Post Terkini

Showing posts with label krabi. Show all posts
Showing posts with label krabi. Show all posts

Wednesday, January 8, 2014

Travel : Percutian di Krabi (Part 5)

Haishhh... gigih aku nak mengupdate cuti-cuti kat Krabi ni. Kengkonon nak mengikut jejak travelog blogger lain tapi nampaknye lepas ni xlah. Setakat satu dua entry je.. Ni ha amik kau.. sampai part 5 pun tak habis-habis lagi.. Tapi kalau rasa-rasa nak tambahkan entry jadi banyak terpaksa la aku gigihkan diri juga mengupdate blog. Huhu. 

Oklah entry ni mungkin lebih fokus kepada Thai Massage. Aku kata mungkin je ye. Manalah tau masa tengah menulis teringat cerita-cerita lain ke kan. So cerita bermula selepas berehat-rehat di dalam bilik. Target utama cari makan dulu. Iyelah kang jadi macam malam haritu, xmakan sebab kedai dah tutup.. Nangissss...


Kami makan di gerai tepi jalan macam ni. Satu lauk/masakan 50THB. Standard kat Malaysia la. Aku ambil nasi goreng ketam, laki aku nasi goreng nenas, tempura udang, air plak kami ambil sprite ngan jus tembikai. 20THB setiap satu. Alhamdulillah.kenyang sampai x cukup perut. Niat dihati nak makan tomyam ngan seafood tapi ketakutan kebarangkalian pembaziran berlaku yang menebal bat kami menuju kesini. Syukur Allah lorongkan ke kedai yang betul. :)
Udang kesukaan my laki. Sambil tunggu nasi kami hadap ini dulu. Gambar nasi tak sempat ambil sebab terlupa. Tengah-tengah makan baru teringat. So memang tak lah nak snap bagai.


Lepas tu jalan-jalan lagi. Tujuan utama nak cari kayu macam kat atas ni. Kayu urut. Dah pun selamat digunakan ke atas kaki aku. En suami memang terbaik bab-bab urut ni. Sangat best kayu ni. Lepas tu jalan-jalan dapat sambar sehelai lagi baju "I love Krabi" untuk my twin. Sian plak kat dia kalau xde. Dia dah request kan kat wassup.
Penat-penat jalan kami terjumpa kedai ni.Kedai bersenang-senang. Tak silap dengan ngan masjid n Mc D. Dekat juga denga Ao Nang  Smile hotel. Tapi kami tak makan pun. Perut kenyang kan. So minta kerang rebus. Cuma sayangnye kerang dia ada yang busuk. Iyelah mana nak tau kan. Aku pun kadang-kadang masak pun gitu jugak. Ada yang busuk. Tapi sos dia sedap la. macam kita makan kat malaysia tu. So aku tak bolehlah nak review lebih-lebih kan. Tapi setakat yang aku jumpa ramai yang kata kat sini sedap. Harga serius tak ingat. Tak take note pun. Huhu macam manalah nak jadi penulis blog travel.. huhu.. 
Yang menariknye, kitorang jumpa orang kampung. hehe bukanlah orang kampung.. Dia asal pattani. Tapi lama duk Malaysia. Yang kat Malaysia tu dekat simpang pertang je pun. Kampung aku tu.. Berbual-bual lah kitorang. Lama juga dia duk simpang dekat 14 tahun. Kat Krabi ni baru 3 bulan je pun. Ehh patutnya gambar hubby tu haruslah gambar akak tu kan.. Motippp?? Saje nak tunjuk kopi panas kat dalam cawan kertas 
Walking street. Tempah minah-minah celup dekat sini la. Sekilas ikan dilaut sudah ku tahu jantan betina. Hahaha iyela, kalau perempuan tulen takde nyelah nak bermekup tebal berbulu ayam bagai. Betul tak.. Tapi serius diorang ni cantik. Siap aset diorang tu nampak cam tulen gitu. Apa orang kata 36-24-36.. Hahah tapi janganlah dibandingkan ngan aku. Memang sah-sah kalah. Yang menangnya, saya wanita tulen. Hehe.
 I WAS THERE @ WALKING STREET AONANG
Haa part yang ni paling best. Punyalah nak cerita pasal massage kan. Last-last entry hujung juga. Aku awal-awal lagi memang dah set dalam kepala nak buat Thai Massage kt Andaman. Sebabnye murah kot 250THB. Sama harga dengan foot massage. So bila urut badan ni, aku ingat macam kat Malaysia la kan. Kalau urut dengan makcik-makcik.. Haruslah tanggal baju salin kain batik kan. Nak-nak tengok dia dah sedia tuala bagai. Lagi-lagi bila dia bagi seluar besar. So aku pun buka la tudung. Tapi dalam hati tertanya-tanya juga kena bukak baju ke.

