Post Terkini

Sunday, March 17, 2013

selamat pengantin baru "che shikin & muhammad"

tahniah kepada my bestie, dan penghuni bersama masa menuntut kat uitm dulu.. alhamdulillah akhirnya bertemu juga dengan pilihan hatinya..minggu lepas 9 mac 2013 menyaksikan hari bersejarah che shikin dengan pilihan hati di cystal crown klang.. berjanji dengan member lama, norina yang dah hampir 13 tahun tak berjumpa.. sedang elok azan zohor kami sampai.. pengantin sgt gorgeous dengan persalinan beliau.. bergemerlapan batu2 di baju beliau disinari cahaya biru di pentas pelamin
dapat bergambar pun ngan pengantin..

sesi memotong kek
seriously, sang puteri sangat-sangat cantik.. sesuai dengan ketampanan putera hati.. tahniah che shikin.. sgt gembira melihat keceriaan anda.. semoga bahagia sentiasa dan dikurniakan cahaya mata secomel kamu berdua :)

Friday, March 8, 2013

isu pencerobohan lahad datu

skrg mmg isu pencerobohan lahad datu yang paling panas.. setiap kali dgr berita wira2 negara yang terkorban mmg sedih sgt.. lagi2 bila tgk anak2 kecil yang kehilangan ayah mereka.. kesian.. kecik2 dah hilang kasih sayang seorang ayah.. yang melancarkan perang org islam, yang terkorban juga org islam :(

tp dari sudut positif, seorang yang buta sejarah mungkin akan lebih mengenali sejarah.. Sultan sulu sebagai contoh, bukannya seorang tetapi ramai..semuanya mengangkat diri sendiri sebagai sultan.. tetapi rakyat sulu mengangkat sultan tausuq sebagai sultan. itu baru salah satu yang baru difahami.. 

kenapa mereka berkeinginan terhadap sabah?? semuanya akan buka mata org yang buta sejarah.. contohnya aku.. dan bila isu ini timbul mmg keinginan untuk mengkaji sejarah tinggi.. secara x langsung semangat malysia juga meningkat..

semoga wira2 kita berjaya mempertahankan sabah dan penduduk di sabah.. InsyaAllah.

Thursday, March 7, 2013

sebelum cuti

minggu ni mmg sgt2 memenatkan..  keluar rumah kul 7 balik kul 7.. lebih kurang 12 jam berada di luar.. utk yang bukan warga pendidik mungkin isu ni remeh.. tp utk kami para guru mmg agak pressure.. sebabnya.. kami bukan hanya tertumpu di depan komputer atau meja semata2 tetapi lebih memerlukan pergerakan yang maksimum..  minggu depan start karnival ko-akademik.. so cikgu2 bertukar karier untuk sementara waktu.. ada yang jadi jurulatih koir, nasyid, coral speaking dan sebagainya.. kalau latih 2 kumpulan nasyid lelaki dan perempuan terpaksa berkejar-kejaran plak.. kejap2 tgk tang laki, kejap2 pegi plak belah perempuan.. habis latihan dlm kul 9.30.. aktiviti perssatuan plak smpi kul 11.00.. itupun kdg2 terlajak.. rehat kat kantin, pastu dalam 1130 g kelas ICTL smpila kul 1230.. habis kelas terus attend assembly .. perghhh memang  bernafas la..  lagi2 kalau dapat hari yang padat ngan waktu mengajar..

tapi tapi tapi... bila tgk pelajar bersemangat buat latihan, bila tgk student happy join aktiviti mmg berbaloi2 rasanya.. bila masuk kelas semua kerja siap hilang rasa penat.. bila tgk wajah kiut miut ngan hensem cantik pelajar terus rasa happy walau terpaksa berlakon jd singa..   rasa satu kepuasan  jadi cikgu..

tapi bila sampai rumah.................. hmm pengsan sepengsan pengsannya.. penat sepenat penatnya.. sebab nak muka en suami... hehehe.. boleh la bermanja2 minta urut sana sini.. minta pengecualian cuti memasak..  hehehe.. mekasih buah hatiku pengarang jantung...

eh apa kaitan ngan tajuk ye.. sebabnya pas penat2 disekolah alhamdulillah kpm bagi cuti seminggu pada pelajar.. so sbg cikgu dapatlah menumpang sekali cuti pelajar..

***teringat bila ada kawan cerita dia menangis bila sang suami suruh masak jugak , tak mau beli kedai.. walau dia tau itu gurauan tetap nak nangis jugak sebab terlalu penat..hehehe***