nak habaq mai.. Zaman sekarang ni agaknya konsep ibu bapa memang nak anak kejar A je kot ye.. Huhu.. jangan..... please la jangan mak pak sekalian. Sian anak tu abang kakak oiii.. Cikgu ni masa mula2 posting tahun 2009 terkejut gila bila anak yang baru tadika dihantar tuisyen. Lepastu dengar pulak ditanya-tanya result tadika anak. Whatttt???? Budak tu baru 6 tahun hidup ok...Giloss x gilosss.. Hahaha bahasa cikgu diluar sekolah..Jangan pertikai ye. Kecik-kecik dah kena hadap benda tu.. Hahaha patut budak kecik sekarang dah pandai sebut stress.. Cikgu dulu x pandai dek oiii..

Bapak-bapak, ibu-ibu sekalian.... Andai kata selalu anak dapat full A's, tapi semalam bila result keluar x dapat, jangan dimarah pulak ye.. Ucapankan lah tahniah. Andai kata, tak pernah nak dapat A, tiba semalam terselit A ucapkanlah tahniah. Andai kata anak memang selalu A penuh, dan semalam mengekalkan bilangan A, ucapkanlah tahniah. Jangan dikondem..Jangan dimarah.. Itu semua adalah sesi pembelajaran mereka menjadi yang lebih baik.. Mak pak pun janganlah stress takut dengan pertanyaan kawan-kawan ye.. UPSR bukanlah penentu segala.


Sedih tau dari pendengaran seorang cikgu, bila ada anak murid yang bercerita " Saya tak pandai, adik beradik saya pandai" atau " Saya selalu kena marah sebab tak pandai belajar".. 

Oklah katakan UPSR tu penentu masuk SBP or MRSM. Dan juga kedudukan dalam kelas utk tingkatan 1.Haaa itu jelah tujuannya.. PMR/PT3 kalau melingkup kena buang juga.. See anak kau terpaksa hadap untuk next 3 years lagi tau.. Sekolah biasa plak.. aku tengok streaming kelas, ramai juga bebudak yang result biasa-biasa naik kelas. Yang result gempak tu turun kelas. So nampak kan potensi dia macam mana..

Pendapat aku, UPSR tu penting, tapi janganlah disogokkan dengan mesti/wajib 5A, PMR/PT3 tu penting tapi jangan ditekan anak untuk ambil aliran yang tak mampu dibawa atau diminat anak bila dapat result untuk naik form 4. Dua-dua ni bukanlah penentu segalanya. Parents kena sentiasa tiupkan semangat anak-anak boleh buat..Anak mereka boleh. Even tak dapat slip yang cantik, yakinlah anak-anak tu ada potensi dia sendiri. Cari dan galilah. Andai kata akademik tak bagus, mungkin ada sesuatu talent/bakat yang tersembunyi. Ingat ini semua adalah sesi pembelajaran mereka. Jangan jadikan anak anda ulat buku sampai terlupa cara nak berkomunikasi. Jangan jadikan anak anda ulat buku sampai lupa cara nak beradab. Jangan jadikan anak anda ulat buku sampai hanya bergantung dengan teori tanpa tahu praktikalnya.
Sekian..
Post a Comment