Dan mujurlah bertanya. Orang kata malu bertanya sesat jalan. Agaknye kalau aku, malu bertanya, malu semalu-malunya.. Huhu so bila dah tanya tu rupanya tak perlu pun bukak baju. Aku pun pelik gak sebab kalau tak buka baju macam mana nak sapu minyak kan. So biarkan je lah.

Dan rupa-rupanya diorang tak pakai minyak pun. Memang hanya bersandarkan kepada tangan dan kaki. Tapi kesan dia terbaik beb. Korang bayangkanlah kalau laki aku pun cakap tukang urut aku tu besar. So tengok jelah gambar tu. Tu baru sikit tau. Ada yang lutut dia atas badan kita lagi.  Tapi kesan dia memang terbaik. Kalau tengok caranya macam ganas je, tapi aku suka. Sebab effect dia datang serta merta. Bayangkanlah bawah tulang belikat yang sakit sebab terhentak bot, terus hilang sakitnye lepas urut. Dengan ditegakkan kaki aku 90 darjah. Satu perkara yang aku tak boleh buat langsung. Dengan dia , senang je kot dia buat. Sampai mengerang-ngerang gak le. Tapi memang awesome.

Ibu jari kanan aku yang dah lama sakit ni pun terus elok. Dia pun perasan masa dia sentuh antara jari kanan dan jari telunjuk aku ni aku menjerit. Lepas tu apa ntah yang dipicit-picit di tekan-tekan kat situ sampai x lama lepas tu aku rasa ok. Kiranye hebatla dia cari point saraf dalam badan kite ni. Dan oleh sebab kehebatan diorang ni, teringin juga nak tanya mana diorang belajar. Iyelah kalau kat Malaysia ni kebanyakannya turun menurun.  Tp kalau kat sana diorang rupanya ada kelas. Belajar dalam tempoh setahun atau dua tahun. Macam ambil diploma gitu. Patutlah melambak-lambak kedai massage sebab diorang memang sediakan kepakaran tu.

Sambil-sambil dia urut tu, aku dukla tengok jam. Dalam hati kata, janganlah masa cepat sangat.. Tapi masa memang sentiasa berjalan kan. So bila dah siap tu..alahaiiiii rasa nak lagi je. Mat Saleh kat sebelah tu duk la cakap very good very good.. tu jelah yang dia duk ulang-ulang. Kitorang pun sebelum balik tu usha-usha gak la massage oil n cream yang diorang jual. Tapi sayang sume saiz besar. Kalau tak boleh bawak balik Malaysia.   Mujur jumpa gak kat Malaysia ni.. tp dari Indon le. Bau sama, kesan sama kira okla kan. 
Keluar dr Andaman terus ke gerai siang tadi.  Kedai pun hampir nak tutup. Nampak lagi orang jual Pancake. Tapi sayang seribu kali sayang tetap tak menepati cita rasa macam dekat night market. Lepas tu nampak plak gerai sebelah. Jual pancake juga. Tengok nama kedai Yaminlaa kalau tak silap. Terus teringat ramai blogger sugget kat sini. Pergi situ sekali dia kata dah tutup. Sedihhh :(.  Xde rezeki kami  nak rasa. Esok dah nak balik. Lepas tu jalan-jalan sekejap kat kedai-kedai berdekatan sebelum balik hotel. En suami beli satu baju. Dapat 150THB. Aku mana boleh macam tu, dia beli senyap-senyap je. Kalau bab baju ni haruslah beli sepasang.  So pergi tengok kedai lain dapatla 100THB sehelai. Lagi murah, Cuma yang membezakan dia xde cop kat belakang. Aku apa de hal. Yang penting sedondon gitu.

So total untuk hari ni .

Makan-makan : 330 THB (anggaran sebab ada yang aku lupa)
Massage : 500THB
Baju : 380THB
Kayu urut : 100THB         

Jumlah besar : 1310THB     







Travel : Harga tiket ke krabi..                 



