Post Terkini

Showing posts with label Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Ramadan. Show all posts

Sunday, June 21, 2015

Salam Ramadhan

Assalamualaikum.. warga blogger sekalian.... Akhirnya... dapat gak aku mengupdate blog.. banyak betul cerita tertunggak.. Happy gila kau... sbb siang tadi baru beli broadband.. Huhu lupa nak gtau.. daku dah pindah rumah baru, tapi line kat sini hampeh sungguh la.. Handphone aku kalau masuk rumah asyiklah no service.. xpun emergency call only.. hampeh sungguh.. nak ambil UNIFI area ni dia belum cover lagi.. sadis ya amat...  Aduiii... banyak plak aku menceceh... sampai lupa nak ucap selamat berpuasa semua..selamat menjalani ibadah yang dituntut ni dengan sebaiknya..InsyaAllah...

Berbuka tadi makan apa korang?? Aku?? Nasi goreng sajooo..


Nasi goreng banyak lauk
Aku bagi nama nasi goreng meriah.. Hahaha..meriah tak???
Kasi close up sket... Hahaha tp sayang nasi adalah sedikit tawar.. Almaklumlah puasa.. x nak mengaku salah tu.. Mujurlah ada bahan yang boleh menyeimbangkan rasa iaitu...... sila tengok di bawah
Ikan masin berlada
Serunding sedap
So dengan adanya serunding sedap dan ikan masin berlada maka dapatlah menyeimbangkan nasi gorengku yang agak tawar tu.. Mujurlah kan..Hehe..



Selain kurma, ni pembuka puasa kami.. Rambutan.. Terliur weh tengok kat checkers tadi. so harus rembat barang seikat..

 Jam dah menunjukkan pukul 12.28 am.. so kengkawan jom tidur.. jangan lupa niat puasa ye.. Aku?? nak update sepost dua entry jap.. baru tdo.. En suami plak baru kuar ngeteh ngan member2 baru dia kat taman ni.. Byeeeee..

Wednesday, July 9, 2014

#Ramadan 7 : Nasi ayam dan popia goreng

nasi ayam, popia goreng


Menu ramadan ke 7 hari tu. Alhamdulillah home made nasi ayam ngan popia goreng. Sedap sehingga menjilat jari. Pada aku nasi ayam di kunci dia sup je.. Lepas tu boleh diapply kepada ayam, sos tomato ngan nasi.. Sebabnya dari sup juga lah aku buat nasi ayam ngan sos tomato. Walau dah pernah share, tetap juga nak share lagi sekali sebabnya bahan-bahan aku x berapa konsisten tapi insyaAllah menjadi. Kalau yang aku xpuas hati xdelah aku nak share kat sini. Kang kena sumpah plak ngan korang..Hehe..

NASI AYAM

Bahan-bahan sup : 
1 inci halia -didadu
2 ulas bawang putih -didadu
1/2 ekor ayam
Garam secukpnya
2 biji kentang (optional)
Kiub ayam (optional)
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan nasi :
Beras
Sup ayam
Garam

Bahan-bahan sos tomato :
Sesenduk sup
1 biji tomato
2 batang lada merah
Sos cili
Gula

Bahan-bahan sos kicap :
Sos tiram
Madu
Kicap
Sos cili

Cara-cara memasak :

  • Untuk sup, mula-mula tumis bawang putih dan halia. Bila dah naik bau, masukkan setengah ekor ayam yang dipotong dua. Kacau-kacau sekejap, selepas itu masukkan air bersama kentang, kiub ayam dan garam secukupnya. Didihkan sehingga ayam empuk/masak.
  • Sementara itu basuh beras. Kemudian masukkan sup ayam yang dimasak tadi ke dalam beras ikut sukatan yang selalu digunakan untuk memasak nasi. Means sup ni menggantikan air biasa yang selalu kita gunakan. Letak garam sedikit. Dan bolehlah tunggu sehingga nasi betul2 masak.
  • Untuk sos tomato, blend tomato, lada merah, sos cili  ngan gula. Kemudian dimasak diatas kuali sehingga sos agak2 pekat sedikit. Gula dan sos cili mengikut kesukaan korang. Dah siap boleh diangkat.
  • Untuk sos kicap, campurkan saja semua bahan-bahan yang dinyatakan dan kacau. Siap.
  • Yang paling penting, ayam.. Angkat ayam yang telah direbus. Gaulkan dengan sos kicap tadi dan bolehlah digoreng. Bila dah garing boleh lah diangkat dan dipotong2 kecil.
  • Dah siap semuanya bolehlah dihidangkan. Daun sup dan bawang goreng bolehla ditabur ke dalam sup untuk memberi aroma yang harum.

