Ada yang nak beli rumah?? Berminat nak beli rumah kat Bandar Rimbayu Shah Alam?? Bandar bertemakan alam yang dimajukan olah IJM LAND. Sesiapa yang berminat boleh lah terjah office dia kat area seksyen 29 tu.. Untuk aku, harga rumah memang sangat berbaloi dengan aku sbb harga mampu tengok kan.. Kalau harga mampu milik memang bertuah la badan..
Harga bumi starting RM600k.. huhu menangis oo dengar.. memang harga tak mampu aku miliki.. Unit pun yang tinggal untuk bumiputera je.. Non bumi habis terjual.. Gila ko... Nampak sangat la tahap ekonomi orang bumi ni macam mana.. Aduiii ni la yang dikata "bumi milik dipijak orang".. Sedihh..
Kitorg pun dtg masa ni pas tgk status rumah yang dah bayar tapi x siap2 tu,, so saje2 singgah manala tau boleh terlepas beli rumah lain plak kan.. Tapi rupa2 nya,, pucuk x dicita, ulam x mendatang.. Memang x perlu berangan la nak beli rumah kat Shah Alam ni.. kalau ko keje gomen, keje cikai2 mmg ke sudah x mampu nk beli rumah dah.. Akhirnye... tanah sendiri, orang lain yang duduk.. tuan tanah melangok.. adios..
Jom tengok gallery rumah.. kot2 ada kalangan kite yang mampu beli.. Alhamdulillah.. Sekurang2 nya ada gak la sedara mara kite mampu kan..
Antara petempatan yang akan dibangunkan |
Lagii |
Interior design office pun canggih |
mana rumah aku?? confirm memang x kan ada..hehe |
Ok sesi soal jawab ngan student melalui wassup pun dah tamat.. leh la aku tdo...daaa
3 comments:
sekarang ni harga rumah melampau betul... govt must do smthing about it... gilamahal...memag mampu tengok je...
payah dah nak dapat harga rumah bawah 500k di kawasan2 bandar ni, mampu tengok jelah ye..was here petang jumaat ni :)
http://madey09.blogspot.com/2014/10/blogger-mesti-blogwalking-terima-kasih.html datang dari blog mia
Post a Comment