Tuesday, December 24, 2013

Travel : Percutian di Krabi (Part 4)


Fuhh malas tul nak update.. Tapi gigihkan jugak sebab sekolah dah nak start. So ada harapan la blog x berupdate kan. So nak tak nak gigihkan juga sambil tengok cite kartun SCOOBY DOO .. hehehe

Ok lets start..

Hari ni bangun pepagi kami nak pergi 4 Island. Hoyeahhhhhh..

En suami duk pakai sun screen before gerak. Yang bagus nye pakai kat muka, tangan dia x pakai.. Manala x gelap tangan tu. Kitorang pakai SPF 30 je.  

Sebelum bergerak kena isi details dulu. Nama, asal dan hotel mana. Memang prosedur dia macam ni. Tak kisahlah korang pergi mana2 tour pun. Sebagai insurans kan. Owhh rasanya lupa nak mention. Pakej tour di sertakan sekali dengan insurans ye :)

long tail boat
Ok, inilah group kami. Bersedia untuk bertolak.

En suami.  Best jugak naik long tail ni. Sepoi-sepoi bahasa gitu.  Posibility mata layu adalah sangat tinggi ye. Untuk yang mabuk laut tu apatah lagi. Minah thailand yang saing kitorang awal-awal dah sapu minyak angin. Nak ambil gambar lebih-lebih pun x boleh juga.. Sebab air laut memang akan terpercik kat muka korang dengan selambar. 
TUP ISLAND

Ok.. Dah sampai pun pulau pertama.. Tup island ni sangat mengujakan.Sebab nye korang dapat menyeberang 3 buah pulau yang berbeza dengan berjalan kaki je. Bila?? waktu air surut la kan.. Memang sangat-sangat terpesona. Cuma yang membezakan dengan pulau lain ialah pasir dia yang tak sehalus pantai-pantai sebelum ni. Dekat sini sakit kaki jugakla nak berjalan. Tapi seperti biasa air dia tetap jernih.




Pulau belakang tu tak bercantum ngan tup island ye

Bukti kami di sini

Ok, Korang boleh nampak kan long tail boat tu sepanjang-panjang nye.  Antara sepanjang-panjang boat tu kita boleh pergi ke pulau sana dengan berjalan kaki saje

Yang ini pulak untuk speed boat berlabuh. Em camne nak cakap ye.. Ok tempat yang paling dekat dalam gambar ni means imej yang paling besar ialah tup island. Kemudian korang nampak pokok2 hijau kat hujung tu. itu kita namakan pulau B dan di kiri pulau B tu boleh bersambung pula ke Pulau C.  Maknanya long tail boat diaorang parking antara Pulau B dan Pulau C. Speedboat pula antara Tup Island ngan pulau B. Nama-nama pulau B dan C aku tak tau pulak.

Haa.. Belakang kitorang tu pulau C ye.

On the way nak ke Pulau C. Jumpa geng Bikers Kental.  Minta tolong ambilkan gambar. tapi kami x sampai pun ke sana. Sebabnya air makin naik. Ombak pulak makin kuat. Silap haribulan boleh terus mandi je. Tambahan dengan batu-batu pasir yang agak menyakitkan. So kami patah balik. Lagipun masa yang diberi tak lama.

Keputusan yang tepat. Bila patah balik je, sampai-sampai boat diorang dah suruh naik boat. Di sebabkan kami antara orang yang terawal ada, minta tolong minah Thailand ambilkan gambar 

CHICKEN ISLAND
Chicken island. Dapat ambil dari jauh je disebabkan kedudukan kami jauh ke dalam boat. Diorang pun bukan berhentikan bot pun.. Jalan je sambil explain n terus ke port snorkeling.

Kat sini en suami ecxited snorkeling. Sebab dia tengok ramai geng kat sini. Bini pun excited tapi sebab takut pendam dalam hati je. Takpelah saya tukang snap pic dia :)

Sempat lagi tunjuk peace. Excited kemain lagi dia


Ambil gambar dari atas je. Letak la roti ke, jajan laju je ikan-ikan ni serbu. Tapi satu spesis je yang nampak. Ikan belang-belang. En hubby kata kat dasar banyakla.. 
Cukup masa kami pun berangkat ke destinasi  seterusnya..

