Post Terkini

Thursday, March 3, 2011

Mee Kungfu

Selasa mlm rabu lepas try masak mee kungfu.. pertama kali mencuba alhamdulillah menjadi.. senang je rupanya masak mee ni.. ingatkan susah sgt.. sumber nye adalah dari majalah mingguan wanita dan juga my friend..hanieda.. so saya kongsi resepinye.. sgt2la mudah

Bahan2:
3 ulas bawang putih dicincang
3 ekor sotong.. dipotong2
9 ekor udang
kiub ayam
Lobak merah dihiris2
cendawan
2 biji lada merah
sawi
2 biji telur
4 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air)
garam
mee kuning

Cara-cara memasak:
1. panaskan sedikit minyak.. tumiskan bawang putih yang telah dicincang.. masukkan lobak dan cendawan.. biarkan seketika..kemudian masukkan pula kiub ayam, sotong dan juga udang.. kacau hingga separa masak.. seterusnya masukkan air secukupnya dan kacau hingga mendidih.. masukan pula sayur sawi.. air bancuhan tepung jagung dimasukkan.. untuk memekatkan kuah bolehla ditambahka dengan bancuhan tepung jagung mengikut kesukaan kepekatan kuah..

2. utk menyediakan mee..salutkan mee kuning dengan 2 biji telur ayam telah dipecahkan. kemudian bolehla digoreng di dalam minyak yang panas.. Setelah itu bolehla diangkat dan dihidangkan dengan kuahnya..

3. taraaa.... dah siap.. memang shedappp
Post a Comment