Tahun ketiga
Menyewa dekat shah Alam di sangat menyakitkan. rumah flat dua bilik je pun harga dah RM600.. memang tak boleh blak.. nak sewa rumah atas tanah sah-sah la memang tak mampu. setiap bulan keluar duit mulut tak henti mengomel. iyelah dulu sewa kat puchong flat 3 bilik rm 360 je.. berbaloi-baloi.. Besar pun besar gak.. tapi kat s.alam?? hmm tak mau cakaplah..sebab aku pun akan menjadi antara pemberi sewa gak nanti.. InsyaAllah.
So setiap hari bising ngan en suami.. Iyela, duit tiap bulan on time nak, tapi bila ada problem kat rumah langsung x nak tengok. Dah dekat hari due bayar sewa barulah terhegeh-hegeh nak tanya problem rumah bagai. Ini x boleh jadi, sejak tu setiap hari duk nengok mudah.my. Kot-kot ada nak jual rumah. tapi masa tu market price tak boleh blah. semua dalam 70-75 k.
Tapi kalau dah rezeki, nak buat macam mana. Kebetulan ada iklan nak jual rumah rm 69k. terus laju-laju paksa en suami call. Alhamdulillah kami orang pertama yang call. Rezeki kami bermula di sini. Owhh mesti ada yang tertanya mana dapat duit downpayment kan?? balance dari duit kete haritu, mampu lah kami beli rumah yang ini. Setidak-tidaknye cost bayar rumah sewa akan berkurang.
Alhamdulillah ini boleh dikatakan tahun bermulanya pencapaian kami. Ansuran motor pun dah habis bayar.tips kami, setiap kenaikan gaji dimasukkan terus ke simpanan. Cukuplah kekalkan perbelanjaan sedia ada. Dan tahun ini jugaklah aku dapat pengesahan jawatan. Dan selepas itu, proses menjejaki rumah sendiri plak. rumah atas tanah :)
#1 Meniti penghujung fasa pertama
#2 Meniti penghujung fasa pertama
No comments:
Post a Comment