PODA ISLAND

Tujuan utama dekat sini ialah untuk makan tengah hari je kot. Pada aku kat sini takdelah menarik sangat. Tapi mungkin jugak sebab matahari dah naik xde tempat nak berteduh. Pantai kat poda ni kecil je sebab dipisahkan dengan pantai yang berbeza. Aku pun kurang pasti, tapi menuruk pemandu pelancong sebelah pantai lagi tu private island. Sebab tu kot dipagar antara poda island ni ngan kat situ.


poda island
Yang ni cantik la
Makanan kami.. Taste?? Pada tekak aku sedaplah. Tak taulah sama ada dipengaruhi oleh rasa lapar atau tidak. Dekat sini dia takde proper restoran atau khemah macam dekat Phi Phi Island. Di sini, agen yang siap-siap bawa makanan dari Aonang. So pandai-pandailah kita cari port  nak makan. Makanan pun taklah semewah  dekat Phi Phi Island.

Kawan kami dari Malaysia. Asal teluk Intan. Friendly diorg ni :) Tu tengah nak beli ais krim la tu. Magnum pun 120THB kau... gilossss


PRANANG CAVE 

Lepas tu terus kami dibawa ke destinasi terakhir. Pranang Cave. Haa yang nilah gua yang sangat-sangat glamer tu. Kenapa ye ?? Nanti kita tengok ye..


En hubby berlatar belakangkan gua dan air yang hijau
Haa yang inilah sebab musabab keglameran gua ni. Nak ambil gambar dekat-dekat tapi en suami x bagi plak. Tengok gaya dia cam malu jerrr.. Hahha.. So kasi zoom sajelah. Suruh dia ambil lagi la dia tak mau. heheh
Kami
Saje ambil gambar mat salleh ni.. Cantik badan dia..Hehehe
Yang ni lagi dahsyat. Geng geng minah saleh ni sampai boleh minum-minum lagi kat sini..Suka la tu. Jangan mabuk sudah
Pulau ni pun private gak.. So kita hanya boleh berjalan di sekitar gua dan pantai je. Nak masuk ke dalam?? No no no.. Only for the guest .


Habis aktiviti di sini maka tamatlah program island tour untuk percutian 4 hari 3 malam. Sampai ao nang terus minta diorang hantar ke hotel terus.. Nak rehat-rehat.. Badan pun sakit-sakit kesan dari terlonjak-lonjak masa naik speed boat malam tadi. Misi kami malam ni. foot massage untuk suami, Thai massage untuk isteri.

Travel : Percutian di Krabi (Part 2)



Monday, December 16, 2013

Travel : Percutian di Krabi (Part 2)

Ok entry kali ni penuh gambar ye.. Sila jangan muntah ..  Lepas subuh je terus tak tido.. Padahal nak menanti ke pukul 8.30 tu punyela lama. Subuh diorang kan awal. Nak tido balik takut  terlajak. So mandi siap slow-slow pastu kejut en suami.. Kul 8.30 turun lobby tunggu agen pick up.. 8.45 am lebih kurang agen kami pun sampai dan dibawa ke pantai Ao Nang. Dekat situ kami dipecah-pecahkan kepada kumpulan mengikut pakej masing-masing. 


Aonang beach, island tour
Aonang Beach
Bot bot mula ambil tempat di pantai Aonang. Diorang ni datang dari pelbagai arah. Mungkin dari pulau-pulau berhampiran kot.
Sementara tunggu group member cukup 
long tail boat, aonang
Group lain dah start masuk kat dalam bot.
Peringatan untuk korang, sebelum masuk bot korang kena tanggalkan selipar dan celup dalam air tau. Kalau tak nanti diorg marah. Diorang ni walaupun sopan tapi sangat tegas. Kalau dia kata basuh selipar tu sila la basuh. Kang tak pasal pasal volume diorang naik.
Tour guide kami
Inilah tour guide kitorang.. Speaking confident habisss.. Kami yang mendengar??? Erkkk ok ok..Slang Siam nye pekat habis. Nasib baiklah en suami selalu deal ngan orang Thailand.. Senang sikit kot dia nak paham. Siap jadi translator pada si Edward lagi. Owhh Edward ni dari Holland. Memang dalam bot tu dia ngan hubby je la yang berbual.. Aku??? Hmmmm senyap-senyap sudah...

