Post Terkini

Monday, October 3, 2016

Cuti-cuti merdeka.. Tanjung Biru PD

Cuti merdeka sebulan lebih yang lepas.. wakaka..baru nak update.. Cadangan asal mengajak tok laki g Dataran Merdeka bawa Mira tengok perarakan.. Tapi dia kata nak tunggu Mira besar n faham dulu.. Alih2 along n Ise call ajak g picnic kat PD.. So bincang2, pujuk2 moh la kita ke Port Dickson ye..

Lokasi tidaklah sesibuk n sepadat Teluk Kemang tu..so Tanjung Biru memang bagus sangat kalau nak bersantai2.. Mira pun first time bawa main pasir.. Excited kemain dia.. 

port dickson

port dickson
mainlah nak..seluas saujana memandang taman permainan awak ni

dengan abang2.. mira mcm biasa. buat hal sendiri..hasya x pandai lagi..so ayahnya kena dukung la

Aku je yang gigih mandi laut yang keruh tu.. Adik2 n along bantai melepak bawah pokok.. 
port dickson
bangga weh pegang bendera Malaysia.. menyerap semangat merdeka dalam jiwa
owhh,. ni gambar awal2..makan2 dulu sebelum main..
Pendapat aku.. kalau nak bersantai2. rasa bayu laut sesuai sangat la kat sini..tapi kalau ko nak mandi manda aku x berapa galakkan..kalau setakat melepas gian bolehla.. Bak kata en suami " kat sini dah mandi , tak terasa nak mandi lagi".. Huhu air dia keruh.. x jernih macam kat air papan, mersing..dalam malaysia  itu jelah kalau nak buat perbandingan.. tempat lain xde memori sbb x mandi..nak bagi rate pun x reti..sbb keruh sgt..cam milo cair warnanya..

Apapun ada mamat poyo mandi laut x tanggal spek.. Lagi poyo dia pegi sangkut spek atas kepala.. Dah ditegur kengkonon x hilang.. Sekali bila nak balik ke pantai  ada plak dialog "eh eh mana spek abang" Wakaka...memang banyak la bertih jagung kuar dari mulut isteri dia ni.. Mcm marah anak murid.. so patah balik laluan sama..diraba2 dasar laut tu..mujurlah biras kesayangan dia jumpa.. kalau tak mmg spek baru la jawabnya.. Kikiki..

Dah settle balik Shah Alam  satu kes lagi.. Kunci rumah xde wehh.. Dah la maghrib singkat.. Cari2 tak jumpa..En Suami dah masam2 dah..mencuka je muka,,dia kalau senyap tu, tau sangat dah..Harus kecut si isteri..Terpaksa la patah balik PD cari kunci walau pada firasat Pn isteri tu mustahil jatuh.. Tanpa cakap dia amik wuduk n solat maghrib..Pastu suruh cari sekali lagi kat seat belakang..Perghhh banyak kali dah cek kat situ.. Sah2x jumpa..Last2 dia cuba cari. Dan dan dia senyum...Si isteri pun gembira bukan kepalang.. Somi dia dah senyum balik.. Kunci termasuk celah2 kunci seat belt belakang...Adoii.. kat situ memang isterinya tak  cari.. Sebab x tercapai dek akal dia boleh terperosok ke dalam.. Huhu x memasal sejam lebih berkampung luar rmah sendiri..Huhu..
Si isteri tu of coz la aku yang sengal ni..Hahaharu sungguhla..Penangan Tanjung Biru la ni..


No comments: