Post Terkini

Thursday, June 2, 2011

Banyaknye hutang aku...PTPTN oh PTPTN

PINJAMAN 1(RM)
1. BAKI AWAL PADA 1HB JANUARI 2011:15,128.19
2. BAYARAN PINJAMAN / PELARASAN SETAKAT MEI 2011:(0.00)
3. BAYARAN BALIK PINJAMAN / PELARASAN SETAKAT MEI 2011:(1,005.30)
4. BAYARAN BALIK PINJAMAN MELALUI FPX:(0.00)
5. KOS PENTADBIRAN TERKUMPUL TAHUN SEMASA SETAKAT MEI 2011:184.68
6. BAKI AKHIR PADA MEI 2011:14,307.57
PINJAMAN 2(RM)
1. BAKI AWAL PADA 1HB JANUARI 2011:15,070.00
2. BAYARAN PINJAMAN / PELARASAN SETAKAT MEI 2011:(0.00)
3. BAYARAN BALIK PINJAMAN / PELARASAN SETAKAT MEI 2011:(0.00)
4. BAYARAN BALIK PINJAMAN MELALUI FPX:(0.00)
5. KOS PENTADBIRAN TERKUMPUL TAHUN SEMASA SETAKAT MEI 2011:162.50
6. BAKI AKHIR PADA MEI 2011:15,232.50
BAKI KESELURUHAN PINJAMAN PADA MEI 2011:29,540.07

PTPTN PTPTN.. hutang dengan ko ni menyesakkan hidup aku ler..tengokla tu sampai nk menjangkau 30k.. gila banyak.. tp aku tak pernah serik.. dah amik satu loan tambah lagi satu loan.. nak buat macam mana.. nak harap loan PAMA manala diorang mampu.. so sebagai jalan alternatif haruslah meminjam kepada anda kan.. nak pinjam JPA masa degree dulu tp terlepas la plak.. so teruskan dengan anda jugakla..

Apapun tetap nk berterima kasih jugakla pada anda, sebab tanpa loan dari tak mungkin aku jadi seperti sekarang.. alhamdulillah dapatla menggunakan loan tersebut untuk kepentingan belajar, berjoli, dan saving juga.. Alhamdulillah dapatlah juga bantu adik beradik yang memerlukan masa tu.. n dapat juga bantu aku menyumbang utk barang2 kawen aku haritu..

walaupun ramai yan marah kat ko (sama gak ngan aku).. mana tak nye.. kata nk tolong siswa siswi tp kena caj perkhidmatan smpi 3% tu apa kes.. belum lagi pinjaman rm15k tp kna bayar RM16.5 k.. tp nak buat macam mana kan.. korang kan nak untung juga.. huhu.. takpela, redha je..

owhh ye haritu korg ada buat program ujrah kan... ala yang tukar caj perkhidmatan jadi 1% tu.. mula2 memang nk apply, tp bila dgr cite2 di sebalik ujrah ni maka tak jadila ye.. so utk bebas hutang ko ni aku dh buat potongan gaji.. alhamdulillah pinjaman satu akan settle lebih kurang 4 tahun lagi.. tp utk pinjama dua akan start lepas pinjaman satu settle... tp alahai, mesti pinjaman 2 aku dah bertambah nilainye kan.. iyela, kena caj perkhidmatan bagai..

Apapun aku redha jela.. sebab malas asyik teringat kat ko je.. malas nak ada komitmen ngan ko.. nak cepat habiskan kontrak ngan ko.. ok tata PTPTN.. semoga kita cepat BERPISAH .... :)



Wednesday, June 1, 2011

"Ulangtahun ke-3 Nusha"

owhh.. baru pasan ada tag dari Anne.. so haruslah merajinkan diri join the contest.. manala tau kot2 ada rezeki aku kali ni..hehehe.. sempena ulang tahun ke-3 nusha



Ucapan ini ditujukan khas untuk miss nusha
Selamat ulang tahun ke-3 buat nusha n pasangan.. tiga tahun bukan masa yang singkat.. dari malu2 rimau sampaila dh boleh share segala macam perasaan dengan tersayang.. memang membahagiakan..betul tak?? bila nak tdo teringatkan dia.. lagi2 bila tengok drama2 romantik.. mesti duk terbayang cik abang sayang.. apatah lagi kalau tengok drama NORA ELENA.. seronok kan.. itulah adat bercinta.. selalu bermain dengan angan2 yang indah..


Tp ingatlah.. itu semua ada batasnya.. Nusha jagalah hubungan ni baik2.. jangan sia2kan 3 tahun perkenalan korang.. terimalah dia seadanya..sebabnya?? kalau sekarang Nusha tak terima seadanya macam mana plak nak hadapi bila dh bersama secara sah.. bak kata orang " Bila dah dapat lesen P nanti, semua akan terbongkar..luar dan dalam"...masa tu kita ibarat mengenali dia semula.. so ucapan khas untuk Nusha " jaga cik Abang baik2..jaga hubungan yang dah tempuh 3 tahun ni, pastikan berakhir di jinjang pelamin dan yang terakhir.. gud luck untuk nusha.. moga dia jodoh terbaik untuk mu.. amin...


saya tag my sis wani..sebab dia memang pandai menulis2 ucapan ni..


15 Anugerah Allah pada Wanita tidak pada Lelaki

Jenguk2 blog nana jumpa satu informasi yang sgt2 berguna.. kelebihan kita sebagai orang perempuan.. harap2 dapatla share ngan kengkawan

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.
2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.
4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”
7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”
8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”
11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

*renung2kan dan selamat beramal*