Naik speedboat terus cepat-cepat duduk kat depan. Open air gitu.. Mula-mula perjalanan memang syok abis. Masing-masing tak bercakap. Khusyuk tengok keindahan ciptaan Tuhan. Feeling habis. Yang nilah baru betul honeymoon.  Yang duduk kat depan tu kitorang 3 couple. Malaysia, Holland ngan Perancis.  Tambahan sorang lagi single dari German kalau tak silap. 


Rai Lay Bay
Rai Lay Bay
First destination ialah Rai Lay Bay.. Hahaha punyalah excited nak turun masa ni. Tunggu punya tunggu apsal diorang tak suruh turun ni.. Rupa-rupanya amik orang dari sini daa. Rai Lay Bay ni private island. Sapa2 nak menginap kat sini pun boleh. Lepas tu kami terus bergerak ke destinasi. 

Oleh sebab sekarang high season, tour guide (TG) kitorang bawa tak ikut prosedur. Sebabnya tak nak mengalami kesesakan dengan bot-bot lain. Dan memang sangat bagus tindakan dia. Kenapa?? Sebab i pun tak suka tempat crowded sangat . Sesak nafas rasa. Lagipun TG dah berpengalaman 10 tahun.  Dia pun cakap dah bosan dah pergi pulau. Mau tak bosan, hari2 pusing island kan. Kalau aku pun muntah hijau. Sekali sekala tak pelah.


Bamboo Island


Destinasi pertama kami. Dari kejauhan dah nampak pemandangan menakjubkan. Warna air laut yang berbeza. Pulau pertama. SubhanaAllah.. Sangat cantik.. Memang cantik. Kagumlah aku.  Bamboo island ni kalau ikut nama ada buluh kan. Tapi seharam habuk pun aku tak nampak. Ok dekat sini korang boleh la nak mandi ke nak berjemur ke. Tak de hal lah.. Tapi kitorang jalan-jalan je. Macam panas je nak mandi kat sini. Mat-mat Salleh ramai lah. cuci mata laki ku tengok. Aku pun cuci mata gak.. Hahaha...



Bamboo island







Kesian kat kitorang kan. Pergi berdua, ambil gambar syok sendiri jelah. Tapi memang kat sini sangat best. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Keterujaan tu tak dapat digambarkan.


Barulah ada yang sudi nak ambil gambar kitorang laki bini. 
Pokok ru yang tinggi melangit.
Tsunami Hazard Zone. Tak dapat imagine masa kena tsunami dulu. Iyelah pulau kan. Tenggelam terus atau macam mana ke air lalu je?? Hmmmm...





Dekat sini ada gerai kecik. Mahal gila. Tapi memandangkan sebelum gerak ke sini, en suami tak bekfes so pejam mata je la beli potato chips 60THB. Mujur air agen sediakan.

Monkey Bay




Lepas Bamboo Island kami dibawa ke Monkey Bay pulak. Datang-datang terus nampak monyet sedang kerumun pelancong-pelancong yang datang . Besar-besar monyet nye..  Tapi x ambil pun gambar.. Sebab excited nak mandi kan.. Aktiviti di sini ialah snorkeling and exploring.



Jernih gile air.. Macam best je, macam nak terjun je
Aku gaya je lebih tu. Padahal dah berpaut tangan kat jacket en suami. Dah terapung masa ni. Kaki ni pun makin naik kat atas. Memang tak sangguplah rasa.. Lagi-lagi dengan air dia yang masinnnnn gilerrrrr tu. Ntah berapa liter la aku telan..
snorkeling, monkey bay, berenang
Masa ni dah surrender dah. Dah naik boat pun. Ambil gambar en hubby dari atas boat. Cukup 40 minit semua dipanggil naik atas. Ke phi-phi don plak kite ye. 

Phi-phi don island

Phi-phi don ni tempat persinggahan makan je sebenarnya. Bukan bayar ye.. FOC saja.. Hmm sebenarnya bayar lah jugak kan tapi dah masuk dalam pakej. Halal ke tidak??? Jangan risau kitorg dah tanye agen dah. dan dia kata mmg pakej kat sini Muslim yang masak. Alhamdulillah.. Makanan??? Pada aku sangat sedap.. Lebih kurang malaysia je.. Gambar tak ambil sebab dah kebulur sangat.. huhu.. Tapi masakan dia memang kena dengan tekak kampung aku ni.. Lagi-lagi Tomyam... Perghhhh memang mantappp.. 3 mangkuk kot aku hirup..

