Post Terkini

Sunday, April 14, 2013

Jelita ostrich farm

Jelita ostric farm.. akhirnye menjejak jugak kaki aku kat sini.. duk tgk kat google org kata best je nak gak try apa yang bestnya.. kitorg smpi sini masa matahari kat atas kepala.. mmg panas x ingat la..  tapi alang2 dah dekat, terjah je... masa kitorg pergi, suasana agak lengang, cam xde orang je yg dtg..huhu.. dlm hati " cam tak best je"..  lagi2 bila yuran masuk rm8 sorang.. gila mahal.. mmg x berbaloi rasanya.. hehehe tp sebelum masuk ladang la kan.. hehehe.. tapi tapi tapi.. rupanya mmg berbaloi2 dengan yuran masuk.. macam2 kami dapat..

kami disambut dan dilayan oleh trainee dari uni malaysia terengganu kalau x silap.. penerangan dia mmg sgt2 terperinci..  dan cuma ada dalam 2-3 ekor saja ostrich dalam satu2 kandang mengikut umur diorg.. jantan betina.. yang bestnya, rupanya untk family burung ni si jantan lebih cantik ciptaannya berbanding betina.. berlawanan dengan lumrah manusia. lagi satu telur2 burung unta ni x dieramkan kan ladang ni tp kat mana tah. lupa plak nama tempatnya

en suami bagi makan jagung kat burung unta.. x sakit pun dia patuk.. aku cuba sekali je, sebab takut dia makan tgn aku.. hehe paruh dia kan boleh buka besar.. muat kot kalau masuk jari2 yang x berapa nak comel ni 
bergambar plak dengan kambing.. perghh masuk dalam kete terbau2 bau kambing.. hamis kot.. ada gak tanya diorg kambing2 ngan ternakan yang lain untuk dijual ke.. tp diorg kata x open pun utk jualan.. tu semua untuk penyelidikan diorg je

ok pas tu berdiri atas telur burung unta tu yg boleh tampung smpi 200kg.. tp takut gakla, takut teknik nak memijak tu x betul. tak pasal2 pecah.. tp seperti  gambar  di atas terbukti kebenarannya. one more info, burung unta ni takut dengan benda2 tinggi, tu pasal ada buluh kat situ, untuk mengelakkan burung unta dari mendekati kitorg
pastu menunggang ostrich plak ..punya susah nak naik..ada teknik2 dia.. tp yg penting tangan aku sakit mcm melecet sebab pegang kepak diorg yang besar tu..  lepas tu mata diorg ditutup dengan kain.. untuk mengelakkan diorg lari laju.. ntah berapa km tah diorg boleh lari..lupa dah
kami dapat sijil, hasil keberanian kami menunggang.. :)
abis menunggan kiorg tgk plak perlumbaan unta..  unta ni diorg lari lurus je.. so kalau nak bagi diorg membelok ke kiri atau ke kanan kena tutup sebelah mata.. belok kanan tutup mata kiri, belok kiri tutup mata kanan.. nak suruh berhenti pegang leher dia.. tp sayang, sekor lagi dh tua.. x berapa laju nk lari.. sian je tgk, dan burung tu 1st batch kat ladang ni..

abis tgk race, kitorg pergi plak kedai cenderamata.. beli minyak unta, untuk urut boleh, sapu pun boleh.. x jual ditempat lain.. cuma kat situ je ada.. dah abis tu, terus balik serting..

Wednesday, April 3, 2013

the dusun

Berkisar dengan entry ku di sini  Alhamdulillah.. akhirnya sampai gak kitorg ke THE DUSUN.. agak mencabar juga perjalanan nak masuk resort ni.. jln agak curam n kecik.. biasalah kan dalam dusun.. yang penting berbaloi-baloi.. ok jom kite review.. harap maaf susunan gambar agak bersepak..

