Post Terkini

Monday, January 16, 2017

KLANA BEACH RESORT, PORT DICKSON

Lamanya nak up entry baru.. Kisahnya tahun ni 2 alam.. Kepenatan berganda2.. Memalam tidokan mira ngan ummi sekali tertido..  Selalu minggu pertama rekod mengajar dah complete tapi tahun ni nak masuk minggu ketiga baru terhegeh2.. Tapi minggu ni wajib siap la sebab nak kna semak oleh boss.. 

Ok meh cerita sikit tentang KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON  ni. Rasa ramai yang dah tau Klana Beach Resort ni di bawah seliaan MAINS iaitu Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Aku booking Klana ni dengan Agoda.com. Satu malam RM180 tapi bayaran kena dijelaskan masa datang menginap.  Pada aku bayaran tu sangat la berbaloi berbanding hotel lain pada harga yang sama..

Klana beach resort ni terletak dalam Kompleks Baitul Hilal..

Ruang lobi diletakkan model teleskop.. 
Klana Beach Resort ni terletak dalam kawasan balai cerap dan memasing adalah milik MAINS jadi bila masuk sini memang korang akan terpandangkan aksesori dia yang berkaitan dengan cakerawala..  Segala info tentang planet pun ada.. Sampaikan laluan nak masuk ke bilik pun dihiasi dengan gambar2 planet yang diambil oleh photographer .. Secara x langsung , sambil2 kau lalu tu tengok plak gambar2 yang digantung memang mengingatkan kita tentang kebesaran Ilahi..   Mendidik sambil memberi khidmat kepada pelanggan.

Jom kita tengok bilik..

Alahai.. cantik posing anak dara sorang ni.. Ummi melting sayang....

Katil kami..Single bed..
Cer korang tengok gambar dinding tu..Tu pun salah satu gambar planet..Tapi x tau planet apa.. Hihi.. Bila malam ada lampu yang refleks ke arah gambar tu..So warna dia naik seakan2 gambar tu hidup...
Katil single tu plak kalau sebelum ni mmg satu tu x akan disentuh..Muat je berdua ngan en somi..tp skrg dah ada si sepet ni, mmg peluk en somi dari jauhla.Hihihi.. 

Ini paling special.. Siap sediakan sejadah, kain pelikat ngan telekung lagi.. Nak ingatkan pengunjung supaya jangan tinggalkan solat.. Aku rasa budaya ni kena disebarluas ke hotel-hotel kat Malaysia ni..
Yang disediakan..Ok la kan.




Toilet dia sangat bersih.. Rasa macam duduk rumah je.. Nampak baru pun ye jugak..

Perkara wajib dihidang untuk pelanggan..

Bilik kami
Secara keseluruhannya aku puas hati dengan bilik ni.. Ada disediakan peti sejuk, rak kasut pun ada, almari pun ada.. So xdela bilik tu berkecah sangat.. Lagi bagus disediakan juga Alquran .. Alhamdulillah.. Moga bertambah baju resort kelolaan MAINS ni..

Kolam pun dia bahagikan laki perempuan.. Sangat Islamik ok.. 
Overall aku rasa KLANA BEACH RESORT ni sangat berbaloi2 untuk bercuti.. Dengan air laut dia yang jernih memang teruja nak datang lagi.. Tapi next time kalau  boleh nak stay 2 malam.. Baru puas hati..

Saturday, January 7, 2017

Tengok bulan di Port Dickson

Assalamualaikum...Haluuuu.. Jom kita sambung cite... Masih cerita pasal PD.. Lepas makan2 hari tu kitorang bergegas ke Balai Cerap Teluk Kemang.. Balai cerap di dalam kawasan Klana Beach Resort gak..Iyelah kedua2nya dimiliki oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan kan.. Untuk sesape yang menginap di Klana Beach Resort ni xde bayaran dikenakan.. Tapi untuk orang luar aku x pasti la plak.. So pukul 10 malam kami bergegas ke tingkat 6 di balai cerap.. Berpeluh kau..dengan dukung mira lagi.. Mira pun macam biasalah.. Excited dia.. Aku rasa dia pengunjung paling kecik kot hari tu..Hehehe..

Lobby balai cerap..
 Nak dijadikan cerita masa kitorang sampai balai cerapnya full house.. Sebab ada rombongan dari UM buat lawatan kat situ.. So terpaksalah kitorang tunggu.. Nak dekat sejam jugaklah.. Jenuh nak melayan Mira.. Lagi2 dia tak nak berdukung.. Bila kata dah boleh masuk lega sangat2.. Tapi itulah, x bolehla nak buat lawatan atau tawaf kat dalam balai cerap tu.. Sebab masing2 beratur nk tengok bulan.. Plus dah ngantuk sebab lama sangat tunggu..

Teropong yang digunakan untuk menerobos ke ruang angkasa. Cari bulan wehh.
 
Yeayy gilran aku ngan mira dah nak sampai.. X sabar weh..
 Datang balai cerap nak tengok bulan.. Bulan takde.. Waaaaaa.. Agak frust la..Bulan tak nak memunculkan diri malam tu.. Diorang kata bulan keluar kul 1-2 pagi nanti..Larat kau nak nunggu..Masa tu pun aku dah ngantuk lagi mau tunggu.. So malam tu kitorang cuma nampak planet Musytari. Planet paling besar dalam sistem suria.. Kalau x salah dengar la.. Walaupn dia besar tapi disebabkan kedudukan dia paling jauh dari bumi, so hasil yang dapat dilihat sangatla halusssssssss... Tapi takpelah, dapat juga tengok planet tanda Kebesaran Allah..  Kat sini ada juga jual gambar berkaitan planet tapi aku tak beli la..

 

So lepas dapat tengok dengan mata kepala sendiri, perasaan tu ok je..xdelah kecewa sgt tp kalau dapat tengok planet yg kita nampak cam dekat je ngan kita rasanya lagi best kot..  Habis di balai cerap terus kitorang masuk bilik dan tido..

So cerita nak tengok bulan tapi bulan takde pun dah habis.. So akupun nak tdo.. Ngantuks...Byee

Tuesday, January 3, 2017

Short getaway di Port Dickson

Assalamualaikum..selamat tahun baru.. selamat menganjak usia..
Hari ni nak update cerita tahun lepas sementara sempat..  Cuti-cuti Malaysia sekitar 17-18 Disember 2016.. Nak booking Grand Lexis x mampu so sudahnya kami try Klana Beach Resort..
Tapi walaupun Klana Beach Resort x semahal Grand Lexis tp aku boleh katakan percutiam kat sini level mahal juga.. Sebab semuanya berbaloi-baloi.. Alah menginap menang pengalaman..Cewahhh... Tukar peribahasa plak ye..  Nanti aku bagitau sebab apa ye...

Pintu masuk ke lobby
Nak jadikan cerita aku booking resort ni dengan agoda.. So masa nak check in kenalah tunjukkan IC.. Dengan confident suh en somi amikkan ic dalam wallet.. Sekali hambik kau, dengan wallet sekali aku tak bawa... Bawa handbag je.. Itulah padahnya kalau sebelum g mana2 x suka check dalam beg apa yang tinggal..Huhu selalu sangat jadi.. Kalau g sekolah dah makan nak bayar sekali tgk x bawa beg duit.. Mengemis la jawabnya ngan kekawan.. Mujurlah tak pernah lagi terserempak ngan en polis.. Kalau tak..mendapatlaa.. Ok balik pada cite, mujurlah cik cantik kaunter cakap boleh guna ic somi.. Lega rasa, kalau kena paksa balik terpaksalah hadap muka ketat en somi..Hahaha..

Lepas check in, rehat-rehat dalam bilik dulu.. Kasi si mata sepet tdo dulu.. Petang-petang baru planning jalan-jalan tepi pantai..  

Tangga laluan dari resort ke pantai
Jauh juga menapak nak turun tangga dengan bawa si kenit.. Tapi berbaloi la ngan view yang dapat dilihat.. Boleh tgk sunset lagi..Yang best lagi, pantai belah sini macam private beach.. Tak ramai sangat orang.. Dan air dia sangat2 jernih.. So persepsi aku pada pantai Port Dickson terus berubah.. Dan aim nak datang sini lagi lain kali..mandi pantai lelama sampai sunburn.. Wakaka...
See jernih kan..
Aku teruja beb.. sebab pernah pergi sekali dua air laut kat PD ni keruh.. Lagi2 bila pergi Tanjung Biru haritu..Makk oiii kemain keruh lagi.. Tapi kat sini.. Allahuakbar.. Jernih sangat.. Bila jernih2 ni aku mulalah suka layan perasaan.. Indahnya ciptaan Allah.. Plus pantai yang tak dicemari ngan sampah sarap..Itu yang paling penting..Harapnya, pengunjung yang datang selepas ni mengekalkan kebersihan pantai ni . Best weh..best sangat..Sebab dah jumpa lokasi persantaian keluarga yang dekat ngan KL.. Kalau sebelum ni bila sebut PD aku agak skeptikal sikit.. tapi bila kat sini, Yesss boleh datang lagi..

En Suami berlatar belakangkan balai cerap MAINS

Masing2 duk amik gambar..

Jatuh cinta pada gambar ni..

Jumpa ex students.. 
Alhamdulillah ada yang masih kenal.. Abdul Hadi.. Aku perasan gak ada orang pandang..Tapi aku ingat pandangan biasa je..cewah.Sbb aku pun bukan jenis perati orang sangat.. Sampailah Mira tersesat sampi pegi ke emak dia.. Tetiba dengar orang tegur.. Cikgu cikgu... Sekali tgk tak cam..dua kali tengok... owhh baru pasan.. Tapi nama masa tu x ingat.. Sebab tetiba otak aku kena bekerja...Abdul Hadi ni antara pengawas berdedikasi sesi petang dulu.. Sepanjang jadi guru pengawas kat Seksyen 9 tu batch dia adalah yang terbaik.. Sangat matang, komited dalam tugas, akademik juga.. Yang penting cikgu cikgu pun x pening kepala ngan diorang.. Sayang aku ngan batch diorang ni.. Terharu aku.. Itulah nikmat seorang cikgu bila ada yang mengenali dan masih menghormati.. 

Habis bersiar2 dan menikmati sunset kitorang pun naik bilik.. Lepak2 sambil tunggu azan maghrib.. Pasni nak JJCM area PD plak.. tak tau nak makan mana...

Pas Maghrib jalan2 terjumpa kedai makan koboi yang viral tu..Terus masuk dalam.. Dalam kepala dah rancang menu western nak makan apa.. Sekali bila masuk, lerrr dia jual nasi ngan ayam bakar je.. Wakaka.. Don't judge the book by its cover ye..  Hehe kitorang ingatkan kat situ jual menu western sebab interior design kedai tu, tp sebaliknya.. Apapun xpelah, rezeki kitorang la tu.. Kenyang dah pun..

Pas makan jalan2 jumpa plak fun fair.. Tak pernah2 teringin nak masuk, kali ni masuk..Sebab banyak lampu kan.. Mira suka ngan lampu.. Masuk dalam kemain meriah..Bising pun ye jugak..Mira sangat exciterd sampaikan tak cakap sepatah haram.. Menganga je smpi ke sudah tgk sekeliling..  Ummi berani bawa mira naik Giant Wheel je.. Itupun umi takut.. Tapi demi Mira ummi gagahkan juga..Hehehe..

Lepas g fun fair, lepak2 kat Dataran Teluk Kemang jap.. pastu terus balik ke hotel.. Kul 10 nanti nak tengok bulan.. Bulan??? Bulan kat mana?? Hehe nanti next entry ye..
Selesai tengok bulan, balik bilik terus tdo..Hmm of coz la x tdo dulukan.. Melayan mira explore bilik dulu..main2 ngan dia bagi susu barulah dia tdo... Ummi relax2 tgk tv dulu baru tdo..

Esoknya, pepagi lepas subuh terus siap sedia untuk bekfes.. Bekfes kul 7.30.. Haduii lama tul nak tunggu.. Sebab lepas bekfes nak bawa mira terjun kolam.. Makanan kat sini, alhamdulillah sedap.. Nak bagitau variety dia, tak boleh nak cite la..Sbb en somi yang tukang amik makanan.. I is duduk kat meja jadi queen je..sebab nak jaga princess yg sedang mengaktif.. Lepas makan, terus terjah ke kolam... Yeayyy Mira mandi kolam.. Siaplah kau gigil sayang...

Kolam renang belakang bilik cerap
Kolam renang kat Klana Beach Resort ni spesial tau.. Kolam laki pempuan asing.. Tapi kalau ko laki bawa anak mandi of coz la nampak gak ladies mandi.. Sebab kolam kanak-kanak sebelah je ngan kolam wanita.. Kolam lelaki plak di sebalik tembok tu..

Baru nak warm up.. tu yang kejung je kaki.. Sejuk wehh pepagi masuk kolam..
 Pas warm up mira kemain excited.. Tak bagi pegang pelampung dia..Pusing sana pusing sini.. Sampailah kolam makin penuh, bebudak kemain  melompat dan berenang.. maka terwujudlah tsunami untuk mira.. Asal nak berpusing je lemas ngan gelombang air.. Sudahnya dia nangis takut nak masuk dah.. Plus dah menggigil2 kesejukan.. Sian awak nak.. mujurlah ummi rendamkan awak awal sikit.. Puas sikit awak berendam..

Budak ni dah menggigil2 kesejukan.. So ummi terpaksa bedung dia cepat2.. 
 Agak2 mira dah selesa dan badan kering barulah nak gerak ke pantai.. Cadangnya nak mandi pantai sekali tengok air lum surut lagi.. Ialah selalu kan surut kul 10 ke atas.. Penyudahnya kitorang naik bilik.. Mandikan mira, bagi susu terus dia sambung tdo semula.. Alahai sian anak ummi.. X puas tido ye... 

En somi ngan mira sambung tdo.. Aku plak kemas2 packing baju.. Nanti kul 12 nak check out dah.. Aku xpe, dalam kete boleh membuta..So kita bagi peluang drebar tdo ye.. 

On the way nak balik singgah minum Cendol Bakar plak.. Yang ini cawangan kat PD..  Makan cendol ngan kopok lekor.. Ada lagi stall kat dalam ni jual macam2.. Menu x ingat la plak..Ayam penyet, coconut shake ngan apatah lagi..Lupa sudahh..


Sementara tunggu en somi beli cendol, kita gambar dulu..
Selesai makan terus gerak balik Shah Alam.. Dalam kul 2 lebih dah sampai umah.. Lepak2 kat umah plak.. Alhamdulillah  selesai bercuti kali ke 3 di bulan Disember.. Hehehe