Post Terkini

Tuesday, October 28, 2014

My artwork

Alhamdulillah.. Hasil kerja tangan keras aku.Terima kasih juga tuan pengetua atas kepercayaan untuk melaksanakan tugas untuk buku program sempena Majlis Makan Malam Amal D'Niners Nite II. Dengan bantuan Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator dan bantuan Sifu En Roslan akhirnya buku program ni dipersembahkan di atas meja makan. 

Walaupun masa mula-mula dapat task ni, hati rasa macam nak menangis bagai.. Why me,why me?? Huhu.. Seriously aku cuma tau basic je pasal Photoshop. Illustrator plak langsung tak tahu. Size apa nak guna untuk template ni pun memang tak tahu menahu langsung. Sudahnye aku guna pakcik Google. Mujur ada yang bagi tunjuk ajar..

Lepas tu bermula la design mendesign.. Huhu main hentam je aku buat ikut mata aku.. Tapi problem tang text plak.. Macam susah je nak mengedit.. Lagi-lagi yang banyak tulisan cam gambar kat bawah ni. Sudahnye aku jumpa en Roslan. Minta dia tunjuk ajar sket cam mana nak buat text. So dia bagi solution guna Illustrator. Belajar la sekejap dalam 3-5 minit. Ok ucap terima kasih simpan memory dalam otak. Balik rumah baru nak try..

Dan hasilnya seperti di bawah..

adobe photoshop
Info program
adobe photoshop
Aturcara majlis
adobe photoshop
AJK Penganjur
Kalau yang dah master tengok, mesti banyak kelemahan dekat artwork aku. Tapi takpe, itu aku terima,, Sebab ini hasil kerja aku yang pertama.. Dulu-dulu study, amik programming je.. Design mendesign ni memang tak pernah amik. Atleast sekarang ilmu2 teknologi aku berkembang gak.. Ilmu programming pun nampak gaya belum terpadam dalam memory. Buktinya, bolehla aku membantu encik hubby create coding-coding simple untuk kerja dia. Alhamdulillah. Walau kerjaya sekarang lari banyak dari course yang diambil, tapi masih ada yang berguna.. Hope lepas ni ilmu Photoshop ngan Illustrator aku terus berkembang

2 comments:

Mummy Sher said...

Ehh cantiklah. Serius awak memang ada bakat.. teruskan usaha awak ye..

AnneRaini said...

okaylah tu..aku lagi haram bab design ni...