Post Terkini

Monday, December 14, 2015

Jom holiday : Kota Kinabalu - Kundasang (Day 2- Part 2)

Yeszaaaa.. Akhirnya menjejakkan kaki di Taman Kinabalu.  Tapi sayang seribu kali sayang tak nampak pulak puncak gunungnya.. Memang 100% telah dilitupi awan.. Iyelah sampai pun dah kul 10 lebih kan.. Tapi xpe.. Next destination Kinabalu Pine Resort.. Resort yang banyak star jugak kalau aku tengok kat agoda tu..


Kinabalu Pine Resort
Menung en suami memikir orang jauh,,
Actually kitorang sebenarnya dah terlajak ke Kinabalu Pine Resort. Cadangan asal nak ke Dairy Farm dan Memorial War Park.. Tapi terlajak plak sebab ingat kan baru lalu roundabout pertama.. So bila nampak Kinabalu Pine Resort ni ajaklah en somi masuk dalam.. Tengok2 suasana kat dalam..


Kinabalu Pine Resort
Pemandangan lembah dan penempatan penduduk sahaja
Lepak-lepak kejap lepas tu patah balik menghala ke Dairy Farm.. Sebelum tu , sebab perut dah lapar aku ajak en suami makan kat pekan kundasang.. Pekan Kundasang ni pun ada pasar gak.. Tapi lebih kepada menjual bunga-bungaan dan sayur mayur je.. Kalau kat Cameron memang confirm aku beli tp kalau kat sini memang tak la..So xdela g jenjalan pasar dia.. Kat Pekan Kundasang en somi ajak makan KFC tapi tekak aku nak nasi.. Hmm tapi nak makan nasi takut plak tak kena dengan selera.. Last-last aku terjumpa kedai Nasi Ayam Antarabangsa. Kat kedai dia ada jual chicken wings.. Terus duduk dan makan. Kedai dia pun ada jual soto gak tau.. Alhamdulillah nasi ayam dia memang sedap.. Sup dia pun sedap.. Licin makan.. Ditambah plak dengan lapar..  Nak tau kedai makan dia senang je.. Belakang kedai ni betul2 mengadap war memorial park.. Boleh je kalau korang nak park kete kat memorial tu then jalan kaki g kedai ni.. Dekat gak ngan gelanggang futsal ke apa tah.. Kat belakang kedai ni lah tempat dia bakar chicken wing.. Kat sini makan nasi ayam n tapau chicken wing..

Kenyang perut senang hati.. So barulah gerak ke Dairy Farm.. Rupa-rupanya kalau dari KK smpai roundabout kedua terus ambil pukul 9.. Memang kat roundabout tu ada signboard ke Dairy Farm tapi kitorang tak pasan. Jalan nak masuk.. mak oii azab sungguh.. tp result yg menanti memang 5 star.. Tiket nak masuk RM 5 ye kat sini. Mehh layan gambar kami yang feeling romatik kat sini.. Jangan muntah hijau okeyy

desa dairy farm

desa dairy farm


desa dairy farm


desa dairy farm


desa dairy farm


desa dairy farm





desa dairy farm




Settle bersantai-santai dekat sini kami gerak plak ke War Memorial Park.. Ingat kan ada kubur ke apa..rupanya cam taman bunga je..Cantikk.. Tak caya?? Mehh nak tunjukk..


Alamak.. paip getah tu mencacatkan pemandangan le plak


kundasang


war memorial pak


war memorial pak


war memorial pak


war memorial pak

Cantik kan?? So dah abis kat sini moh la kita cari hotel plak ye.. Next entry..

Sunday, December 13, 2015

Jom holiday : Kota Kinabalu - Kundasang (Day 2- Part 1)

Yeayyyy... hari ni nak pergi Kundasang.. Bangun awal pepagi solat subuh.. Pastu tak tido2.. Nak tunggu kul 7 kemain lama.. Dah siap2 kitorang terus check out. Lepas tu singgah kedai mamak kat Kampung Air.. Kedai mamak ni kitorang tau masa first visit ke KK last June.. Nak g mamak kat sini senang je.. Korang cari la Taxi stand Kampung Air.. Mamak ni betul2 berhadapan dengan Taxi Stand..InsyaAllah makan sini kena dengan tekak korang.. Kihkihkih.. Mamak je pun Tapi- tapi berhadapan ngan mamak ni ada Malay Cuisine tau.. Restoran DS.. Saja ku tak bagi nama penuh.. Untuk orang2 local aku rasa xde masalah.. tapi untuk kita2 ni yg suka makanan cukup rasa tak digalakkan. Boleh makan tapi lambat nak hadam.. Tp kalau korang biasa makan healthy food aku rasa xde masalah kot..

