Post Terkini

Monday, January 16, 2017

KLANA BEACH RESORT, PORT DICKSON

Lamanya nak up entry baru.. Kisahnya tahun ni 2 alam.. Kepenatan berganda2.. Memalam tidokan mira ngan ummi sekali tertido..  Selalu minggu pertama rekod mengajar dah complete tapi tahun ni nak masuk minggu ketiga baru terhegeh2.. Tapi minggu ni wajib siap la sebab nak kna semak oleh boss.. 

Ok meh cerita sikit tentang KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON  ni. Rasa ramai yang dah tau Klana Beach Resort ni di bawah seliaan MAINS iaitu Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Aku booking Klana ni dengan Agoda.com. Satu malam RM180 tapi bayaran kena dijelaskan masa datang menginap.  Pada aku bayaran tu sangat la berbaloi berbanding hotel lain pada harga yang sama..

Klana beach resort ni terletak dalam Kompleks Baitul Hilal..

Ruang lobi diletakkan model teleskop.. 
Klana Beach Resort ni terletak dalam kawasan balai cerap dan memasing adalah milik MAINS jadi bila masuk sini memang korang akan terpandangkan aksesori dia yang berkaitan dengan cakerawala..  Segala info tentang planet pun ada.. Sampaikan laluan nak masuk ke bilik pun dihiasi dengan gambar2 planet yang diambil oleh photographer .. Secara x langsung , sambil2 kau lalu tu tengok plak gambar2 yang digantung memang mengingatkan kita tentang kebesaran Ilahi..   Mendidik sambil memberi khidmat kepada pelanggan.

Jom kita tengok bilik..

Alahai.. cantik posing anak dara sorang ni.. Ummi melting sayang....

Katil kami..Single bed..
Cer korang tengok gambar dinding tu..Tu pun salah satu gambar planet..Tapi x tau planet apa.. Hihi.. Bila malam ada lampu yang refleks ke arah gambar tu..So warna dia naik seakan2 gambar tu hidup...
Katil single tu plak kalau sebelum ni mmg satu tu x akan disentuh..Muat je berdua ngan en somi..tp skrg dah ada si sepet ni, mmg peluk en somi dari jauhla.Hihihi.. 

Ini paling special.. Siap sediakan sejadah, kain pelikat ngan telekung lagi.. Nak ingatkan pengunjung supaya jangan tinggalkan solat.. Aku rasa budaya ni kena disebarluas ke hotel-hotel kat Malaysia ni..
Yang disediakan..Ok la kan.




Toilet dia sangat bersih.. Rasa macam duduk rumah je.. Nampak baru pun ye jugak..

Perkara wajib dihidang untuk pelanggan..

Bilik kami
Secara keseluruhannya aku puas hati dengan bilik ni.. Ada disediakan peti sejuk, rak kasut pun ada, almari pun ada.. So xdela bilik tu berkecah sangat.. Lagi bagus disediakan juga Alquran .. Alhamdulillah.. Moga bertambah baju resort kelolaan MAINS ni..

Kolam pun dia bahagikan laki perempuan.. Sangat Islamik ok.. 
Overall aku rasa KLANA BEACH RESORT ni sangat berbaloi2 untuk bercuti.. Dengan air laut dia yang jernih memang teruja nak datang lagi.. Tapi next time kalau  boleh nak stay 2 malam.. Baru puas hati..

No comments: