Post Terkini

Thursday, November 21, 2013

#4 Meniti penghujung fasa pertama

Tahun keempat

Untuk tahun ni, Alhamdulillah Allah permudahkan jalan membeli rumah kedua. Sebenarnya booking tahun lepasnya, tp sebab prosesnya bermula tahun ni so kita anggap tahun ni la ye. Niat dihati, rumah di shah alam ni nak beli bawah 200k saje.. Agak tak logik di situ, tapi itulah hakikatnye. X sanggup nak bayar rumah mahal-mahal untuk keluasan sekangkang kera. Dan sekali lagi Allah permudahkan. Jalan-jalan di uptown shah alam terus terjumpa projek perumahan. Developer company kecik je. Risau jugak takut rumah x siap. tapi ketakutan rumah yang semakin meninggi. En suami pun x bersetuju pada mulanya.. tapi macam biasalah kuasa memujuk mesti ada. berikan alasan-alasan yang bernas :)

Dan kami berjaya membeli rumah teres setingkat. Pun ada juga bercakap. Kenapa tak beli rumah besar terus, kenapa x beli 2 tingkat etc.. menyampah pulak dengar, bila kata x sanggup nak bayar mahal2, mereka kata mula2 je mahal lama2 dah x rasa sbb setiap tahun ada kenaikan kan. last2 cakap malas nak naik turun tangga.. yup ini sebab utama, puas dah duk rumah flat.. naik tangga bagai, g sekolah pun naik tangga gak.. hahaha last2 diorg pun mengakui nye..hahaha penat. kata diorg kalau dah naik memang x turun dah.. hehehe.. pemikiran aku betul juga akhirnya.. dan alhamdulillah pembayaran yuran guaman dan sebagainye hasil dari simpanan sendiri.

Dan mungkin ada yang kata. xde anak bolehlah.. kalau dulu aku setuju dgn kata-kata ni.. sebab mmg kami pun  kata begitu, sementara xde anak. tp bila melihat kawanku yang sorang ni pada fikiran ku bilangan anak bukanlah penghalang. Anak dia pun nak masuk tiga dah. Yang penting corak perbelanjaan kite. Ada yang setuju ?

Dari segi hubungan, semakin baik.. tiada lagi salah paham, xde lagi gaduh2.. dan bagi yang baru saje mengenali kami, sering kata kami ibarat pengantin baru.. Alhamdulillah :)

#1 Meniti penghujung fasa pertama
#2 Meniti penghujung fasa pertama
#3 Meniti penghujung fasa pertama
Post a Comment