Post Terkini

Friday, April 8, 2011

Plasenta Previa

Rasa2nye rakan2 blog yg juga member2 sekolah tau my twin tgh pregnant.. n skrg kna tahan kat ward.. sebab uri dia kat bawah.. kalo istilah doktor nya plasenta previa.. hmm mula2 ingatkan kes ni biasa2 je. normal utk org yg preggy.. rupa2nya bahaya eh.. boleh ancam nyawa ibu ngan baby.. ni petikan dari ratu hati.. korang2 leh la baca utk tambah info ye..

Apakah jenis-jenis plasenta previa?
Plasenta previa boleh terjadi secara lengkap, separa, pinggir, atau mendatar.
  1. Previa lengkap (sepenuhnya) bermaksud uri menghalang keseluruhan bukaan pangkal rahim
  2. Previa separa bermaksud hanya sebahagian uri menghalang bukaan pangkal rahim.
  3. Previa pinggir bermaksud uri berada sedikit sahaja di bahagian bukaan pangkal rahim dan tidak menghalang bukaan tersebut.
  4. Previa mendatar ialah keadaan di mana uri berada berhampiran dengan bukaan pangkal rahim.
**my twin kata dia stage 3.. tapi x sure la stage 3 tu yang kat mana.. maybe yang no 2 tu kot..**

Previa lengkap boleh mengancam nyawa, kerana itu bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan Caesarean bagi mengelakkan pendarahan yang banyak jika cuba dilahirkan melalui saluran faraj biasa.

Punca sebenar plasenta previa tidak diketahui, tetapi ia lazimnya dikaitkan dengan beberapa faktor yang meletakkan wanita dalam keadaan berisiko tinggi:
  1. Wanita berumur 35 tahun ke atas.
  2. Kehamilan kembar.
  3. Pernah didiagnos mengalami plasenta previa pada kehamilan terdahulu.
  4. Pernah melalui pembedahan rahim termasuk D & C(pendilatan dan pengkuretan)
Kesemua faktor ini mengundang bahaya terhadap bayi anda seperti kelahiran pramatang, tumbesaran dalam kandungan terbantut dan meningkatkan risiko kematian janin sebelum atau selepas kelahiran.

So utk lebih info korg klik sini ye..

Kursus kepimpinan pengawas 2011

Tahun ni jadi guru pengawas.. So kali ni kursus pengawas buat kat hotel.. 90% aktiviti sume LDP a.k.a Latihan Dalam Kumpulan. So jum layan pic2 diorang ..

muka2 cute SMKS9.

Duk main tali..ntah apa yang diorg buat.. jom kita tinjau

sampai berbelit2 dibuatnya

siap langkah kawan2 lagi..ish ish..

owhh ini rupanya yang diorg nak buat.. BUKU SILA.

Hmm pening kepala masa tengok diorg buat ni.. Hanya seorang yang boleh bercakap.. yang lain sume kna tutup mulut.. tak leh cakap apa2 pun.. tgn plak x boleh lepas langsung dari tali.. hmmm bebudak ni enjoy la kot.. tp yg cikgu cikgi nye bosan nak menunggu.. tp kesian tgk diorg kehausan.. iyela buat aktiviti tgh panas terik.. memang penatla.. terliur je tgk kitorg sedap2 minum air.. huhu..

**entry dah sebulan baru nk post, bz punya pasal**

Saturday, April 2, 2011

sekadar update

lama dah rasanye x update blog.. jengah2 blog member pun kejap2 je.. x sempat nak baca sume post.. this week terasa sgt jadual yang amat padat.. nak berblog pun rasa cm buang masa je.. esok kna g sekolah lagi.. nak update file.. ntah budak2 praktikal tu dtg membantu atau tidak..tp dah pesan dah.. oohh yea tadi ada event kat sekolah.. so hari ni memang x senang duduk la.. sebab handle dak pengawas jadi mc.. so 99% memang kat atas pentas la.. u know what.. td kena sound ngan budak praktikal.. diulangi, PRAKTIKAL ok.. rasanya kali ni dah 2 kali kna sound.. budget bagus jerk..geram betul.. mmg la salah diri sendiri.. sebab silap bagi jawatan GKMP.. tp x sepatutnya dia cakap mcm tu .. boleh dia cakap gini (sila baca dengan nada tinggi) " Akak ni! bagi jawatan salah! Dia bidang bahasa la bukan kemanusiaan!" hmm tercengang jugak la.. boleh plak dia cakap mcm tu.. nak tak nak minta maaf je la.. tp dia buat x tau je.."Patutla ramai yang kata bebudak TESL Uitm ni budget bagus " Hello, member aku grad oversea xdela poyo macam ko".Dan bila cakap dgn guru pembimbing dia, kesilapan tu adalah dari saya, so Pn Nara ckp " sepatutnya dia patut tau jawatan Pn. Noraini sebab budak praktikal tu under Pn. Noraini.. Hmm betul jugak kan..

Lagi satu yang agak kurang ajar disini bila dia tanya jawatan K. Linda.. " Azlinda tu jawatan dia apa?" lebih kurang camtu jugakla.. terkejut jugak disitu sebab K. Linda tu PK HEM.. kalo tak nak panggil Puan pun at least ada la gelaran akak di depan.. tp dia cakap macam jawatan dia besar sgt je...memang poyo abis la..

oppss terlebih update la plak.. termengumpat plak.. tp member dia, Mimie ok.. budak Uitm gak.. tp biasala, yang baik x dipandang.. so kerana nila setitik rosak su sebelanga.. Nasib ko la D*****.. hmm ingat saya sorang yg berperasaan begini.. rupanya ada yg terlebih dahulu bercakap tentang dia..