Ok dah siap2 bekfes terus gerak keluar ke Kundasang.. Destinasi pertama sebelum Kundasang haruslah RUMAH TERBALIK di Tuaran. Walaupun kat Semenanjung ni dah ada kat Port Dickson dan Melaka tapi aku rasa tak salah untuk tgk sendiri Rumah Terbalik yang memegang Malaysia Book of Records ni. Dibina sendiri oleh rakyat tempatan dan binaan rumah diadaptasi dari binaan rumah Kaum Bajau. Kalau telinga aku x salah dengar la explanation dari staff dia. Rumah ni pun lebih kurang 3-4 tahun je dibina. Dibina dalam tahun 2011. Ramai komplen kenapa tak boleh ambil gambar kat dalam.. Alasan dia sebab rumah ni milik persendirian. So maybe nak jaga kualiti.. alangkan tak bagi ambil gambar kat dalam pun dah ada klon kat semenanjung apatah lagi kalau boleh ambil gambar kat dalam kan.. Pendapat aku la.. Owhh tiket masuk RM10.60 included GST ye.. Harap maklum.. Dan lagi satu kat sini pun dah ada muzium 3D. Tiket masuk RM 20 excluded GST.. Tp aku tak beli pun yang tu. 



Tuaran
Tetiba plak ada kelawar ni..
Kat rumah terbalik ni takde apapun yang nak diceritakan. So bila dah kuar singgah tgk2 souvenier shop diorg n sambar la satu FM sbg bukti dah datang rumah ni.. Iyela kalau FM kat luar tu semuanya FM yang biasa2 je.. FM tunjuk rumah terbalik xde plak aku jumpa.. 

Tengok jam dah pukul 9 tp matahari punyalah terik. Tak mau lama2 kitorg terus gerak ke Tamparuli. Nak naik jambatan Tamparuli katanya,,


Jambatan
Jambatan Tamparuli
 Alhamdulillah jumpa gak Jambatan Tamparuli, Tak kan nak tgk kan??Haruslah cuba nak naik.. So kami parking kat pasar.. Pastu jalan la naik ke atas..  Motor tak dibenarkan naik atas ye.. Aduhhh.. Seram gila naik atas ni.. Bergoyang2 jambatan nye.. Tangan aku duk la memegang tepi tu.. Gayat wehh... Gila tak gayat tinggi tau tak.. Aku jalan separuh je.. Asal dapat bergambar sudah..Hehehe..


Jambatan
Tiang tu dah cat kuning.. Hmm camne la diorg mengecat dengan jambatan yg goyang2 ni.. Musykil aku..
Lepastu perjalanan ke kundasang diteruskan.. Tak sabar nak kejar gunung kinabalu sebelum awan tutup.. Alhamdulillah sepanjang perjalanan tu dapat lihat puncak gunung Kinabalu dengan jelas.. Cuma bila sampai Kinabalu park tu memang tak nampak langsung dah Gunung Kinabalu.. Wakaka.. Mcm g hutan biasa plak nye.hehehe..

Nak masuk Kinabalu Park cuma rm 3.00 je fee dia.. Okla kan.. Kitorg terus pergi ke Timpohon Gate.. Sepanjang ke Timpohon ni ada gak la Chalet2 kot2 ada yg nak bermalam kat sini..



Timpohon gate
Timpohon gate
Selamat mendaki.. Laki aku nak mendaki??? Memang takla.. Aku??? Lagilah tak.. Peha dah membesar weii.. Tp niat kat hati nak mendaki gak.. Tapiii... bukit broga pun x pernah naik ada hati nak tawan puncak gunung kinabalu... Hahahaharapan muzai oiiii...
Langsung kena tutup dengan awan.. Tak nampak apa pun..

Fuhhhh... Penat mengarang... Sambung part 2 laa....

Wednesday, December 9, 2015

Jom holiday : Kota Kinabalu Lokan Bakar (Day 1)

Alhamdulilah sampai juga aku n en somi ke bumi sabah buat kali ke dua tahun ni.. Tapi kali ni utk luaskan pemandangan.. Bersantai-santai.. berlibur-libur.. Sampai airport terus call Ashraf adik pada adik ipar aku.. Kebetulan dia duduk UMS mintalah dia tolong carikan kete sewa. Kitorg ambil Viva je..Berdua je pun kan..

So keta dah dapat terus hantar Ashraf pergi fakulti.. Ada kelas katanya kul 3.00 petang.. Then pastu terus cari hotel kitorang.. Tang Dynasty Park Hotel. Check in baring2 kejap...solat jamak.. Bilik Alhamdulillah sangat selesa..Harga semalam RM99.00.. percutian kali ni aku tak fikir sangat pasal hotel murah ke apa..sebab persepsi berubah bila mana hotel yang lepas xde langsung tempat solat.. Yang ada pun betul2 ruang kat depan pintu toilet. So kali ni takpelah.. Tapi harga untuk tang dynasty ni pada aku still murah gak la sebab below hundred kan.


standard king
pic from tang dynasty park


Lepas solat bergolek-golek.. aku PAKSA laki aku kuar..haha sebab nak cari lokan bakar.. lagipun dah nak kul 5 kan.. Sabah kan gelap cepat.. So dengan bantuan u mobile menggunakan navigation terus cari lokasi ke Jalan Sulaman tp aku point kan terus ke Politeknik KK..Sedar2 bila tiba situ signal lost.. Aduiii masalah betul.. Dah la kebetulan nya org balik keje.. Dari masa yang dianggarkan 20-30 minit kitorg jadi berpuluh minit nak smpi..dengan signal lost lagi.. Perut yang kebuluq ... Dugaan-dugaan.. Mujur la aku ada bawa print out panduan2 dari blogger yang pernah makan lokan bakar.. So dari Poli tu kitorang straight smpi roundabout then terus ambil first exit.. Eh eh dekat rupanya area lokan bakar dengan first exit.. So misi berjaya!! Yeahaaa...


