sumber : google |
Sebelum ni, pernah terbaca di dalam group fb, pasangan suami isteri.. lambat dikurniakan cahaya mata, akhirnya Allah makbulkan doa mereka.. si Isteri mengandung.. tapi sayang Allah ambil pula nyawa suaminya.. dan dikala si isteri menunggu hari bersalin seorang diri, rupa2nya anak yang dikandung telah meninggal dunia..
Seorang sahabat Fb, tak sampai setahun usia perkahwinan.. ketika dalam pantang di kampung, rupa2nya Allah telah mengambil nyawa suaminya di rumah mereka. Mujur ada adik yang tinggal bersama.. Rupa2nya Allah hadiahkan cahaya mata pengganti suaminya
Dan kini, baru sehari dua usia perkahwinan, roh suami telah ditarik.. Kebahagiaan bersama suami yang sementara..
Allahuakbar.. Nikmat apa lagi yang hendak kau dustakan.. Aku masih punya tulang belakang yang sentiasa menyokong ku, sentiasa memberi bahu ketika ku perlukan, sentiasa menenangkan ketika hati runsing.. Alhamdulillah..Allah masih sayang..
sumber : google |
Dan untuk mereka, ye mereka sangat kuat.. Gambaran yang dilihat dari pandangan luar.. Tetapi hati mereka sangat rapuh.. Itu aku tau. Sebab aku pun mengalaminya, walau situasi sangat berbeza.. Tetapi pergolakan dalam hati akan sama.. kenapa dan mengapa?? walau kita tahu jawapannya, hati sedikit sebanyak tetap bertanya..bukan kata mempertikaikan kuasa Allah tetapi itu lumrah manusia,,
Dan aku, selalu mengambil iktibar kisah-kisah seperti ini untuk terus jadi kuat.. kerana aku masih punya bahu untuk berpaut, masih punya dada untuk meluah rasa.. dan ujian aku tidak sehebat mereka yang terpilih..
sumber : google |
p/s: aduiii nangis2 aku tulis ni.. sebab aku tau sangat susah untuk menjadi 'kuat'..
7 comments:
sgt sedih.. berkali2 air mata ini mengalir..
tp yg mnggung itu lbh terasa ..
al-Fatihah
thanx for this
betul nuyui.. yang menanggung lebih terasa.. semoga kita semua tabah hadapi dugaan yg akan datang.. aamin
welcome idzwa
yui sggh jumaat kak =)
selaku manusia, kita hanya mampu bersiap sedia, semoga tabah dalam ujian.
Redha tu senang diucapkan, tapi untuk tuan empunya badan, hanya Allah SWT sahaja yang tahu apa yg dia rasa...Al-Fatihah dan takziah buat sahabat itu....semoga Allah SWT gantikan dengan nikmat yang lain...inshaAllah...
Post a Comment