Post Terkini

Saturday, September 29, 2012

Jalan2 ke ipoh..

Aktiviti perjalanan kami beberapa minggu yang lalu.. G berjalan rumah along.. pas ni ingat nak g pulau2 berdekatan la plak..
Tiba juga kami di lost world of tambun. pergi mandi hot spring malam2.. punyala penuh umat. tp belasah je ikut en suami yang teringin sangat..
bergambar ngan zahrah selepas mandi.. tudung abis basah kuyup sebab bawa sekali g mandi. tak bawa tudung spare
en suami ngan zahrah
siangnya g jalan2.. tanpa planning tersinggah plak kat air terjun. uishh kalaulah tau nak singgah sini bawa  baju spare..
mandikan bebudak ni pun tak per la..yang penting dapat masuk kat dalam air..

Nasi tomato

Nasi tomato + ayam masak merah
my first trial.. tetiba ngidam nak makan nasi tomato.. plus tak pernah buat pun sebelum ni..so nak menguji air tangan sendiri sedap atau tak.. alhamdulillah, first try..pass. boleh la buat untuk kali kedua n seterusnya kalau rajin.. my nasi tak berapa nak berwarna merah sebab tomato puri non hado.. cuma guna tomato segar yang diblend..

so kat sini nak share ngan korang resepinya..

source : tryMASAK

Bahan-bahan:

Bahan A : 
2 cawan beras
1/2 cawan susu cair
1 keping dadu ayam- didadu
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 biji bawang besar
1 biji tomato - didadu
Tomato puri - (dalam resepi dia tak tulis, tp kat video dia ada tunjuk)
kismis (  takde stok juga)
daun pandan (tak letak)
daun pudina - diracik kasar ( tak letak)
1 sudu besar minyak sapi-(tukar ngan planta)
1 cawan air

Bahan B (rempah)
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 batang kayu manis
1/2 sudu kecil Serbuk jintan manis (yang serbuk tak de dalam stok,just guna yang asal je)
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil jintan putih (tak letak sebab tak de stok kat umah)


##mana2 bahan yang takde, memang aku tak letak, tp belasah je..alhamdulillah jadi##

Cara :
1. Kisar hancur halia, bawang besar dan bawang putih. (aku masukkan jintan manis sekali untuk di blend sebab malas nak blend banyak2 kali.. org pemalas punya style)
2. cairkan minya sapi. tumis bahan rempah sehingga naik bau.
3. Masukkan tomato, ayam dan tomato puri. Kacau dan masak hingga empuk.
4. Masukkan air, susu cair, bahan kisar, daun pandan, daun pudina dan garam secukupnya. Kacau rata dan biarkan mereneh.
5.Masukkan kismis dan beras. Masak sehingga nasi empuk. Pastikan api tidak terlalu besar jika masak guna dapur gas ye..
6. Bila nasi dah empuk bolehla dihidang dan dimakan dengan ayam masak merah..

Selamat mencuba..

Friday, September 28, 2012

snow walk di ict

Snow walk.. Korang dah penah pergi lum?? Dekat mana? kat ICT Shah Alam..kalau malam rm35 per entry..  alhamdulillah, rezeki kitorg.. SIL hari tu berkampung kat umah sbb nak observe student dia.. kebetulan dia pun tak pernah g ICT, so macam biasa kami menjadi pemandu pelancong.. Pendek kata, kebetulan pula telah dibelanja oleh kak su untuk masuk ke sini.. Thanks kak su :) so layankan gambar2 kami kat sini ye..

bergambar di sebelah ukiran kete salji.tempat yang kitorg pijak tu ada macam karpet..kot2 la nak duduk kat atas tu kan..tapi  sanggup la plak..sebab sgt sejukkkkkkk...
ini budak sdg practice untuk bermain bola di Greenland..
cuba untuk menggolkan bola walaupun dihalangi acik krul kesayangan..
pic manja mereka berdua.. masa ni ada org arab ke apa duk la mengusha si zahrah..siap minta permission untuk ambil gambar lagi.. bangga kak su sebagai mak yang melahirkan..hehehe
me.. kat sebelah pokok2 yang diliputi salji tu tempat diorang main gelongsor..tp aku mmg tak main la..takut kot..walau jarak dia dekat tp nanti confirm rasa jauh sgt sbb penah naik masa kat genting dulu..huhu fobia kot..
zahrah  ngan aksi peace dia smpi tutup muka..
di depan pintu masuk igloo
aksi sweet kami..sweet ker??? hehe
zara gambar ngan ape tu???


Hmm tp bila kita dah beli tiket kite leh kuar masuk kat dalam ni..agak2 korang dah tak tahan sgt bolehla kuar kejap kat ruang legar untuk normalkan suhu badan.. oh ya, harga tiket sekali ngan jaket ye..tp kalau kasut kena bayar rm20.. rm 10 utk deposit, yang lagi 10 untuk sewa.. mahal gak la..kalau nak glove ke apa kna beli sendiri..tp stokin dia bg free bila kita sewa kasut diorg..

so far, berbaloi gak masuk sini,,sbb ajar geografi.. bila cerita kat diorg suhu kat greenland tu dapatla bayangkan kalau bawah takat beku tu smpai -22 celcius camna rasanya.. lagi2 la kalau org kurang lemak cam aku ni..

peringatan, kalau korg masuk sini kna hati2 ye..sbb agak licin..iyela ais kan.. kalau rasa dah tak tahan sejuk kat dalam tu, korg boleh masuk kt igloo.. kat dalam tu dia panas sket berbanding luar..aku pun tak paham kenapa..padahal sama2 ais..

so ada yg berminat nak cuba..yang penting jangan pikir ongkos..kalau pikir cam kitorg nila, org belanja baru dapat masul..hehe kedekut taik idung masin punya org.. k.. daaaa