POPIA GORENG

Bahan-bahan inti :
Lobak
Sengkuang
Tauge
Sedikit tepung (untuk gamkan kulit popia)

Bahan-bahan sambal : 
2 sudu besar Cili kisar
Segengam kacang tanah
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci Belacan
sedikti air Asam jawa
Sos cili
Gula
Garam
Air secukupnya

Cara-cara membuat :

Kite bermula dengan buat sambal ye..
  • Goreng kacang tanah dan kemudian di kisar. Kemudia kisar pula cili kering, bawang merah dan bawang putih.
  • Panaskan minyak. Tumis cili kisar dan belacan. Kemudian masukkan pula air, kacang tanah, air asam jawa, garam, gula dan cili. Kacau sehingga kuah menjadi pekat atau telah terbit minyak. (Proses ni lama sket untuk dapat tekstur kuah yang halus n pekat). Agak-agak kalau air dah kering boleh tambah air.
  • Sementara itu, celurkan bahan sengkuang, lobak dan tauge ke dalam air panas. Selepas itu gaulkan sengkuang dan lobak dengan sedikit kunyit dan garam.
Ok kenapa kena buat sambal dulu.. Meh baca lagi..

Ok untuk buat popia.. Sediakan kulit popia. Sapukan sedikit sambal di atas kulit popia yang akan diletakkan inti. Kemudia letakkan inti dan gulung. Selepas itu bolehlah digoreng dengan minyak panas.
Akhir sekali bolehlah dihidang dan lebihan sambal tadi sebagai sos popia. Macam yang kite beli dekat SS Ali tu.

Tips : Untuk dapatkan popia yang rangup dan tahan lama, jgn letak terlalu banyak inti sebab apabila digoreng dia akan serap minyak yang sangat banyak. Letak je setakat sedang elok tapi jangan sedikit sangat. 

Hehe macam mana aku boleh tau?? Sebabnye aku suka inti banyak, bila makan tu rasa penuh je mulut, cuma problem bila dah sejuk dia jadi lembik. Laki aku plak , dia suka popia yang rangup. So haritu dia yang menggulung, so dia letak 'just nice' je.. mula2 bising gak tp sebab dah buat kan.. So memang popia jadi rangup je.. Sampai ke sahur pun sedap lagi makan..Hehehe kami perut dua je, tu yang samapi ke sahur. Tapi Alhamdulillah kawan suami pun ada datang, dapatlah jamu popia goreng. Rezeki diorg kan. :)
















Sunday, July 6, 2014

Resepi puteri mandi

Rabu lepas teringat2 puteri mandi air tangan mak.. Gigih mencari resepi tapi sayang bahan2 cam tepung pulut, santan, gula melaka sume xde.. Tapi agaknye, dah nama nye rezeki ada plak cikgu sekolah yg menjual..Opps salah.. dia amik order je.. yang jual maknye.. Tapi yang tu versi salut ngan kelapa parut.. Alhamdulillah merasa gak.. So balik sekolah tu, tepon encik somi suh beli bahan2..

Esoknye baru leh buat..  So hari ni baru sempat nak share resepi.

Bahan-bahan :
Tepung pulut
Air
pewarna

Bahan-bahan kuah :
Santan (aku guna santan kotak 200ml)
Gula
Gula melaka/gula merah
Daun pandan
Sedikit garam

Cara-cara: 

  1. Bahagikan siap-siap kepada 3 bahagian. Titiskan setiap bekas dengan pewarna yang dikehendaki. (depend pada korang nak buat bape kaler. cam aku 3 warna).
  2. Gaulkan tepung dengan air. Gaul sampai tepung tak melekat dengan bekas n tangan. Kalau melekat2 tu maknanya terlebih air n kena tambah tepung lagila..cara buat puteri mandi
  3. Lepastu bolehla dibulatkan dan ditekan ditengah2 seperti gambar di bawah. (Aku tabur tepung kat pinggan tu supaya tak melekat puteri aku kat pinggan)puteri mandi sebelum masak
  4. Didihkan air dalam periuk. Masukkan puteri2 untuk dimandikan. Nak tau dah masak ke belum senang je.. Mula2 dia akan jatuh terus ke bawah.. Bila dah masak puteri2 ni timbul. So masa tu bolehla angkat n masukkan dalam air sejuk untuk elakkan dia melekat antara satu sama lain.
puteri mandi