Kolam renang khusus untuk pengunjung yang stay di sini sahaja.
Penuh dengan bendera Thailand. 
Di salah sebuah guest house di sini
Kucing comel, kucing gebu
Hai la bang, pantang jumpa kucing

Cukup 1 jam dekat sini kami pun gerak ke destinasi seterusnya. Dan bermulalah perjalanan yang adventure.. Huhu menakutkan..

Adventorous journey

Yang ni tak termasuk dalam pakej ye, tapi ada dalam pakej.. Mula-mula memang best duduk kat depan bot.. Damai je.. Feeling-feeling titanic tapi tak berani la nak berdiri kan. Speed boat la katakan.. Sekali dua hadap ombak tinggi ok lagi.. Kitorang masih lagi gelak-gelak. Sekali tu, Allah Akhbar.. Mengucap banyak-banyak. Ombak tinggi-tinggi. Berkali-kali kitorang terhentak. Masing-masing memang dah pegang besi kat tepi tu kuat-kuat.. Aku pun sampai kadang-kadang rasa nak tercampak je kat laut.. Memang mengucap panjang la masa ni. 

Kemuncaknye, mat Saleh Perancis tu terjatuh. Terus diorg slow kan bot n suruh kitorang masuk ke dalam. So kami semua masuklah. Yang tinggal si Edward ngan awek dia. Mmg berani la dia. Tapi TG kami kata, semalam lagi hebat. Ombak sampai 3 meter.. Huhu tak dapat bayangkan.. Dia kata bila macam ni sebenarnya bahaya pada badan. tulang belakang kita. Ada kes yang patah tulang belakang. Huhu takut gak dengar cerita.. Tapi alhamdulillah selamat. Sebab tu kalau sesapa yang pregnant dilarang naik speedboat ni. Long tail oklah kot.

Viking Cave


Viking cave

Akhirnya sampailah kami dengan selamat ke Viking Cave ni.. tengok dari jauh je. Itupun sekejap sangat. Tak sampai 5 minit kot. Nak ambil gambar pun x sempat. Sipi-sipi sempatlah. Viking Cave ni takde nama tau. TG pun tak tahu nama pulau ni.. Memang kerajaan Thailand tak bagi nama. Nak masuk pun tak boleh sebab pulau ni adalah kawasan yang dilindungi.

Pileh Bay

Pileh Bay adalah laluan sebelum sampai ke Maya Bay. Dekat sini kita akan melalui lagun yang sangat cantik. Sungguh indah ciptaan Tuhan. Masa ni kitorang dah tak dengar dah apa TG cakap. Sebab masing-masing terpegun dengan kecantikan kat sini. Sangat sangat cantik.. Yang dengar dari mulut mat Saleh mat saleh ni ialah woowwww.. SubhanAllah..


Pileh bay, wonderful lagoon

tengoklah air dia biru je..
Biru kan..
Nampak tangga tu. Kalau dari Maya Bay korang boleh sampai ke sini dengan berjalan kaki. Tapi aku tak pergi pun. Sebabnya tak sempat kot. Sekejap je kat sini.
Hubby dah excited nak mandi. tapi aku ajak bergambar dulu. bukti cinta  kedatangan kami.
maya bay, phi phi island trip, pulau tercantik dunia
Bergambar dekat tepi2 dulu.. Lepas tu..zasssss campak camera semua.. jommm mandi..
Dalam kesemua pulau yang kitorang pergi, Maya Bay lah pulau yang paling cantik sekali. Air dia sangat jernih sampai ke tengah. Pasir dia sangat halus. Memang tak puas dekat sini. Lagi-lagi orang tak crowded. Kalaulah pergi sendiri mau berejam dekat sini. Memang best giler. Padan lah dengan status dia pulau tercantik di dunia. Tempat ke 19 tu seluruh dunia. Tapi malaysia lagi  ranking tinggi. Pulau perhentian kecil kita tempat ke 13 ye.



Loh Samah Bay

Destinasi terakhir kami. Untuk aktiviti snorkeling. Tapi aku maaflah tak berani. takuttt.. En hubby pun tak join juga. Tak de geng katanya. 
snorkeling, Loh samah Bay

So berakhirlah Phi Phi Island tour kami untuk hari ni. Sampai Aonang cadangnye nak suruh diorang hantar balik hotel dulu, tapi last minute kami decide jalan-jalan dulu. Nanti balik hotel rehat-rehat kejap malam baru keluar semula.

Entri berkaitan :