Post Terkini

Saturday, January 4, 2014

Budak ini sangat comel

1/1/2014. Tahun baru. Izzul sambut tahun baru dengan ummi dan abi. Ambil dia kat pajam. Masuk kete dibantainye tido. Angkat msuk rumah pun tak sedar-sedar. kemain lagi dia syok sungguh tdo ye. Dekat rumah sambung lagi tdo. Lama betul dia tidur. Hampir dua jam gak la. Dukla ummi kacau-kacau nak suruh bangun. Mamai-mamai tanya abi mana sambung tidur balik. Mujur akhirnya dapat gak buat dia berjaga. 
So siap cepat-cepat.. jom kita g PAS. teman umi cari kain kat NAGOYA. 

Malangnye, x jumpa pun kain yang dikehendaki. Last-last izzul yang dapat barang dia. Yeahhhh Ultramen dia ler.  Suruh pilih mainan lain, dia pergi jugakla pusing-pusing tengok-tengok last-last duk mencangkung kat Ultramen dia tu. Bila Ummi bagi keizinan bukan main meloncat suka. Izzul izzul sib baik la comel..

Aksi-aksi izzul dekat kedai makan..

Sedang berusaha untuk capai air merah dia aka tembikai
Yeayyy dah dapat
                                       
Duk asyik tengok kawan baru dia.. Siap main cak-cak lagi
Hausss.. kita minum dulula
Tengok lagi kawan baru
Tengok abi plak
Haa inilah kawan baru izzul
Selalu nampak kepala je, kali ni nampak satu badan. Suka dia..


Hmm izzul nak suruh ibu dengan papa belikan satu la. Nanti jumpa kawan baru.
masa ni ibu ngan papa dah ada kat rumah. Izzul jumpa diorang dekat Adam Lai. Smpi rumah terus tanya.. "tab abi mana? tab? tab abi mana? Tahu dah dia ni.. mewarisi perangai ibu suka main game
Lagi-lagi dapat game baru. Game ninja plak tu. Terkekek-kekek dia gelak. Papa nak tolong download dalam hp. Tapi sayang android tak de plak game ni. IOS je kot yg ada.. Takpelah izzul next time izzul main lagi ye :)
Tahniah izzul. Lepas ni dah x jauh-jauh dengan ibu n papa. Tp izzul mungkin rindu sikit kat atuk ngan uwan la ye. Takpe yang penting izzul dapat kasih sayang sepenuhnya. Ibu dan papa selalu ada disisi. Sayanggggg Izzul. Muahhhhh.

Thursday, January 2, 2014

Sesi persekolahan bermula : Bukan pelajar je berbelanja

Hari ni hari pertama persekolahan. For sure, budak-budak memang la datang sekolah dengan serba baru. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Masa ni pun segala perkakas sekolah lengkap serba serbi. Buku-buku suci murni bersih dari noda. Takde kelepet sana sini macam belacan bila dah sampai hujung tahun. 

Yuppp.. untuk aku pun sebagai cikgu wajib juga beli perkakasan baru. Baru semangat nak mengajar. Biasalah cikgu kan, memang cukup setahun harus beli baru. Kadang-kadang tu tak sampai setengah tahun pun dah habis.

Alatan sekolah 
Tengoklah gambar kat atas tu., meriah tak?? tahun ni semangat aku berkobar2. Ada penambahan dalam pembelian stationary aku iaitu colorful permanet and whiteboard marker. Hajat di hati nak buat la cantik-cantik nota kat whiteboard tu. Kalau ada presentation plak, bolehlah student aku buat hasil kerja yang warna-warni gitu. Baru ceria kan :)

Tapi untuk cikgu-cikgu, ko tahu apa yang paling penting??? Meh sini aku nak tunjuk
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
pen, pen merah
Harta karun seorang guru
Taraaaa....itu dia.. pen merah.. Kalaau takde pen merah ni memang melilau la cari ke sana sini nak meminjam. Pen ni nyawa seorang guru tau. Kalau takde dia memang semangat bekerja terus merundum tau. Iyelah dah semangat nak menanda buku, PBS budak sekali cari pen tak de. Memang kacau la kan. Selalu jadi kat aku. Tahun ni pun beli stok bebanyak aku pun tak tau sampai bila boleh bertahan. Huhu. sebabnya bila beli banyak2 ni, seolah-seolah pen ni berkaki je. Sekejap je hilang depan mata. 
Nyawa kedua, pen juga. Tapi pen hitam. Sebab nye nak kena menanda register budak. Ni pun satu, kalau xde susah hati gak. Tapi aku beli pen hitam empat batang je. huhu. Yang merah je sampai 25 batang. Harap-harap bertahan la sampai tahun ni.

Azam aku sebagai seorang guru? Aku nak memberikan ilmu dengan lebih berkesan kepada pelajar-pelajar. Dan melakukan kajian tindakan untuk peningkatan pengajaran aku. Dan tahun ni nak cuba memperkemaskan sistem fail aku. 

Sekian.

*** schedule post***

Wednesday, January 1, 2014

Kami pada 2014

Hari ni 2014. Duk ingat masih 2013. Terkebelakang sudah aku. Tapi takpe belum terlambat. Seingat aku tak pernah aku post pasal azam aku tahun baru. Sebabnya aku tak tahu apa nak azam. Untuk tahun 2013, suami aku je yang buat azam. Dia siap gantung dekat bilik. Dan Alhamdulillah 4 dari 6 yang diimpikan telah tercapai. 

Untuk tahun ni pulak, akan diteruskan azam yang belum tercapai tu dan ditambah baik dengan azam yang lain. Dan istimewanya azam ni akan kami laksanakan bersama-sama. Insya Allah. Dengan keizinan Allah.

Azam 2014

1. Khatam Al-Quran sebanyak 2 kali
2. Consistent dalam treatment infertility kami. (InsyaAllah rezeki kami tahun ni .Doakan ye :) )
3. Hantar mak dan abah pergi umrah
4. Tabung 2014 (berkonsepkan minggu pertama RM1, minggu ke dua RM 2 dan pertambahan RM1 untuk setiap minggu yang seterusnya) (aku jumpa teknik ni dari satu blog omputih , x ingat dah blok apa)
5.
6.
7.
.
.
.

Setakat ini, itulah azam kami, dan secara personal nya aku cuba untuk menjadi yang lebih baik sebab aku sedar sekarang ni banyak sangat kekurangan diri aku yag perlu ditambah baik dari segi rohaniah dan jasmani.

Ya Allah Ya Tuhanku, kau permudahkanlah segala urusan ku dan janganlah engkau sukarkannya. Dan permudahkanlah agar aku dapat bersama-sama zuriatku pergi ke rumahMu. Amin.