Lokan
Lokan sedia untuk dibakar
 Lokan dalam gambar tu size yang besar2.. Kitorang ambil size kecil.. RM 7 selonggok.. Sekali masa menunggu lokan siap dibakar ada org tempatan datang nak beli.. RM 5 je dia jual kau... Cehhh.. Tapi aku rasa itu perkara biasa kan?? Betul tak??  Hmm x dan nak ambil gambar yang lain2 sebab memang dah sangat2 lapar plus stress... Haha cuti2 pun stress kan..Mau tak nya cuti2 pun kena redah jammed apa cer???


Jeli kelapa
Jeli kelapa
Haa tang jeli kepala ni memang terbaikkk... Jeli dia tak sama tau macam kat Semenanjung ni.. Aku rasa dia letak santan.. Mula2 makan cam ehh kenapa rasa dia cam ni.. Rasa macam oklah 2 bintang aku bagi.. Sekali bila makan dengan isi kelapa... perghhhhh syeikhh naik kepala wehh  Sedap tak beragak,.. Dari 2 star aku up 5 star full punya... Memang superb.. Lagi2 hati tengah panas sebab ambik masa almost 1 hour nak smpi sini.. Tapi hasilnya?? Berbaloi-baloi.. Harga tak silap RM 4 /5.. tak ingat plak aku.. Lagipun laki aku yang bayarr.. Huahuahua...

Hmm lama juga ye nak bakar lokan tu.. Habis gak la jeli kelapa yang banyak tu sementara nak tunggu lokan bakar dihidang. Sambil-sambil tunggu lokan kitorang order chicken wings.. Sabah kan memang terkenal ngan chicken wings..Seketul RM1.50.. So kami ambil 4 ketul.. Sedappp.. laki aku suka perapan dia ngan sos.. Pedass kau... Aku pun suka gak.. Tapi aku lagi suka yg kt keningau tu makan ngan kicap cair.. tp laki aku plak kata yg kat keningau biasa2 je.. Haha.. biasala tu lain tekak lain rasa.. Persamaan nya cuma satu.. Boleh gak licin mentekedarah plus rasa cam nak tambah lagi.. mujur en suami kata sabarrrr.. Habiskan satu2 dulu...weehuuu...

Dah abis chicken wings tunggu kejap baru lah lokan bakar sampai..Yeayyy.. boleh rasa.. Hmm pada aku rahsia dia perapan dia la..tu yang buat sedapp tu.. En suami pun rasa sedap.. Pada aku ibarat kau makan kerang bakar jugakla.. Tp yang ni ada perapan dia dan juicy sket.. Memang sedap.. Pedas pun ye gakk.. kenalah dengan tekak semenanjung kan.. Makan sepinggan rasa cam nak order lagi sepinggan. Tp memikirkan nak tunggu service kemain lama lagi so takpelah..Cukuplah setakat itu. Alhamdulillah..   So sebelum balik order jugak jeli kelapa dalam gelas.. Tp rasa dia tak sampai ke syurga cam dalam kelapa tu sendiri..So kalau korang nak try silalah order jeli dalam biji kelapa tu ye,, Makan dengan isi2 dia memang wallahhh...umppphhhh..



Dah abis makan.. gerak pulang ke KK.. Nak cari kedai makan plak.. Nak makan nasi..Cuma natijahnya makan lokan ni ialah kami tak dapat pergi Tanjung Aru tengok sunset.. xpelah sikit punya hal.. Kat Semenanjung pun leh tgk sunset kan.. Hehehe..

So bergerak balik nak makan kat area Dataran Todak..tapi x jumpa2 todak nya.. Last2 makan kat Anjung Senja berhadapan dengan Hotel Promonade.. Anjung Senja ni macam food court juga.. Macam2 seafood boleh pilih.. Aku sebenarnya nak cari kerabu rumpai je macam yang aku penah makan kat Pasar filipina dulu.. Tapi takde plak.. Last2 makan biasa2 je.. Order tomyam, kerapu sweet sour,kailan ikan masin ngan telur dadar saje.. Yang lain idokla order.. Memula kengkonon nak order udang, sekali minimum kena order 500 gm.. Gilaaa banyak ko nak kena perabih.. Kitorang laki bini kalau makan udang 3-4 ketul pun cukup dah size yg sama ngan adakat diorg tu..

Habis melantak, terus gerak balik hotel.. Lepak2 hotel.. Takdepun jalan kat pasar filipina ke kg Air ke.. Sebab dah penah pegi kan.. Macam xde point pun nak beli apa.. sebab tujuan kat sini pun bkn nak shopping plus malam terakhir mmg cadangnya akan dtg lagi.. So balik hotel tido awal lagi best..Hehe..

Tamat untuk hari pertama di sini...