Cara buat kuah: 
  1. Didihkan air. Masukkan gula,gula melaka dan daun pandan. Bila gula dah cair masukkan santan dan garam. 
  2. Lepas tu bolehla dimasukkan puteri mandi ke dalam santan macam gambar kat bawah ni.
  3. Apalagi boleh ngap la.. tapi kena tunggu sejuk dulu la kang melecur plak lidah makan panas-panas.
puteri mandi
Puteri mandi
Hmmm masa buat tu, kalau tengok kat pinggan hijau tu cam banyak je nak makan 2 orang.. Tapi Alhamdulillah rezeki family aku kot diorg datang berbuka kat rumah lepas tgk anak buah warded, dapatla merasa.. Untuk first timer cam aku yang baru berjinak-jinak nak buat puteri mandi ni haruslah risau kan.. tapi Alhamdulillah.. Licin kot.. Sedap katanya.. Aku pun cam kempunan sebab masa nak makan tengok dah habis..Tapi dapatla makan dua mangkuk cuma rasa nak lagi , nak lagi..Hehe.. Tapi x kisahlah. Yang penting apa yang kita masak orang suka. Itu yang lebih menggembirakan. :)

Owhh ye.. resepi aku ni xde sukatan.. Main agak2 je. Kalau korang rasa puteri mandi yang korang buat tu sikit leh la tambah adunan nye. 

Wednesday, August 17, 2011

Izzul vs The Manhattan Fish Market

Sabtu lepas g melawat Izzul kat Sime Darby Medical Centre.. Dalam kul 3 lebih kot baru bertolak ke sana.. sebabnya ada banyak destinasi sebelum nak menuju ke sana.. Pagi2 dah bertolak ke UMRA, tetiba my twin call suh masak la plak..ingatkan nak beli je, tp teringat bulan ni kan bulan pose xkan la nak beli makanan plak..kang ada plak kena tangkap JAIS kang..huhuhu..owhh si ibu cuti berpuasa.. itulah keistimewaan wanita..hehehe.. ok, konon2 nak g servis SAVVY n shopping raya dulu, tp sebab ada arahan secara x bertauliah harusla tukar plan kan..so en suami pergi servis sengsorang dan pn isteri harus kembali ke rumah untuk masak.. shopping ditunda hari Ahad..

sampai sana si Izzul ngah tdo..kejut dia n Alhamdulillah mood dia sgt2 baik..terus tersengih2 nampak acik dia yang cun ni..hehehe.. pastu Ise ajak en suami berbuka di luar.. my twin pun nk ikut, so minta permission nurse tuk keluar sebentar bersama Izzul tersayang.wahhh ke main suka lagi dia.. so g la jenjalan kat parkson.. Izzul sepanjang jalan senyap je..bagus2..suka la tu dapat jenjalan kan..sambil jalan2 masing2 duk tercari2 nak berbuka di mana..g kenny roger's fully booking la plak..so g lah TMFM..sambil tunggu berbuka, g la jenjalan dalam parkson.. Total cost?? rm 150++ gak la tuk 4 orang makan.. 'berbaloi2'...huhu..xpela, sekali sekala(terakhir kot)... thanks en Ise sebab belanja..

so before balik, ada orang tu nak singgah Elianto la plak..bukan main lagi ibu Izzul eh..abis dia pau papa Izzul beli make up...acik dia ni tukang hasut..kehkehkeh..dah2, xleh lelama lagi..sang lelaki mau cepat2 pulang takut tinggal maghrib..so berangkat la kami ke hospital kembali.. kami xpe, masing2 diwajibkan bercuti..hehe



Friday, August 5, 2011

5 hari sudah berlalu

Pejam celik pejam celik, dah 5 hari dah kite puasa.. habis ahad ni seminggu sudah berpuasa.. terasa macam cepat plak masa berlalu.. lagi 3 minggu je ramadhan bersama kite.. x sangka ye semakin lama terasa semakin cepat bumi ni berputar..
hmm antara percaya atau tidak, semakin kita dewasa rasanya semakin bermakna bulan Ramadhan.. lagi2 kalau dapat dihiasi dengan amalan-amalan sunat yang jarang-jarang dapat dilakukan bulan-bulan biasa.. Alhamdulillah syukur sangat-sangat kerana masih lagi dapat menikmati bulan Ramadhan tahun ini.. Tahun depan belum tahu lagi.. Moga2 dipanjang usia olehNya untuk menikmati bulan Ramadhan seterusnya.. Amin