Post Terkini

Showing posts with label western. Show all posts
Showing posts with label western. Show all posts

Wednesday, March 16, 2011

Fish n Chips

Ni entry dah lama.. cerita 2 minggu lepas.. dah snap gambar tapi bermasalah untuk post plak.. hmm tekak ni semenjak dua menjak memang selera omputih.. pagi burger malam makan yang ini la.. fish n chips versi ku..

Bahan-bahan :
3 keping fillet ikan
Biskut tawar (yang segi empat tu)
Sos Lea & Perrins ( kalo xde pun xpe )
Sos tiram
Telur
Garam secukupnya

Cara-cara :

1. Mula2 korang bersihkan ikan dulu.. Lumurkan dengan liman kasturi/lemon/limau nipis untuk kurangkan bau hanyir dia.. hmm tapi masa tu kat rumah xde sebarang stok limau pun.. tp alhamdulillah menjadi gak..
2. Pastu lumurkan dengan sos tiram n garam.. Letakkan juga sedikit sos Lea & Perrins. Perapkan sekejap.
3. Sementara tu silalah hancurkan biskut tawar tadi ye.. Nak senang blender je terus.. xde masalah.. Tapi kalo nak kasar2 kna buat secara manual la.. korang hancurkan sendiri..
4. Dah siap , korang boleh pecahkan telur dan pukul telur tersebut..
5. Panaskan minyak.. Celupkan fillet ngan telur. Kemudian disalutkan dengan serbuk biskut.. akhir sekali korang bolehla masukkan ke dalam kuali.. Sila pastikan api dalam keadaan sederhana supaya fillet korang masak dengan sempurna..

Bahan2 seperti coleslaw n fried fries tengok gambar pu korang boleh tau kan camne nak buat..
k..selamat mencuba

Pasta Bolognese

Selalu orang buat guna spaghetti.. Tp aku yang ni guna ni.. apa ek nama dia.. Fusilisi.. Saje je guna yang ini. nak abiskan stok.. Selalu kalo beli mesti beli Spaghetti ngan Fusilisi ni. kadang2 beli gak yang bentuk cam siput tu.. makaroni pun ada gak.. Pasta ni aku buat Isnin malam haritu.. Lepas k.lang n family balik terasa lapar la plak.. malas nak masak nasi so buat yang ini je.. So caranya mudah je..tapi korang x kan rasa macam yang selalu korang makan kat kedai2 western tu..kat piza ke..memang lain la.. sebab tekak aku tekak orang melayu.. orang nogori plak tu.. so haruslah ada ciri2 kepedasan. Ada member aku dulu dia siap letak sardin lagi.. tp memang sedap la..cuma ciri2 originality tu dah xdela.. So kepada yang nak mencuba boleh la try :

Bahan:

Spaghetti
2 senduk cili kisar
1 tin pes tomato**
1 mangkuk lobak dipotong dadu
Daging kisar (beli siap atau blender sendiri)
2 sudu lada hitam
Bawang besar dipotong dadu
Bahan2 tambah (sayur campur, bebola daging,etc ikut cita rasa korang )

Cara-cara :
Panaskan minya dalam kuali.. Masukkan daging kisar. Kacau supaya x melekat antara satu sama lain.. Goreng jangan sampai garing.. Kemudian masukkan cili kisar.. Kacau sekejap2.. Agak2 dah pecah minyak korang letakla bawang ngan lobak.. masukkan lada hitam.masukkan juga bahan2 tambah korang. kemudian masukkan pes tomato. . Kecilkan api.. agak2 lobak pun dah lembut n kuah dah masak bolehla dihidangkan dengan spaghetti atau apa2 jenis pasta yang bersesuaian..

*** Kalou korang x nak guna pes tomato dalam tin pun xpe.. beli je tomato n buat sendiri.. tp akan cair sedikit.. so nak adjust korang bolehla letak sos tomato.. so kuah akan jadi pekat..Lobak n bawang plak tujuan dia sebenarnya untuk memaniskan sos spaghetti korang.

Friday, February 25, 2011

Breakfast kami

tengah2 main ngan my camera terjumpa plak pic ni.. breakfast kami.. huhu western kan.. alkisah malas nak masak, so hidangkan ini utken suami.. cara nk buatnye confirm2 korng tau kan.. apa yang terkandung dalam hidangan ni??of cozla, beans baked, sweet corn, hash browns n pandan bread.. masa tu pergi dapur tgk ada roti pandan, so tgk tarikh dh nk expired terus cadang nk buat roti telur.. dalam pada nk buat roti telur tu terpikir la plak nk mkn ngan baked beans.. pastu masa nk amik telur dalam peti sejuk nampak plak jagung n hash browns ni..so akhirnya jadilah bekfes saya.. tp setakat utk tahun ni jarang sgt saya buat.. tahun lepas banyak kali dah..hehe alkisahnye, tahun ni menjadi sgt pemalas utk buat bekfes.. tp akan cuba jua utk merajinkan diri semula..