Meh sini nak tunjuk sikit..
Haa.. inilah bunga nye. (credit to google) |
Untuk info Essential Oil Geranium diekstrak melalui penyulingan stim batang dan daun nya ni telah digunakan selama berabad-abad oleh orang Mesir untuk proses penyembuhan seperti jerawat,, keradangan dan ketidakseimbangan hormon. Geranium juga digunakan dalam aromaterapi untuk kesan pada kesihatan dan sebagai rawatan untuk meningkatkan kesihatan fizikal, mental dan emosi anda.
Kesan kepada wangian Geranium ini juga dikatakan dapat melupakan kenangan yang negatif meredakan ketegangan saraf, memberikan semangat dan memupuk rasa aman dan gembira.
Hehehe skema kan ayat.. Oklah itu ayat penjual.. Sekarang aku nak tulis ayat dari kapasiti aku sebagai seorang pengguna Geranium..
Korang tau kan medical history aku.. Endometriosis stage 4 with frozen pelvis. So harapan aku tidaklah untuk sembuh tetapi lebih kepada untuk menyeimbangkan hormon. Secara umumnya, sapa2 yang ada endo ni, hormon progesteron dia sangat kurang tapi estrogen terlebih banyak la pulak.. Cara nak mengimbangi mudah je.. Elakkan gluten, daging merah, ayam yang disuntik, makanan bergoreng...See.. Kalau disenaraikan memang banyak. Kengkadang kita ambil yang dicadangkan tapi penghasilan makanan tu pulak yang tak sesuai... Hahaha.. Dua tahun lebih kot aku berpantang.. Berpantang cara orang beranak pun ada.. Hahaha.. Ais mmg tak sentuh.. Caffein jauh sekali. Lauk ikan itupun tengoklah jenis ikan.. Masak jenis sup-sup je..
Kesannya, aku rasa lagi tak sihat wehh . Badan jadi penat je, tak de energy.. Pastu penat nak cakap pada kengkawan kita ni berpantang..Last-last sikit2 aku langgar pantang.. Period pun makin sakitttt.. Seksa sampai aku buat akuapuntur.
Start dari situ aku kenal Essential Oil tapi sebelum ni aku fokus kan EO untuk Mira. La ni EO dia pun dah hampir complete aku nak fokus pada aku plak. Mengumpul koleksi untuk keseimbangan hormon.
So first step aku ialah Geranium. Sebab dari pembacaan dan info kengkawan endo yang amalkan EO, Geranium is the best for endometriosis. Geranium ni boleh menggalakkan pengeluaran progesteron untuk imbangkan hormon estrogen. So?? Why not kita cuba dulu kan..
Alhamdulillah..Kesannya aku dah rasa...
No period pain..Kalau ada pun setakat cramp sikit2 je.. Tak mengganggu tugas aku kat sekolah. So confirm la aku happy kan..
Yang kedua.. sebab Geranium ni pun fungsinya untuk kecantikan.. So Yess!! aku dapat kesannya.. Korang tau, tahun ni aku ajar Pendidikan Jasmani yang maksudnya kena duduk tunggu diorang main bola.. Itu kalau lelaki, kalau perempuan aku kena join sama untuk galakkan diorang main sekali, kalau tidak ramailah puteri lilin bersidai kat tepi2 padang tu yang menyakitkan pandangan mata aku ni haa.. Dan aku adalah sejenis tak rajin nak pakai apa2 kat muka kecuali penuci, krim n bedak je.. So muka jadi kusam..sangat kusam, dah kena tegur dah ngan cikgu sekolah.. Kusam tu sampaikan kalau pakai bedak pun macam susah nak lekat.. Dok tengok muka sendiri kat depan cermin pun tak perasan cantik dah.. Haha berminyak je sentiasa..
Tapi sekarang, Alhamdulillah.. Pakai bedak senang je.. Kalau bedak powder tu lagi la senang.. Kalau dulu, bila pakai bedak powder mesti pastu sapu balik kat towel sbb comot je nengoknya.. Owhh ye, pandangan orang lain aku tak tau.. Ini pandangan aku sebab aku tuan punya muka.. Sekarang tengok muka kat cermin dah perasan cantik semula... Wakaka.. Sila muntah..Hahaha..
Yang ketiga, menaikkan libido.. Haaa?? Libido tu apa??? Malas cakap tapi yang confirm it is amazing.. Sapa-sapa yang ada masalah dari segi libido sangatlah aku sarankan GERANIUM.. Nanti kau akan manjang je hauummm dengan cik abang.. Hehehe.
psstt :
Geranium ni bau sirap rose.. Bestt sangat.. Sampai student cakap.. "Cikgu saya bau air sirap, tetiba haus . Nak minum air.. " Hehe
Ok tu je testimoni aku, sapa yang berminat boleh wassup di 0192846907.
Geranium : RM 259
Ok babai.. Selamat mencuba.. eh selamat membeli..
No comments:
Post a Comment