Post Terkini

Tuesday, December 8, 2015

4 hari 3 malam telah selesai

Kasi up dulu beberapa keping gambar sebahagian dari aktiviti kami di sabah.. Entry bakal menyusul..

canopy walk
canopy walk
celyn resort
celyn resort
kundasang
dairy farm
grand illusiom
grand illusion
jambatan tamparuli
jambatan tamparuli
snorkelling
pulau manukan
rumah terbalik
rumah terbalik
kampung luanti
tagal sg moroli
war memorial park
war memorial park

Thursday, December 3, 2015

IKEA : Aku aim katil ni!!!!

Selasa hari tu aku g IKEA.. ngan cousin Yana & Rina.. Lama gila x jenjalan sini.. Seingat aku adalah 3-4 kali masuk sini.. Paling last masa bawa Smacha kawan en suami dari Thailand.. masa dia keje WD dulu la.. pas tu xde dah..

Kali ni berjalan2 ngan sepupu aku, beljar benda baru.. hahaha.. sbb aku ngan en suami tak pernah membeli..So pelik mcm manalah buyer2 ni memilih perabot2 yang diorg nak tu.. Rupa-rupanya kena amik form sebelum masuk dalam ni..dia sediakan sekali ngan pensil.. dah masuk IKEA bolehla pilih perabot2 yang berkenan then tengokla diorg letak kat seksyen berapa and ada berapa partition yang perlu diambil.. Hahaha... nampak tak??? Nampak tak betapa jakun nya aku tak reti membeli..wakaka.. So jenjalan kat situ, aku terjatuh cinta pada perabot yang ini


IKEA

Terus rasa mengidam wehh..Bilik study aku tu belum ada meja study pun lagi..Biasalah aku ngan en suami kan macam kura-kura.. Sikit-sikit baru beli..ingat nak letak ni kat bilik study.. tapinye bilik aku ni kecik bebenar..ntah muat ntah tidak.. nak kena ajak laki aku mengukut kat ikea.. pandangan mata dia selalunya betul,.. Engineer kan.. Pandangan mata aku plak asal berkenan boleh je..dah beli nyesal..huahuahua.. Ok set dalam kepala otak nak yg ni.. tapi kalau jumpa yg lebih murah harus sapu yg murah la.. Bab murah & mahal ni aku kurang risau sebab ada en suami yang teliti..dia akan tgk benda tu berbaloi tak.. kalau murah berkualiti atau tak.. So aku selaku bini happy je sbb quality control dah ada..

IKEA moga ketemu lagi...

Ready to go

4 hari 3 malam di Sabah.. Apa ku nak buat??? Setelah berjalan2 di rumah para blogger maka siaplah itenary aku sepanjang ke sana.. Aktiviti kat sana sapa yang rancang?? Haruslah aku yang rancang..ahaks.. dari start survey, booking flight, hotel smpailah aktiviti kat sana semuanya serah pada aku.. En suami perlu angguk2 geleng2 je..hehe..takpelah kan bang...sekali setahun je.. kalau dua kali setahun haruslah bonus berganda..

So apa aktivti ???

1st Day : 
  • Tiba KK
  • Check in Tang Dynasty Hotel
  • Cari lokan bakar 
  • Menikmati sunset di Tanjung Aru
  • Makan malam area Dataran Todak
  • Jalan2 sekitar pasar filipina & kampung air
2nd Day :
  • Check out
  • Breakfast
  • Bertolak ke Kundasang-Ranau
  • Rumah Terbalik
  • Pekan Nabalu
  • Kinabalu Park
  • Pekan Kundasang
  • Desa Cattle Farem
  • Kundasang war memorial park
  • Check in Celyn Resort
3rd Day
  • Check Out
  • Tagal Fish Sg Moroli
  • Sabah Tea
  • Poring Hot Spring
  • Bertolak ke Kota Kinabalu
  • Jambatan Tamparuli
  • Check in Hotel Shang Ri La
  • Jalan-jalan sekitar KK
4th Day
  • Pulau Manukan
  • Check out
  • Jln-jln sekitar  KK
  • Balik Semenanjung
Senarai aktiviti aku ni lebih pada aktiviti siang je.. Malam mmg takde dalam perancangan since mlm tu utk rehat2 bermanja2an je.. So semua aktiviti tu bergantung pada mod en suami.. Kang tetiba mood tak baik x mau pergi tempat aku list kan haru gak.. Tapi berdasarkan pemerhatian aku mood excited dia tu dah muncul n for sure dia yg lebih excited nanti.hehehe..

bersedia untuk memberi khidmat kepada tuannya. Kita tengok adakah diak akan berkembang biak..Tungguuuuu......

**Doakan perjalanan kami berjalan lancar ye.. Risau dengan kes-kes flight tertangguh oleh AIR ASIA baru-baru ni.. Mau tanggung kerugian nanti..Huhu..