Post Terkini

Friday, October 24, 2014

Menabung untuk hari tua

Alhamdulillah.. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Hasil pelaburan sepanjang tempoh lebih kurang 1 tahun setengah telah selamat dilaburkan ke dalam tabung haji. Walau tak banyak bolehla buat bekal untuk hari tua.. Tak pun dapatla support tambang pergi umrah ngan haji kan. So kawan-kawan, marilah menabung untuk hari tua anda.

menabung
Tabung-tabung yang banyak berjasa.. Tabung haji tu dah jadi sejarah sebab dah dipecahkan.. Susah nak buka.Tapi takpe, tabung atm akan menjadi pengganti next week.
menabung untuk masa depan
Proses mengeluarkan duit syiling.. Yang lain sedang menunggu giliran.
Proses pengiraan telah selesai.. yang duit tak tersusun tu bukan duit Malaysia ye..  tambah 100 lagi jadila 1000..hehe.. Alhamdulillah..
menabung untuk hari tua
Syiling-syiling telah disusun mengikut kategori.
Tabiat aku, walau orang kata tak payah nak kira-kira duit.. pergi bank terus masuk dalam mesin kira diorang. Tapi aku tetap nak kira juga. Sebab baru ada kepuasan bila tengok hasil simpanan sendiri Biarla sakit pinggan duk membongkok tapi kepuasan hasil usaha tu lebih bermakna bagi aku.

Alhamdulillah, tahun ni paling banyak simpanan syiling kami. Selalu hasil simpanan kami lebih kurang 4 hingga 5 ratus je. Tapi kali ni lebih sket. Mungkin penyumbang dari tabung buluh tu kot. Sebab tabung buluh dari start beli yang ni kali kedua kitorang keluarkan. So kengkawan jomlah kita menabung ye. Tak dapat duit kertas, syiling pun jadila.. Lama-lama simpan mesti jadi banyak punya.. Yang penting sentiasa set nak menabung untuk hari tua. InsyaAllah.

** tahun depan hasil tabungan masuk dalam akaun anak plak :) **


Post a Comment