Cerita itu cerita aku. Apa yang terluah, apa yang terfikir itulah aku. Menulis sebagai satu proses luahan emosi secara tersirat mahupun tersurat. Dunia yang penuh warna warni semuanya di ceritakan di dalam diari maya ini. My Life My World dunia hidupku.
Post Terkini
Thursday, November 21, 2013
Alhamdulillah
Di saat hampir rebah, Allah tunjukkan jalan. Alhamdulillah. Peristiwa pagi tadi menyedarkan diri. Kerana terlupa untuk membaca doa.. Bukanlah doa khas naik kenderaan tetapi hanyalah sekadar doa diselamatkan perjalanan pergi dan balik. Tapi, pagi tadi terlupa untuk membaca doa.
Natijahnye, kelinciku dicium wira. Cuak, risau pun ada jugak. Sebabnya terus terfikir handphone yang tidak ditambah kredit. Lagi-lagi setelah ada whatsup. Tetapi Alhamdulillah keluar kereta tengok belakang xde apa-apa kerosakan. Pemilik kereta berkenaan pun dah minta maaf. Kereta dia pun xde apa-apa masalah. So, terus gerak ke sekolah.
Kesannya, di dalam kereta.. Allahhu Akbar. Hari ni lupa baca doa. Dan dari segi positif, Allah tunjuk jalan. Ya, kekuatan doa. Selama ini, rupanya doaku masih belum cukup. Hanya banyak merintih, menangis kepadanya.. tetapi doa untuk memiliki mungkin lebih sedikit dari merintih.
Be positif. Allah sentiasa tunjukkan jalan. Di saat hampir tersungkur, dia tunjukkan cara. Di saat hampir rebah, dia tunjukkan jalan. Dan sesungguhnya di mana kita, apapun kita miliki itu adalah anugerah, itu juga adalah dugaan. Bergantung cara mana kita tafsirkan nya.
Alhamdulillah, anugerah itu mmg pasti manisnye, Dugaan itu, akan tetap manis bila mana kejayaan telah dicapai, dan kita mengenang dugaan yang ditempuhi.
Terima kasih ALLAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
betul tu, bergantung dgn cara mana kita tafsirkan..jika kita fikir sesuatu yg berlaku itu positif, maka positif yg kita akn dpt..tp kalau kita fikir ianya negatif...negatif lah yg kita akan dpt kan..huhu..Alhamdulillah tiada apa2 yg berlaku kan..syukur sgt.
dan kalau kite fikir negatif kita akan stress.. betul tak? hehe.. tipulah kalau xde fikir negatif tapi sebenarnya dugaan untuk kita ni mendidik kita jadi orang yang positif :)
Post a Comment