Post Terkini

Thursday, November 21, 2013

#2 Meniti penghujung fasa pertama

Tahun kedua

Cerita masih sama, masih berstatus PJJ. Percintaan jarak jauh.. oppss silap plak. perkahwinan jarak jauh. Permohonan tukar masa tu x diluluskan. Tetapi dengan khidmat motor baru, pelaburan pada maintenance kereta dah berkurang. Alhamdulillah.

En suami plak masih lagi dengan rutinnya. Sabtu Ahad study di UTMSpace. Dan masa tu sekolah lama merancang percutian ke Bandung. Dan saya salah seorang yang nak menyertai bersama en hubby.. Passport sume dah siap buat. Tapi itulah , Allah sebaik-baik merancang. Permohonan tukar ke Shah Alam diluluskan. Dan secara x langsung kami akan berpindah ke Shah Alam. Mudah untuk isteri, mudah untuk suami ke tempat kerja.

Alhamdulillah, masa tu pun dah ada lesen. Cuma keberanian nak bawa kereta tu x ada. So ajak adik lelaki tinggal sekali, Dengan harapan boleh hantar dan ambil ke sekolah. Sebelum tu dah try bawa kete en suami,. Tapi mmg x pandai. Balik rumah nangis-nangis suh belikan kereta lain. Dan tahu en suami susah hati disebabkan kewangan yang x berapa nak ada.  Dalam ketidak relaan buat personal loan beli kancil secondhand. Alhamdulillah masih berfungsi dengan baik walau ada mulut-mulut yang bising kenapa tak beli kereta yang lebih besar. Tapi kami tahu kemampuan kami. Berbelanjalah seadanya.

Dan dalam proses pembelian kereta, rupanya kami diuji lagi. Yup, aku diuji dengan endometriosis menyebabkan kesukaran untuk pregnant. Allahu Akbar. Duit lagi. Mujur ada prudential bsn. Masa inilah berasa bersyukur nye ada insuran.  Pelaburan yang menyenangkan. Operation di KPJ dalam 10k.  Nenek ku duk kata banyak duit tapi sebenarnya hasil dari melabur dalam insurans. Alhamdulillah.  Dan di penghujung tahun 2010 dapatlah bawa kereta kancil kesayangan ku ke sekolah.

Masa ni, dari segi kewangan lebih baik dari sebelumnya, tapi kami dah boleh saving dan cukup makan pakai.

Owhh tapi tak cerita kan hubungan suami isteri. Yang ni x boleh cerita , sebab cerita dalam kain kan. Tapi masa ni masih dalam proses kenal mengenal walaupun konon-kononnye dah kenal 12 tahun kan.. huhu.. tapi lepas kawin masing-masing tunjuk true color.. gaduh-gaduh tu memang biasa.. kejap-kejap nangis. pujuk. gaduh balik.. tapi semua tu sebab perkara remeh-temeh.. hahhaha kalau korang tau pun mesti kata hek eleh... tapi ialah baru nak sesuaikan diri kan. dah kata duduk pun sebumbung, tidur sekatil.. nak capai keserasian la kata. Tapi Alhamdulillah Allah jaga ikatan kami ini.

next entry....

#1 Meniti penghujung fasa pertama
Post a Comment