abg ipar ku sedang menyamak segala pinggan mangkuk.. mujur ada tanah.. iyela pengunjung nye bukan muslim semata, tambahan plak ada dapur sendiri untuk memasak, bukan kite tahu apa yang diorg masak kan..
tangga tu menuju ke ruang tidur aku, en hubby n my sis.. bukan bilik ye tp loteng
Ruang tidur along.. open je ni, cuma kalau  rasa2 nak privacy boleh tutup sliding door.. yup, ruang tidur cuma dipisahkan dengan sliding door semata
My bed.. siap ada kelambu lagi..tp tak pakai pun.. panas kan kelambu
bilik air.. owhh kami mmg kaya towel kat sini.. melambak2 diorg sediakan.. maybe persediaan kalau nk mandi pool kot..
rumah kami.. emas house
pandangan dari loteng, tempat aku n hubby beradu
BBQ


cer teka?? siapa yang siapkan bbq?? kami para wanita yang bertungkus lumus.. ketua keluarga duk melayan scrable..huhu

melantak.. makan dengan roti..huhu.. tp alhamdulillah kenyang sampai ke pagi.. ingatkan tak cukup, rupanya cukup2.. ikan n udang ada 2-3 ekor je tak abis



esoknya ,pagi2 bekfes nasi lemak kat cafe diorg.. lepas makan terus kejar pergi pool.. bukan apa takut  geng2 mat salleh terjah  dulu..tak sanggup plak tgk diorg berbikini.. tp diorg jenis tak mandi pagi kan?? betul ker??

sora house

tembusu house.. kalau nk honeymoon boleh pilih rumah ni





yang ni plak pool dekat ngan berembun house.. kalau tak silap la. tp kitorg tak mandi kat sini pun even dekat ngan rumah kitorg.. sbb akak yang masak kat situ tak suggestkan.. sebab dia kata ada pengunjung yg bawa anjing mandi kat sini.. selalunya cha ya nun alip yang degil sket.. lagi satu sebab pool ni dia tadah air bukit, so kalau nak buang air tu amik masa

keluasan rumah emas kami.. best kan
pada aku mmg berbaloi2 la dtg sini.. even agak mahal tapi servis yang disediakan mmg terbaik.. tp kitorg pergi 2 hari 1 malam.. kalau tidur 2 malam best gak.. yang paling tak sangka dapat tgk kelip2.. ala tak taula nama, kelip2 ke, atau kunang2.. yang penting serangga  ni keluarkan lampu.. tp bila tanya my sis, dia kata biasa je..hehehe pendapat msg2, maybe sebab dia mmg duduk kg kan.. dia plak jenis suka nak berjalan..
cam aku plak mmg suka nak termenung2, berkhayal2.. so mmh bestla tempat ni.. lagi2 kalau dapat angin sepoi2 bahasa..

so pada sape yang ada budget lebih sgt2 recommend tempat ni.. tapi tapi tapi....... kalau korg takut gelap dan sunyi, better tak payah..sebab waktu mlm mmg gelap n sunyi je.. kalau ada anak kecik pun tak digalakkan.. dan masa terbaik ialah musim buah.. bayangkanlah sekeliling rumah kitorg tu adalah pokok durian..dan masa musim tu korg boleh self pickup je..melantak la berapa banyak korg nak.. dahan2 durian pun ada termasuk kat patio kitorg.. dan  tak mustahil kalaul musim durian, mesti ada yang gugur kt atas patio tu..

owhh sebelum terlupa, senang je nak pergi kat sini.. kalau dari kuala klawang korg terus je smpai pantai.. cari sampai jumpa balai polis ngan masjid.. antara balai polis ngan masjid tu ada simpang ke kiri.. masuk situ, jln terus korg akan jumpa sjk(c), pastu jalan terus ikut signboard 'SAINS'.. nanti ada la signboard THE DUSUN..sekian


Bubar sudah

Parlimen dah bubar.. so lepas ni musim naik bendera parti masing2 la.. aku dah daftar undi.. tp nak mengundi... hmm tak tau lagila.. mungkin tak kot.. biar en suami je yang mengundi.. aku?? 5 tahun lagi  boleh?? skrg jadi pemerhati bebas.. sebabnya, kawasan mengundi bukan tempat aku menetap.. so lepas ni akan tukar alamat mengundi.. supaya senang nk kenal siapa adun kawasan.. supaya tahu apa penambah baikan yang telah dilaksanakan..

oh yea.. pendirian aku berbeza sket.. kalau aku nak mengundi, bukan tengok parti.. tp siapa yang memimpin..iyela,  calon2 bukan kita yang pilih, tp parti yang pilih.. so kalau parti bagus mcm mana pun tp calon yang dipilih tak berkualiti tak guna juga.. istilah org2 yang pro ngan parti masing2 mesti kata aku mcm lalang..huhu.. lantak pi lah.. yang penting aku tetap dengan pendirian aku.. sebab pada aku calon yang menjadi wakil kepada rakyat haruslah telus dan boleh dipercayai.. tak kira atas nama parti apapun..

sekiann