Post Terkini

Monday, October 27, 2014

Ikan bakar sedap

Alhamdulillah.. Dapat gak aku buat ikan bakar ni.. Dah lama sangat tak buat. Kali ni dapat gak menggigihkan diri membuatnya..  Sebelum ni aku pernah share resepi perencah ikan bakar kat sini dulu. Tapi dah lama sangat kan. Kali ni aku nak up lagi sekali resepi ikan bakar tapi dengan cara lain pula..

Ingat lagi entry resepi asam pedas ikan jenahak aku yang super sedapp tu?? Haa kali ni rencah ikan bakar aku guna bahan-bahan yang sama aku guna untuk buat asam pedas tu. Kenapa?? Sebab tengok bahan-bahan dia lebih kurang sama je. So kebanyakan bahan nak buat rencah aku takde, so aku olahkan aje mengikut kesesuaian. Lagipun memasak ni kan satu seni. Kena la buat mengikut kesesuaian. Kalau semua bahan ko nak tunggu sampai ada, memang lambatlah nk memasak nye kan.

ikan bakar sedap
Ikan bakar kegemaranku
Bahan-bahan :
  • 2-3 senduk cili kisar 
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 1 inci halia *
  • 2 biji bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci belacan *
  • Seikat daun kesum* 
  • 1 batang serai - diketuk
  • Gula secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • Air asam jawa secukupnya.

Cara-cara : 

  1. Kisar semua bahan bertanda *. Panaskan minyak. Kemudian tumis bahan-bahan kisar.
  2. Setelah naik bau, masukkan pula cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan air asam jawa, gula dan garam.
  4. Akhir sekali, bila rasa dah sebati bolehlah diangkat dan disalut terus dengan ikan untuk dibakar. Hasilnye tetap sama seperti resepi asal. InsyaAllah.

ikan bakar
Ikan bakar dimakan bersama sayur lemak dan ikan pekasam.
Happy bila tengok suami berselera makan.. Almaklumlah dah lama dapur tak berasap.Hehe.. Pada kawan-kawan yang nak cuba resepi rencah ikan bakar ni bolehla try ye,,


Post a Comment