Post Terkini

Thursday, July 18, 2013

nukilan dayana isteri pertama ashraf muslim

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan


Aku tak pasti sama ada nukilan ini hasil tangisan hati dayana atau tidak.. tapi jika benar, dan jika benar zuriat dijadikan alasan berpoligami aku adalah orang yang bukan sekadar simpati, malahan turut empati. kerana aku juga belum dikurniakan zuriat setelah hampir 5 tahun usia perkahwinan.. 

benar dan sangat benar poligami dibolehkan dalam islam. tetapi melukakan hati isteri adakah dibolehkan. ntahla, tak mahu menyalahkan sang suami tp hati wanita cukup lembut. walau dikatakan berkongsi kasih dihadiahkan payung emas, rasanya aku lebih rela tidak memilikinya..  

opsss melalut la plak.. dah menangis-nangis dah ni.. malas dah nak luah perasaan..kang macam-macam plak aku tulis.... kepada dayana, InsyaAllah Allah tahu siapa yang mampu menerima ujian-Nya.. Walau saling x kenal, semoga Allah bukakan jalan yang terbaik buatmu..Amin

No comments: