Post Terkini

Thursday, November 21, 2013

#5 Meniti penghujung fasa pertama

Tahun kelima

Yup tahun inilah... Alhamdulillah, en suami dah abis belajar. Bulan 12 ni report ditempat kerja baru. Alhamdulillah.. Rezeki bertambah. Tahun ni kenaikan gaji 2 kali untuk kakitangan awam.. Alhamdulillah.

Tahun ini juga hampir-hampir kami membeli aset rumah yang ketiga.. Tapi Allah kata bukan rezeki kami. sebab pemaju hanya terima kakitangan awam sahaja walaupun pada asalnye dia memberi jaminan tiada masalah jika guna loan bank, tapi last minit ditolak sebab katanya hanya 2 orang sahaja yang menggunakan loan bank. Kecewa mmg kecewa, tapi diawal2 proses pembelian kami dah positif.. sekiranya pembelian berjaya maknanya kami mampu untuk membeli, tetapi sekiranya tidak Allah ada perancangan yang lebih baik.

Alhamdulillah melihat jatuh bangunnya kami ketika mula-mula berkahwin sehingga kini, merasa betapa nikmatnya dugaan di awal perkahwinan. Dan tahun ini langsung tiada pergaduhan antara kami. Tinggi-tinggi suara tu adalah.. sebab kegemaran en suami yang suka menyakat si isteri ni.. menjerit sebab disakat ye, bukan bergaduh.. Alhamdulillah..

Dan sebenarnye perancangan Allah itu sebaik-baik rancangan. Tidak diizikan kami membeli rumah kerana selepas ini kami akan mengikuti treatment dengan dr adilah dan melibatkan kos yang agak tinggi. Doakan ye kawan-kawan..

Dan dan dan... setelah hampir 5 tahun, tahun ni dapatlah berbulan madu dengan en hubby.. sebelum ni pejam mata je x pergi mana-mana, sebab dirinya yang terikat dengan komitmen sebagai pelajar.. Dan untuk sekian kalinya.... yeeeeaaaaaaaayyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.. berhoneymoon lah kite.. x sabar nak tunggu.. 6 disember wait for us...

#1 Meniti penghujung fasa pertama
#2 Meniti penghujung fasa pertama
#3 Meniti penghujung fasa pertama
#4 Meniti penghujung fasa pertama

No comments: