Post Terkini

Showing posts with label sabah. Show all posts
Showing posts with label sabah. Show all posts

Friday, June 26, 2015

Travel : Trip ke Sabah (Final)

** pesanan penaja :  Entry banyak gambar.. sila jgn muntah

Kami sampai ke KK lebih kurang pukul 8.30 mlm.. Check in hotel then rehat2 kejap lepas tu terus kuar jalan2.. Destinasi pertama?? Haruslah ke Pasar Malam Kampung Air.. Berdasarkan pemerhatian aku, ramai yang kata kat sini lebih murah dari Pasar Filipina.  Pasar Kampung Air ni barangan dia 90% semua berasaskan manik dan mutiara. Aku pun masa tu dah rambang mata tp fokus tu penting. Kalau tak memang kering la poket dok memborong segala macam manik.. En Suami pun duk kata ambil jelah..Huhu mujur aku kuat iman.. Takpelah hujung tahun ni ada lagi.. Haa masa tu baru boleh berjoli sakan.

Sabah
Rambang mata weh... Pilih je mana nak..

Pasar kg Air, sabah
Jam mutiara.. Berkenan sungguh la yang ni.. Cantik tapi mujur teringat dah ada jam

Pelbagai bentuk Kerongsang.. Apa yang aku pasti, kerongsang manik design ni memang eksklusif.. Cantik-cantik semuanya.. Tapi kalau yang pearl tu so-so je.. Aku tak berapa berkenan .. Tapi dua-dua tak beli pun..
 Dah puas ronda-ronda kat pasar Kg Air , jomlah kita ke Pasar Filipina.. Haa yang ni lagi glamer.. Kami ke sana naik kereta sebab adik aku sewa.. Tapi esok kalau nk g lagi, jalan kaki je la.. Ala x jauh pun janganlah risau.. Bawa kete lagi jauh sebab nak kena pusing-pusing.

Target nak book hotel ni.. Berdepan je dengan pasar filipine
 Yeayyy.. Dah sampai.. Tujuan utama melantak dulu.. Kami terus ke bahagian ikan bakar. Walaupun ada suggestion supaya tak makan kat sini, tapi aku ok je...Hehe kami semua ok je makan kat sini cuma aku ikut jugaklah nasihat blogger supaya tak order air kat diorang. Hehe tapi aku ubah sikit cara, order air panas.

Pilih-pilih..

Beratur kedai-kedai yang menjual seafood bakar

Lobster RM 70 sekor

Ikan ayam n ikan siakap

Umai... Thumbs up... Datang sini kena cari yang ini tau

Dan juga ini.. letup2 dalam mulut.. Marbelesssss
pasar filipina
Haa inilah bekas nye.. Satu set RM10.. campur semua.. umai +rumpai +mangga
Haa inilah tourist guide kami.. Adik ipar aku, azwan.. sebelah tu yang pakai kemeja adik dia, study unimas.. Dia ni pun asal keturunan sabah gak.. Orang Papar. Tapi mak dia dah menetap kat Perak. Cuma makcik-makcik nyelah masih di Papar 

kerabu rumpai dan umai
Haa ..yang inilah aku cakap tadi.. Sedap sangat-sangat.. Terliur-liur aku  teringat skrg ni..

ikan kerapu
Ikan kerapu bakar

sotong bakar
sotong bakar
udang bakar
udang bakar
So order kami masa tu kalau x silap aku ialah ikan kerapu, sotong, udang, kerabu campur ngan nasi putih 5 pinggan dan air.. Semua sekali RM 104 kalau x silap.. Murah tak?? Pada aku berbaloi la..Lebih kurang Rm20 je sorang makan..

Owhh lupa plak selain daripada kerabu dia, air asam dia pun main peranan penting tau.. Sangat sedap.. Makan plak dengan ikan kerapu panas2.. Terangkat beb...Aku memang banyak melantak ikan kerapu ngan kerabu je..Ikan tu cicah air asam makan plak dengan nasi panas-panas...Perghhhhh rasa nak bertambah nasi je.. Ada plak kerabu yang masam-masam meletup-letup dalam mulut...Haishhhh leleh air liur weiii...

Kalau udang ngan sotong aku ratah je lepas nasi dah abis.. Sedap juga... Alhamdulillah rezeki untuk hari ni.. Nak share bayar tp Azwan nak belanja plak.. Moga murah rezeki korang ye. Lepas ni kalau pergi berdua memang taklah nak makan banyak mcm gini kan.. Tp kalau nak makan juga, aku rasa ambil ikan ngan kerabu pun dah cukup.. Sedap jugak..

Ok lepas makan, kami pun pusing-pusing sekitar KK.. Hantar adik Azwan balik hostel sekali. 
Kengkonon nak pergi pasar basah dia kul 4 pagi, tapi x jadi pun,, Haha aku rasa tidur tu lebih penting kot..

Esoknya, jalan-jalan lagi sekitar KK. Kali ni jalan kaki saja sbb Wani n Azwan balik Papar. .  Pastu dalam pukul 5.00 gerak terus ke aiport KK.. Sebelum tu singgah dekat Tanjung Rhu makan kopok lekor ngan mangga muda kat sana.. Tanjung Rhu pantai dia x berapa cantik tapi angin dia memang buat korang nak lepak lama kat sana. Tapi aku x bolehla.... Pastu terus g airport dan tamatlah perjalanan kami ke Sabah..  

Wednesday, June 24, 2015

Travel : Trip ke Sabah - Majlis sambut menantu Fidah & Azmil

Hari ni berlangsungnya majlis adik aku ni Kg Bingkor Lama., So lepas zohor kami menunggu sepupu Azmil datang jemput..So biarlah gambar berbicara..

Bergambar bersama adik & sepupu

dua orang yang kat tengah tu sedara si Azmil.. tengah berbual apa aku pun x taula..

Tambahan ahli, along, k,su and zahrah
Yeayyy dah sampai.. Aku teruja, mereka teruja, kami teruja..Sebab apa???
Kedatagan kami di sambut denga pakaian dusun kadazan... Excited weh.. cam unik je

Yang ni comel sungguh..Lupa sudah nama dia..rasa mau culik bawa Semenanjung je

My sis and her husband.. Huhu pucat adik ku.. Tak ber make up langsung.. Almaklumlah berbadan dua..pening la tu gamaknye
Khusyuk2 bergambar ngan geng2 berpakaian dusun, baru terperasan diorang berdua ni duk memerhati je.. Alahaim, baru sedar pengantin kali ni bukanlah menjadi tumpuan utama.. Hahaha apa nak buat..  Ada yang lebih menarik perhatian.. Patutnya diorg ni pun kena pakaian gak baju budaya orang sana.. Baru best kan..
Cousin dedua ni..dua-dua pun comel

Bersama mak & abang pengantin lelaki

Menjamu selera

Orang kuat pada hari kejadian.. Satu sabah satu semenanjung.. Persamaan?? Dua-dua suka nak berkaraoke

Bergambar bersama ahli keluarga lelaki

Yang duduk tu abang si azmil..yang tengah adik bongsu, yang pandang tempat lain tu cousin dia mungkin

Abah dan mak bersama mempelai

Sedara mara sebelah Azmil

Acara memotong kek... Kek dia sedappp
Kasi zoom lagi
Lepas acara potong kek, kami berempat mohon undur diri, aku, en somi, azwan n wani.. Minta tolong abang Azmil hantar ke stesen Keningau.. Dari sana terus gerak ke KK semula.. Bye bye Keningau.. Tak puas dekat sana tp apa nak buat esok nye dah kena balik.. Tak nak kalut, lebih baik balik awal..

Owhh ye majlis diorang lebih kurang macam kita je.. Tp orang kita buat macam grand.. Yang simple pun kalau banding ngan orang sana nampak grand.. Tapi kat sini simple tapi meriah..Memang best.. Makanan hidang pun lebih kurang kat sini juga..Oklah not bad.. boleh diterima tekak..Taklah macam yang kedai2 biasa.. Hehe maybe mak Azmil pernah duk Semenanjung..so dia taula citarasa kami macam mana..tul tak??

Daaa.....

Monday, June 22, 2015

Travel: Trip ke Sabah - Keningau (Part 1)

Assalamualaikum... Bersiaran kita lagi.. Alhamdulillah cuti yang lepas kami selamat sampai ke Sabah. Bukan atas sebab percutian, tetapi menghadiri majlis perkahwinan Fidah n Azmil di Keningau.. Kami bertolak keluar pukul 6.50 pagi hari Jumaat 12 Jun dan berjanji untuk berjumpa dekat tol Saujan Putra. Dari sana terus bergerak ke Putrajaya Sentral untuk ke ERL.  Yang pergi kali ni trip kedua. Trip pertama berlepas hari Khamis. Senang cerita trip kedua ni yang tak berapa confirm nak pergi. Aku ngan somi pun berkira-kira nak pergi jugak. Sebab sibuk dengan urusan pindah rumah kan.. Duit pun mengalir cam air.Lagipun kitorang bulan 12 ni nak ke sana lagi. Tu yang nak tak nak je perginya.. Tapi bila fikir2 nak meraikan ahli keluarga, berlepas juga la ke sana.

Bergerak ke KLIA2 naik ERL


Tunggu Angah dan Azwan check in luggage
Tunggu untuk departure.. Angah tak sudah2  orang call..Last-last dia off handphone.
Alhamdulillah, perjalanan selama dua jam setengah berjalan lancar..Cuak gak nak g Sabah lepas gempa bumi tapi semuanya tenang kat sana bila kitorang sampai.

Naik van ke Keningau.. Kitorang sewa van terus ke sana. RM180 satu van. Lebih kurang RM15 seorang.
Perjalanan ke Keningau ambil masa lebih kurang 3 jam. Perghhh sakit punggung den. Melalui Banjaran Crocker yang tinggi memang mengujakan. Cuak pun ada gak..Tinggi sangat weh.. Gambar sepanjang perjalanan pun kitorang tak ambil.. Sebab tak sabar nak sampai.. Rasa macam alahaiiiii.. x sampai2 lagi ker...Jauhnyaaaa la hai.. Tapi akhirnyaa.....


Yeayyyyy dah sampai..
Keningau sebuah daerah yang maju jugak.. Pekan dia semua ada.. Pendek kata, korang InsyaAllah x kan bosan pun.

pasar keningau
Pasar Keningau
Yang ni pasar Keningau. Setiap hari ada pasar ni. Sementara tunggu family Azmil datang ambil, diorang jalan2 kat pasar ni. Laki aku sempat belikan tembakau untuk kengkawan kilang dia. Mujur untuk kawan, kalau untuk dia aku buangkan aje..Hahaha

Inilah homestay kami di Keningau. Homestay di Kg.Bayangan. Nak dijadikan cerita, inilah satu-satunya kampung yang penduduknya seratus peratus Muslim. Agak2 nak makan pun senang. Kedai makan kat depan tu je. Pemiliknya owner homestay ni jugak. Kiranya kat tepi jalan kedai owner, pastu rumah owner dan belakang sekali homestay owner, kami yang duduk..Hehehe.. 

Cuma nak bagitau, anak tekak aku tak boleh masuk dengan masakan orang sini. Masakan diorang jenis healthy. Patut diorang cantik2 agaknya.. Takde masin, xde pedas, xde manis.. Aduiii... pastu style masak pun lain.. Patut aku tengok menu cam pelik.. Sebab aku nk order mee goreng basah tapi dalam menu ada mee goreng basah ayam ngan mee goreng basah daging.. So orderla ayam, sekali bila sampai macam mee ladna plak nengoknye.. Mee tu dia goreng pastu berkuah cam kuah ladna.. Confius aku..Hahaha tapi xpe, tu semua pengalaman. Yang penting chicken wings dia memang sedap..Cicah dengan kicap cair.. Memang tebaik..Sampai muak kau.. Iyelah duk mentekedarah je kerjanya..

Esoknya lepas Zohor, terus bersiap-siap ke Majlis Perkahwinan adik aku.. Kita kasi teaser dulu ye.. Entry nanti ada entry khas ye 

Dalam pukul 3, aku, en somi, wani n azwan mohon beransur sebab nak kejar bas ke Kota Kinabalu. Kitorang semalam je kat Keningau. Sebab aku pun hari Ahad dah nak kena balik Shah Alam. So malas nak tergopoh gapah gerak dari Keningau hari Ahad. Dan sekali lagi melalui banjaran Crocker. Kali ni rasa sekejap plak. Mana tak nye, masing-masing membuta..Sedar-sedar dah lepas Banjaran Crocker. Almaklumlah sini subuh awal, so terpaksalah bangun awal.. ngantuksssssssss..

To Be Continue................